tihaniese
IDHAN DAN JUNERA, meski jarak, waktu, dan keluarga memisahkan, ikatan hati mereka tetap teguh. Dari Kanada ke Malaysia, hingga Yaman, mereka diuji dengan rahsia, perpisahan, dan pertelingkahan keluarga. Namun, di sebalik semua luka itu, mereka tahu cinta ini bukan kebetulan tetapi takdir.
Satu perpisahan bukan pengakhiran.
Kerana setiap doa akan mencari jalannya pulang.
KERANA pertikaian tanah pusaka, dua keluarga yang dulunya digelar kembar kampung akhirnya terlerai. Idhan dan Junera terpaksa akur, cinta mereka dipisahkan dek ego orang tua. Namun, sejauh mana pun mereka berlari, kasih itu terus hidup. Satu demi satu rahsia terbongkar, dan akhirnya mereka bertemu semula. Bukan sekadar untuk diri mereka, tetapi untuk menyatukan semula dua keluarga yang retak.
"Saya sangka saya kuat, Idhan. Tapi setiap malam, rindu ini tetap menang." - JUNERA Mina
"Aku akan cari kau, walau ke hujung dunia. Sebab kau bukan sekadar cinta, kau sebahagian dari aku." - IDHAN Ezer
"Junera bukan sekadar pilihan. Dia doa yang selalu saya panjatkan." - Khaidir Shah
Mampukah cinta mereka menutup luka lama?
Atau dendam keluarga akan terus menjadi tembok pemisah?
Sebuah kisah cinta, air mata dan pengorbanan
di mana cinta sejati akhirnya diuji antara hati dan keluarga.