NiaZalma's Reading List
4 stories
LELAKI KIRIMAN TUHAN by karyaseni2u
LELAKI KIRIMAN TUHAN
karyaseni2u
  • Reads 141,744
  • Votes 1,706
  • Parts 15
PENULIS: UMIE NADZIMAH TAJUK: LELAKI KIRIMAN TUHAN HARGA : RM22 (SM)/RM25 (SS) Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. "Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira "Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid "Sebab awak tu miring!" - Naira Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...
Kawanku Isteriku (✔) by cikbola_
Kawanku Isteriku (✔)
cikbola_
  • Reads 2,444,317
  • Votes 30,478
  • Parts 49
Sarah arissa- seorang perempuan yang agak selekeh, pewatakannya seakan-akan lelaki Ariel daniel- seorang lelaki yang berkulit cerah, tetapi perwatakannya agak lembut berbanding lelaki-lelaki yang lain, dia juga seorang lelaki yang nerd. mereka berkawan sejak dari form 1 hingga la form 5 dan ada suatu kejadian yang mentebabkn mereka bergaduh Ariel~ " aku benci kau sarah arissa, sampai hati kau buat aku macam ni kan, sampai hati kau hina aku depan kawan2 baru kau ni.." Sarah arissa~ "erkkk, ariel listen to me first, aku...aku mintak maaf, aq tahu aku salah." Sejak dari hari tu, ariel daniel terus menghilangkan diri.. Mugkin akan ada adengan-adengan yang 17SX , kalau rase otak awk2 semua takut tercemar, skip la bahagian-bahagian tutt. HIGHEST RANKING #1 IN RANDOM 😊👏
PILIHAN MAMA by UmieNadzimah2015
PILIHAN MAMA
UmieNadzimah2015
  • Reads 93,741
  • Votes 2,331
  • Parts 28
Novel pertama Umie Nadzimah Terbitan : Kaki Novel Sinopsis Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui……….payahnya untuk merasai cinta pertama. Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilemma, bidadari cintaku di depan mata ,namun diri telah terikat dengan suatu janji……..Haruskah aku membuat keputusan sendiri?. Aku pasrah……..segalanya terserah!. Mama..bijaknya memerhati, semuanya dapat ku miliki…Pilihannya….tepat sekali… Namun…bahtera rumahtangga….mesti diuji…Tegakah aku menghadapinya… sendiri ?. Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit di hati ?..Catatan diari hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman….yang hidup bersandarkan ……PILIHAN MAMA…
Arc Chemist by KarboniKTales
Arc Chemist
KarboniKTales
  • Reads 87,257
  • Votes 8,197
  • Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!