BLACK ANGEL SERIES
3 stories
[TERBIT] Stella: The Glory of Black Maria by delilanatasha
delilanatasha
  • WpView
    Reads 970,060
  • WpVote
    Votes 10,861
  • WpPart
    Parts 11
BLACK ANGEL SERIES II Raja Maraya. Nama yang gah bagi seorang wanita. Tetapi di gelanggang berdarah, dia digelar Black Maria. Tumbuh tanpa kasih sang ayah - hanya tanggungjawab dan impian lelaki itu, yang tidak pernah dia mahu, menjadi pengikat antara mereka berdua, darah dan daging. Malangnya nasib Mar. Cinta zaman sekolahnya berakhir dengan luka yang dalam. Farel Ziyan pernah menolak hatinya tanpa belas. "Kau sedar diri kau tu, Mar! Kau tak sepadan dengan mana-mana perempuan yang pernah datang pada aku. Kau tu kasar, tomboi, macam jantan!" - FAREL ZIYAN "S-salah ke saya dilahirkan dengan perwatakan kasar?" - RAJA MARAYA Namun kini... Farel muncul setelah sepuluh tahun berlalu, menentang takdir yang berusaha memisahkan dia dan Mar. "Mar, aku tahu aku banyak salah dengan kau. Dan salah aku ni terlalu besar untuk dimaafkan. Tapi aku harap kau beri aku peluang untuk tebus kesalahan aku." - FAREL ZIYAN "You're so good at flirting, Lieutenant. But I'm sorry. This is not Raja Maraya you knew ten years ago. I'll never be that me again." - RAJA MARAYA Dua hati. Dua luka. Satu cinta yang menolak mati. Ini kisah tentang cinta yang dikejar hingga ke hujung luka. Ia tentang dua jiwa yang belajar, bahawa kadang cinta bukan untuk dimiliki, tapi diperjuangkan. Genre: Melodrama, Action Start : 15 Oktober 2023 End : Januari 2024 TERBITAN BUKU 2025
[TERBIT] Raja for Angel by delilanatasha
delilanatasha
  • WpView
    Reads 1,847,056
  • WpVote
    Votes 38,282
  • WpPart
    Parts 22
BLACK ANGEL SERIES I Pertemuan tidak sengaja di hadapan KLCC membuka lembaran takdir antara Eshal Alaya, pelajar seni bina berjiwa besar dan Raja Ummar, pewaris legasi Black Angel Studio. Hubungan profesional mereka berubah menjadi dilema perasaan apabila Eshal jatuh cinta pada Luqman, abang Ummar sendiri. Ummar yang selama ini setia menanti terpaksa menyaksikan wanita yang dicintainya memilih abangnya sendiri. Eshal pula keliru - di antara cintanya yang bertepuk sebelah tangan, prinsip hidup dan maruah diri. Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula. Ummar menawarkan pekerjaan dan sekali lagi membuka pintu hatinya untuk Eshal. Bekerja di bawah satu bumbung, hubungan profesional antara Ummar dan Eshal perlahan bertukar menjadi rasa. Tetapi, rasa yang berputik hanya satu arah. Ummar mengharapkan segunung cinta manakala Eshal mahu kekal selesa dengan hubungan sebatas majikan dan pekerja. "Saya rasa encik dah langgar batas yang saya tetapkan. Boleh tak kalau encik hormat keputusan saya?" -ESHAL ALAYA "I respect you, Angeline. Bertahun aku hormat perasaan kau. But don't expect me to keep in silence if you keep pushing me away." -RAJA UMMAR "Apa yang encik nak sebenarnya?" -ESHAL ALAYA "I want you. Let's get married." -RAJA UMMAR Tanpa cinta, Eshal bersetuju untuk berkahwin dengan Ummar. Adakah cinta akan tumbuh dalam janji sebelah pihak? Atau mampukah kesabaran mengubah kejanggalan mereka menjadi rindu? Genre : Romance, Architecture Start: August 2017 End: 2022 TAHUN TERBITAN 2024