SI BAJU KURUNG KASUT KANVAS
UmieNadzimah2015
- Reads 65,607
- Votes 2,020
- Parts 17
Kata emak , dia ni tak pandai melawa sebab tu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung...baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman la. Lagi satu dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu sarung hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun , fesyen dia itu itulah juga...
Baju kurung kasut kanvas , tiada masalah langsung untuk dia. Dia boleh buat apa sahaja, berkejar-kejar tangkap miaw, jadi pelayan kafe , malah boleh main bola keranjang dengan adik lelakinya. Jangan salah tafsir pula... Dia juga sangat pandai mengaji tau. Dia lagi boleh ngajar orang baca al-Quran.
Masalahnya cuma dengan Cik Pah yang suka mendesak . Entah kenapalah emak risau sangat bila anak daranya yang masih muda beliau ni tak laku-laku. Macam desperate sangat hendak bermenantu. Atau emak teringin sangat nak buat kenduri besar-besar macam emak-emak yang lain . Kalau begitu , emak buat sajalah kenduri untuk ayah. Kahwin dengan madu emak. Boleh? Tak perlulah susah-susah dia memikir fasal calon menantu emak.
Namun Tuhan punya kuasa.... Di suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang Pakcik Sado yang tinggi kualitinya. Maklumlah zaman sekarang sangat susah untuk jumpa mamat-mamat yang boleh dibuat tempat bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka.
Persoalannya ...Hendak ke Pakcik Berkualiti tu pada dia?