FavHorror!
5 stories
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 109,420
  • WpVote
    Votes 5,057
  • WpPart
    Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)
Koleksi Kisah Benar : Seram by adeeeya
adeeeya
  • WpView
    Reads 150,908
  • WpVote
    Votes 4,174
  • WpPart
    Parts 7
Benar-benar berlaku. Bukan rekaan. Bukan auta. Tapi nyata. Gaya penceritaan memang tak formal, bersahaja, simple dan ringan. Sesetengah dari kisah benar ini dah di kongsikan di Forum Cari (MPS) oleh Adia (penulis), dan MUNGKIN pernah dibaca. :) Thanks and enjoy!
Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow update by SimonMalik
SimonMalik
  • WpView
    Reads 138,759
  • WpVote
    Votes 4,674
  • WpPart
    Parts 31
Ini adalah himpunan cerita seram, mistik sepanjang zaman. At least; cerita yang berlaku atas diri aku la... Kalau cerita mulut tu aku tak jamin kesahihan... Takde sanad yang meyakinkan. haha.. Aku cuba kongsikan segalanya, dari aku zaman aku nampak Hidangan Hapy Meal adalah keterujaan yang mengkhayalkan sehingga aku menggeletar nak bayar duit yang kian mengecik Enjoy... baca dalam bilik terang ye? Jangan jengah bawah katil nanti.. hehe. p/s : Dem.. tak sangka aku melangkah masuk ke genre seram yang selama ni aku lari.
creepyposta ~ maha koleksi by mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Reads 1,700,120
  • WpVote
    Votes 49,846
  • WpPart
    Parts 77
C O M P L E T E D creepyposta ~ maha koleksi merupakan jilid pertama kompilasi karya Jeffrey Zain yang diwattpadkan setelah akaun Twitter beliau mencecah 18,000 followers. Kisah-kisah yang dipaparkan tak begitu klise drama Melayu, orang kata lah. Ada kisah mak zombie, mak kanibal, Mak Kau Hijau, Makcik Karipap, anak werewolf, cameo Kak Chom, anak Satan à la The Omen, Suami Ku Mr Stalker, adik beradik Hansel Gretel versi Melayu, kisah creepy campfire, kisah dato yang tak gembira dan Halloween Melayu. Kompilasi creepyposta menjadi Top 3 Buku Lejen Press paling laris di Pesta Buku Antarabangsa KL / PBAKL2017, buku paling laris di PBAKL2016 dan Top 5 Buku Fiksyen Bahasa Melayu MPH 2016.
#certotCP ~ koleksi by mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Reads 1,381,045
  • WpVote
    Votes 37,270
  • WpPart
    Parts 115
C O M P L E T E D Dalam jargon indie, 'certot' bermaksud 'cerita kontot'. Hashtag #certotCP bermaksud 'cerita kontot creepyposta' yang dibantutkan menjadi dua-tiga ayat padu. Seramnya tak banyak - tapi cukup untuk buat awak tengok bawah katil dua kali sebelum tidur malam.