best
16 stories
RAZIN : DISISI KAMU (EDITING)  by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 746,776
  • WpVote
    Votes 12,379
  • WpPart
    Parts 32
SECOND ✨ RAZIN X QASH ✨ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia perkahwinan ke lima tahun,suaminya Lutfan dijemput Ilahi kerana kemalangan jalan raya. Namun ada perkara lebih mengejutkan setelah dua minggu kematian lelaki itu Kisah antara Qash dan Razin telah terlakar sejak awal,Namun kisahnya cuma separuh jalan. Dipisahkan oleh masa dan keadaan namun disatukan jua oleh masa dan keadaan. RAZIN RYKARL "Aku nak jaga kau dan Hud" QASH ARTIYA "saya tak perlukan lelaki dan suami untuk jaga saya dan Hud.Baik Tuan jaga girlfriend-girlfriend Tuan yang ramai tu" HUD ARDEN "Ud nak yayah bawu." MATURE CONTENT πŸ”ž Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start: Mar 12 2024 End :May 20 2024
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,777,251
  • WpVote
    Votes 410,866
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2 by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 1,749,082
  • WpVote
    Votes 90,642
  • WpPart
    Parts 58
━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ β€’β€’β€’ Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat ni sampai mati, Warda. Kau pembunuh! Pembunuh Bella! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.❞ Amanah yang aku titipkan, terabai. Kepercayan yang aku tinggalkan, dikhianati. Bagaimana harus aku percaya lagi? -Nuffaiq Wildan ❝Apabila injap jantung ini sudah digantikan dengan yang baru, aku mahu berbakti di luar. Tak kisah di mana-mana. Afrika, Somalia atau Syria sekalipun. Asalkan jauh dari sini.❞ Kerana aku tidak punya sesiapa di sini. Kerana diri ini dibenci. Oleh dia. Oleh mereka. Atas kematian Bella. -Lilyrose Warda Namun, takdir Tuhan tertulis sebaliknya. ❝Doktor Nuf, ada seorang pesakit kritikal memerlukan pembedahan injap jantung segera!❞ Sesalan yang dirasa sudah tidak berguna. ❝Kalau aku tahu dia orangnya, takkan aku cemarkan tangan aku buat pembedahan tu! Biar dia rasa apa yang Bella rasa dulu.❞ Ke mana hilang sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri Dr Nuffaiq Wildan? Apabila ianya melibatkan seorang wanita bernama Lilyrose Warda, tanggungjawab sanggup diketepikan. Dendam dan kebencian menjadi keutamaan. ❝Aku akan pastikan semua perbuatan kau pada Bella akan memakan diri kau semula. Sampai waktu tu, kau sendiri akan minta supaya nyawa kau ditarik!❞ Tak perlu tunggu waktu itu, Nuf. Sekarang pun Warda rela mati. Jantung, berhentilah berdetak! Biar aku mati! *** Kisah tragis tangan yang membenci dan jantung yang disakiti... Bisakah saling mencintai? Mampukah saling mengubati? Atau tangan akan terus membenci sampai jantung itu terhenti.. ❝..your words in my head, knife in my heart. You build me up and then I fall apart..❞ Start: 24/10/2018 Ended: 09/04/2020 WARNING: COPYCAT WILL DIE IN THE MOST TRAGIC WAY
TITISAN CINTA. (Completed) by MekAin
MekAin
  • WpView
    Reads 178,626
  • WpVote
    Votes 6,640
  • WpPart
    Parts 65
Rasa bersalah atas kesilapan dahulu, membuatkan Syed Mirza memburu gadis yang bernama Aisyah. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu di samping menghapus rasa bersalah dalam dirinya. Namun, kemaafan tidak mudah diperolehi seperti membeli barang di pasar. "Walaupun beribu kali awak minta maaf dengan saya, seribu kali pun saya tidak akan pernah maafkan awak! Lelaki durjana! "- Aisyah Kerana perbuatan kejam lelaki bernama Syed Mirza itu, Aisyah kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Hidupnya. Ibunya. Ayahnya. Sehingga dirinya digelar anak yatim dan anak terbuang. Kisah hitam yang dicoretkan lelaki itu dalam hidupnya tidak akan pernah di lupa sehingga dia mati! Kuasa Allah tiada siapa mampu duga. Demi sebuah kemaafan dari sang ayah, Aisyah terima sebuah ikatan yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya. "Sayang, bencilah abang. Marahlah. Tapi cinta abang kepada sayang tetap akan bersinar. Biarlah walaupun hanya sekadar titisan cinta." - Syed Mirza Syed Mirza tekad! Walaupun dia terpaksa menghadapi kebencian sang ratunya setiap saat, setiap detik, dia tidak akan pernah mengalah! Satu demi satu sentuhan lembut Syed Mirza merawat luka di hati sang ratu tapi apakan daya, angin tetap bertiup. Kehadiran sepupu Aisyah yang pernah meninggalkan dirinya dahulu, kembali menagih hubungan yang tergantung semula. "Aisyah, ingatlah apa yang lelaki itu telah lakukan! Dia tidak akan pernah berubah!"- Irfan Kehadiran Irfan mengusik ketenangan di hati Syed Mirza. Peluang yang dimilikinya semakin menipis. Saat dirinya cuba untuk berpegang teguh pada titisan cintanya, satu rahsia terbongkar. Menyedarkan sekeping hati yang dibuai cinta. "Pergilah Aisyah. Pergilah daripada hidup abang. Larilah sejauh mana yang Aisyah mampu. Abang tidak akan mengejar lagi." - Syed Mirza Dapatkah titisan cinta Syed Mirza memadam kebencian dalam hati sang ratu? Adakah hati Aisyah dapat menerima Syed Mirza? Aku berharap titisan cintaku dapat menghapus dukamu sayang~
TERBIT | Jika Harus Begitu by Jwayara
Jwayara
  • WpView
    Reads 5,716,179
  • WpVote
    Votes 50,037
  • WpPart
    Parts 19
"Cukup lah Khairul! Awak caci saya, awak tuduh saya tanpa soal selidik. Sampai bila awak nak hina saya?" - Putri Darleesa. "Habis apa yang kau buat ni tak melampau?! Jawab aku Putri Darleesa! Salah aku? Salah aku kita terjebak dalam perkahwinan ni? Salah aku?!" - Khairul Firhad. Darleesa dan Khairul. Dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Badai melanda disaat mereka terjebak dalam satu tragedi hitam. Tragedi dimana ikatan perkahwinan terlerai jua atas tuntutan keluarga untuk menutup malu yang terpalit. Darleesa tewas. Sangkaannya tepat. Kehidupannya semakin sengsara apabila Khairul mula mengurungnya di dalam sangkar emas. Kata-kata nista, cacian berserta hinaan tidak pernah lekang dari meniti di bibir lelaki itu. Neraka ciptaan Khairul memberikan Darleesa sejuta rasa derita yang tiada penghujungnya. Beribu kali dia cuba meluluhkan keegoan Khairul, beribu kali juga lelaki itu menjunamkannya ke gelungan paling dalam. "Tapi apa salahnya kalau berikan peluang untuk kenal hati budinya terlebih dahulu?" - Putri Darleesa. "Tak semua perkara boleh dimudahkan. Aku tak nak kau harapkan apa-apa dalam perkahwinan ni. Kita berkahwin bukan atas dasar cinta. Bagi aku perkahwinan tanpa cinta tak menjaminkan apa-apa." - Khairul Firhad. Panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari. Junjungan ego di kepala sudah tertiarap selepas keserasian antara dua hati terpaut utuh. Disaat hati sudah terbuai dengan buaian bahagia, kepulangan Tengku Zetira Natalia membawa seribu ketakutan yang mengejar Darleesa sehingga ke lubang hitam. Masa lalunya kembali menjengah, satu-persatu kebenaran terungkap. "Kalau sebab cinta kau minta untuk dilepaskan, aku takkan mengalah untuk menangi hati kau. Bagi aku peluang sayang... Bagi aku peluang untuk buktikan yang aku layak untuk bersama kau." - Khairul Firhad. Jika harus begitu perjalanan ke mahligai bahagia, masih bertahankah Khairul dan Darleesa sekiranya takdir tidak memihak kepada mereka?
KERANA AKU BUKAN PILIHAN (TERBIT FIZIKAL 2024) by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 1,549,724
  • WpVote
    Votes 16,447
  • WpPart
    Parts 14
β„•π•’π•šπ•π•’π•™ π•π•’π•Ÿπ•Ÿπ•’π•™ 𝕃𝕖𝕗π•₯π•–π•Ÿπ•’π•Ÿ π•‚π• π•žπ•’π•Ÿπ••π•–π•£ π•Œπ•₯π•™π•žπ•’π•Ÿ π”½π•šπ•£π••π•’π•¦π•€ π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š π’‰π’‚π’π’šπ’‚π’π’‚π’‰ π’“π’†π’Œπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π’‰π’‚π’”π’Šπ’ π’Šπ’Žπ’‚π’ˆπ’Šπ’π’‚π’”π’Š π’‘π’†π’π’–π’π’Šπ’” π’”π’†π’Žπ’‚π’•π’‚-π’Žπ’‚π’•π’‚. π‘Ίπ’Šπ’π’‚ π’‰π’π’“π’Žπ’‚π’• π’Œπ’‚π’“π’šπ’‚ π’‘π’†π’π’–π’π’Šπ’” π’šπ’‚π’π’ˆ 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’†π’“π’Šπ’Œπ’‚π’ 𝒃𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 π’‘π’†π’“π’„π’–π’Žπ’‚ π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’Œπ’‚π’π’Šπ’‚π’ π’…π’†π’π’ˆπ’‚π’ π’•π’Šπ’…π’‚π’Œ π’Žπ’†π’Žπ’‘π’π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’• π’Œπ’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š. π‘»π’†π’“π’Šπ’Žπ’‚ π’Œπ’‚π’”π’Šπ’‰ π™Άπ™΄π™½πšπ™΄: πš‚π™°π™³ πšπ™Ύπ™Όπ™°π™½π™²π™΄/πšƒπšπ™°π™Άπ™΄π™³π™Έ/π™°π™²πšƒπ™Έπ™Ύπ™½ π™Όπš„π™»π™°: 18 𝙼𝙴𝙸 2023 πšƒπ™°π™Όπ™°πšƒ: 6 π™Ήπš„π™»π™°π™Έ 2023
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,812,066
  • WpVote
    Votes 207,115
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? β€’ β€’ Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
C | mimpi indah by LunaLavella
LunaLavella
  • WpView
    Reads 1,139,595
  • WpVote
    Votes 89,593
  • WpPart
    Parts 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 Β© By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,935,714
  • WpVote
    Votes 1,985
  • WpPart
    Parts 10
1st story β™₯️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 12,960,174
  • WpVote
    Votes 522,193
  • WpPart
    Parts 74
(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan yang awalnya atas dasar simpati berubah kepada cinta. Uwais protective dengan caranya sendiri. Hasya, lembut tetapi keras. Sangat menjaga apa yang menjadi miliknya. Tanpa mereka duga, ancaman datang dari dalam 'selimut' mereka sendiri. Atas dasar kepercayaan hidup bersama, Uwais takkan sesekali menyerah wanita itu pergi. Apapun, Hasya akan tetap bersamanya. "She is not my wife, but she is still mine"