runfafa's RL
6 stories
BABY BOO ✔(TAMAT) by xAnnaKay
xAnnaKay
  • WpView
    Reads 31,377
  • WpVote
    Votes 1,779
  • WpPart
    Parts 7
(TAMAT) Baby dan Boo. Si kepala batu dua-dua. Siapa harus tunduk pada siapa?
KERANA TERPAKSA ...AKU RELAKAN by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 15,960
  • WpVote
    Votes 300
  • WpPart
    Parts 5
Karya ke-3 Umie Nadzimah Kerana Terpaksa...Aku Relakan Karyaseni Adaptasi : Slot Akasia , TV3 ,2014 SINOPSIS Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Di hari pernikahan, dia hilang ayah,hilang saudara malah tunangnya juga turut dirampas. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis paling malang , sebatang kara dan tidak punya apa-apa. Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayangi apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan , Indah Halina mendapat tempat teristimewa di hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri. Di rumah banglo Dato’ Safiyalah bermulanya kisah cinta dongeng antara Indah Halina gadis kampong yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segala. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah pabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum. Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa… Akhirnya Tajul Razin seolah-olah tidak sudi lagi… Indah Halina : Dirinya umpama seekor pipit di hutan, yang lansung tiada istimewa sedangkan si dia merak kayangan …manakan mungkin terbang beriringan… Tajul Razin : Sungguh dia tidak tega untuk melepaskan segalanya…hanya kerana terpaksa, dia merelakan… Namun kuasa Tuhan mengatasi segala perancangan manusia… apakah kesudahan kisah cinta mereka?
BILA TERLAJAK SAYANG... by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 25,407
  • WpVote
    Votes 682
  • WpPart
    Parts 14
Karya ke-6 Umie Nadzimah Bila Terlajak Sayang... Sequel Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR 2) Sinopsis Mereka digelar pasangan paling romantik, macam belangkas, tak berenggang. Yup...begitulah realitinya, rukun dan penuh kasih sayang rumahtangga dia orang. “Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang ”~ Tajul Razin. “Iyalah tu, tipu jaga!” Indah Halina selalu mengusik tetapi dalam hati penuh kepercayaan pada si suami. Adat manusia , bila bahagia ada-ada sahaja yang tidak puas hati, dendam sana sini... “Apa buruk , kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?”~ Indah Halina “Indah tak ada satupun kurang. Indah tetap bidadari abang”~ Tajul Razin Indah Halina keliru. Kata sayang separuh nyawa tetapi... Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan . Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin pertingkatkan tahap imannya, sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang. “Kalau you tak boleh nak jaga hati dia lagi...Lepaskan dia cara baik. Jangan seksa dia demi kepentingan diri you. Ada orang lain yang boleh jaga dia dengan sungguh-sungguh hati bro”~ Tajul Fahin masuk campur semula . Sesungguhnya cinta pertama susah untuk dilepaskan. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka pabila dengan tiba-tiba bahtera bahagia dilanda gelora?
JUJURLAH NIKAHI AKU by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 62,726
  • WpVote
    Votes 774
  • WpPart
    Parts 16
Karya ke-5 Umie Nadzimah Karyaseni Sinopsis NURIN ASYIFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkannya. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikan dia? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...” Itu kata Alan Wong. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan jaga dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan . Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu. Zanif...Bos strawberri, lelaki bajet sempurna serba serbi. Memang la Nurin jatuh cinta sangat padanya. Namun bagaimana pula dia? “Err...Encik tahu rumah saya?” -Nurin “Ha...Itu tandanya apa?”- Zanif Ikhlaskah Si Strawberri ini menerima Nurin Asyifa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walau dicuba untuk jadi kuat dan tabah ...ada masa Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki. Tiba-tiba muncul Si Qayyum , pemuda yang tidak dikenali, yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan...Ikhlas, dengan niat untuk jaga dan lindungi Si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir. “Kena baca 30 juzuk al-Quran sebagai Mas kahwin...” Syarat Nurin . “Apa-apa saja saya sanggup”- Qayyum. Milik siapakah ‘Cinta Teakhir’ Nurin Asyifa? Si Alan yang terlalu menyayanginya? Atau Zanif yang akhirnya mengakui cintakana dia? Ataupun pada Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja? Temui jawapannya dalam JUJURLAH NIKAHI AKU...
USAI...AKU TERIMA NIKAHNYA by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 26,441
  • WpVote
    Votes 531
  • WpPart
    Parts 11
Novel Ke-2 Umie Nadzimah Usai... Aku Terima NikahNya Karyaseni Sinopsis Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar Hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikonkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumahtangga. Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak dan menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka. Dalam masa yang sama, muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif , yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'Puterinya' tersenyum dan bahagia semula. Dia tidak putus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya , apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih. Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun , yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah... Abang Is ;" Kau bukan yang prtama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..." Khalif: " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku..." Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai...Aku Terima Nikahnya...
DIA...ISTERI LUAR BIASA by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 20,596
  • WpVote
    Votes 234
  • WpPart
    Parts 11
Karya ke-4 Umie Nadzimah Dia...Isteri Luar Biasa Penulisan2U Adaptasi : Slot Akasia TV3 , 2015 Boleh dibeli online di www.karyaseni.my , dalam bentuk e-novel di e-sentral. Sinopsis SINGLE is simple, double is trouble... Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan! Perempuan tak kahwinpun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya , yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Issy...mesti ada jalanlah... Hakikatnya... It needs two persons to have one... “So , apa susah ? Ajaklah aku make love sampai kau mengandung”~ Kamarul. “Tahulah aku ni cetek ugama, tapi aku tak tergamak buat dosa-dosa besar macam tu tau”~ Dewi Yusra. “Habis tu, kata nak anak, suruh kahwin tak mahu, itu sajalah caranya. Ada jalan lain ke? Kalau aku, on saja, peluang depan mata...” ~Kamarul “Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu”~Dewi Yusra Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat ,genius dan stok sembahyang atas kapalterbang. “Saya Amzar...err...Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar . Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percayapun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni? Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat ? Bagaimana pula rancanga Kamarul yang terlalu menyintainya? Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.