AliahSyafiqah's Reading List
7 stories
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,761,230
  • WpVote
    Votes 139,895
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Isteriku Minah Stylo by nurinjazlina927
nurinjazlina927
  • WpView
    Reads 1,550,424
  • WpVote
    Votes 49,783
  • WpPart
    Parts 59
Cinta yang berputik selepas berkahwin lebih suci.Perkahwinan atas dasar pilihan keluarga menyebabkan amukan dari kedua-duanya.Tetapi,kerana satu insiden mereka setuju untuk berkahwin.Hidup dalam satu rumah dan tidur dalam satu bilik? Mustahil tidak jatuh cinta antara satu sama lain? Setelah rumah tangga yang di bina semakin pulih.Kini kembali retak Kerana satu insiden dengki dan khianat manusia,rumah tangga yang dibina Nur Arryna dan Izz Haikal semakin retak.Di sebabkan rekaan cerita si pendengki,Ryna melarikan diri ke luar negara tanpa memberitahu kepada ahli keluarga dan suaminya.Sepanjang empat tahun di Istambul ,pelbagai dugaan Ryna di uji.Melahirkan tanpa suami di sisi itu lebih memeritkan baginya.Tanpa di duga mereka bertemu kembali di bumi Istambul.Namun,kerana luka yang membawa torehan pada Ryna masih dalam,dia tidak mampu untuk menerima Suaminya kembali setelah memikirkan apa yang terjadi. Mampukah mereka kembali seperti dulu?
Suami Stranger by seramsjks
seramsjks
  • WpView
    Reads 984,778
  • WpVote
    Votes 29,263
  • WpPart
    Parts 51
Kalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau. - Zafran Jika cinta itu sebenarnya satu pembohongan aku pasti sudah mengalah sejak dulu lagi. - Zafril First update : 5.11.2015 Attention❗❗❗ ∆ If you're reading this story until 2020, comment "#StayWithZafranAndBella" ∆ Also don't forget to comment "#Roadto1M" THANK YOU, LOVE 💛
Suamiku Guru Tuisyen? by AriezIzzati
AriezIzzati
  • WpView
    Reads 539,298
  • WpVote
    Votes 14,220
  • WpPart
    Parts 24
" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily. " What?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya. Adakah cinta Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfan ini akan terbalas? Adakah dia akan mendapat cinta AL atau yang dikenali sebagai Abang Lufias? Dapatkah mereka bersatu? Dapatkah mereka meluahkan perasaan masing-masing? Jawapannya? Teruskan Membaca!
KEEGOANKU, KESABARANMU.. by kakchik
kakchik
  • WpView
    Reads 147,849
  • WpVote
    Votes 3,722
  • WpPart
    Parts 21
'Sampai bila kita nak berlagak macam kita ni bukan suami isteri?' Ayat itu yang bermain di mindaku berulang kali. Aku hanya duduk memeluk lutut di atas batu besar. Sesekali aku membalingkan batu atau ranting kayu ke dalam air. Aku sedang berfikir tentang apa yang terjadi. Betul juga apa yang Nazri katakan. Kami sudah pun bergelar suami isteri, ikatan yang sah. Tapi, aku masih dengan ego aku. Menganggap Nazri tak kurang macam orang asing dalam hidup aku. Sikit sebanyak, Nazri sudah pun mengurangkan egonya. Aku sendiri nampak perubahan itu. Tapi aku? ***Hi gaiss !! Da lama aku tak mengepost cerita, ni ada la sikit aku nak post. Cerita ni aku buat tahun 2011 kodd. So, korang layan je la ea. Watak dalam kisah ni semua wujud tapi perwatakan and kisah hidup diorang je aku tukar sikit. Haaa.... jemput jemput la baca, vote, comment ye :)
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,460,179
  • WpVote
    Votes 91,031
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.