SyahiraHozami's Reading List
6 stories
RENTAS : Peluang Kedua by SimonMalik
SimonMalik
  • WpView
    Reads 1,755
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 3
Reyzal antara mereka yang bernasib malang sewaktu Covid-19 melanda. Ketika hampir putus asa, Selena menawarkan sebuah pekerjaan ganji. Reyzal perlu menjadi calon ujikaji Rewind Experiment On Time And Space (RENTAS). Kini dia perlu kembali menjadi umur 18 tahun dan perlu lalui keadaan yang dia mati-matian untuk elak: i) Belajar bahasa baru. ii) Jauh dari Chiyo. iii) Kena hidup berdikari dan masak sendiri. Selena berjanji, semua itu hanya untuk setahun. Bonusnya, Reyzal boleh mengubah takdir malangnya sebelum kehilangan segalanya.
Nota Buat Mawaddah (Mawaddah Ilmi Ingin Pulang) by auzainal
auzainal
  • WpView
    Reads 32,493
  • WpVote
    Votes 838
  • WpPart
    Parts 8
[PEMENANG WATTYS 2020] ✔️ [TERBIT VERSI BUKU - MAWADDAH ILMI INGIN PULANG - IMAN PUBLICATION] ✔️ "Your childhood could have been affecting you so deeply to this very day..." Hidup Mawaddah Ilmi serba tak kena. Gagal mendapatkan pekerjaan. Gagal dalam perkahwinan. Gagal menjadi anak yang baik. Dia tidak tahu apa masalah dirinya, tetapi dia sentiasa pasti yang dia tidak layak masuk ke syurga. Dalam pergelutan hidup, Mawaddah bertemu Iffat Rusyaidi, seorang pereka kulit buku yang jatuh hati kepadanya, namun Mawaddah sedar yang dia harus berdepan dengan masa lalu yang rumit sebelum belajar jatuh cinta semula. [7 Sept 2019 - 16 Ogos 2020]
Introvert & Tuhan by auzainal
auzainal
  • WpView
    Reads 18,245
  • WpVote
    Votes 1,073
  • WpPart
    Parts 25
Introvert dan anxiety, gabungan dua perkara ini membuatkan hidup agak mencabar. Tapi akhirnya membuatkan diri lebih mencintai diri sendiri dan lebih akrab dengan Tuhan. Ini cuma random posts aku sepanjang perjalanan itu.
CULIK1.0 by ginayaplaiyoong
ginayaplaiyoong
  • WpView
    Reads 18,529
  • WpVote
    Votes 783
  • WpPart
    Parts 22
Detektif MinHo seorang pegawai yang penuh dedikasi dalam usaha menjejaki orang, terutamanya kes-kes individu yang tiba-tiba lesap daripada kehidupan seharian. Setiap petunjuk, tidak kira sekecil mana, disiasatnya supaya ahli keluarga mangsa mendapat penutup cerita. Ya, penutup cerita amat penting untuk kita semua. Jikalau kita tidak tahu apa yang berlaku kepada insan tersayang, lelapkah mata apabila malam menjelang tiba? Adakah Detektif MinHo mampu membiarkan saja apabila anak puteranya, Zak, melesap begitu saja? Ketahui ceritanya dalam novela ini. Bab baru akan dimuatnaik setiap hari Isnin dan Khamis.
ARAWN | ANTARA DUA REALITI by eiffelynne
eiffelynne
  • WpView
    Reads 3,542
  • WpVote
    Votes 359
  • WpPart
    Parts 30
Menjadi popular didalam sosial media merupakan impian setiap streamer. Anwar, seorang pelajar berusia 16 tahun dengan mudahnya melonjak naik bersama persona virtual yang dicipta semenjak dia berusia 13 tahun. Menggunakan nama samaran sebagai Arawn, dia bijak mengambil hati penonton setianya dengan pelbagai ragam ketika dia bermain video game. Arawn dikenali serta digilai oleh peminatnya diserata dunia tidak seperti Anwar. Hakikat hidupnya, cuma seorang remaja lelaki yang biasa-biasa. Tidak pandai bersosial dengan rakan sebayanya, status akademiknya juga sekadar di tahap baik. Malu jika dia mengaku sebagai Arawn sedangkan hidupnya tidak seperti karakter itu. Desas-desus pelajar lain meneka bahawa disebalik karakter Arawn, orang yang sebenar adalah Hakeem. Pelajar cemerlang malah bergaya. Anwar pula hanya membiarkan Hakeem yang suka membulinya itu mengaku sebagai orang disebalik persona Arawn. Namun, sedikit demi sedikit rahsianya akan terbongkar. #virtual #remaja #sekolah #twitch #streamer #malaysia
Sampai Jadi Sayang [ONGOING] by ArifZulkifli_
ArifZulkifli_
  • WpView
    Reads 277
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 5
Hawra hanyalah seorang gadis biasa yang melalui kehidupannya melakukan perkara-perkara biasa. Sehinggalah satu hari, dia menerima sejambak bunga teluki daripada pengirim misteri. Bermula dari situ, satu per satu kebetulan aneh dan menakutkan yang dilaluinya. Siapakah peminat misteri itu? Dan adakah semua kebetulan yang terjadi, memang satu kebetulan, ataupun ia disengajakan?