athrhawtf's Reading List
38 stories
Sayang Untuk Kali Kedua? by guessitsha
guessitsha
  • WpView
    Reads 1,557,890
  • WpVote
    Votes 52,516
  • WpPart
    Parts 66
Bila dah sayang mula datang orang ketiga, Bila dah sayang mula tinggalkan kita sendiri. Tapi bila dah hilang, Baru datang mencari. Siapa saya? Boneka yang awak ambil bila awak perlu dan campak bila awak bosan? Untuk kali kedua saya sayang awak.
Saya Tunggu Tau ✔ by cikorked
cikorked
  • WpView
    Reads 3,073,881
  • WpVote
    Votes 95,537
  • WpPart
    Parts 63
Airis Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat mencabar tahap kesabaran Airis. Kewujudan Airis di rumah itu bagaikan orang asing bagi Hayyan. Lebih mencabar bagi Airis apabila Hayyan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya, Mariana! "Jangan layan saya macam bibik kat rumah awak" "Dah memang kau bibik aku kan" "Gila!" Bermadu dengan Mariana merupakan ujian yang paling besar bagi Airis. It's worse! Siapa sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain! ***Di awal bab, memang mengarut bahasa pun i don't know la. Tapi saya perbaiki penulisan saya di pertengahan.
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,188,562
  • WpVote
    Votes 74,335
  • WpPart
    Parts 75
@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemarannya pada aku. Aku pandang artis itu dengan rasa tak minat. Huh?! Yurp, adik aku aje yang tergedik-gedik minatkan artis itu. Aku? Pfft.. mana layan artis-artis ni. Sibuk jaga kain diri sendiri sudah lah. Huzryle Khayril atau nama glamornya 'Ryle' merupakan artis yang sudah dua kali menjulang anugerah pelakon lelaki terbaik. Digilai ramai malah turut menjadi pujaan ramai gadis. Kerana popularitinya itu, Ryle jadi lelaki yang angkuh.. Depan kamera, dia tayang senyum.. belakang kamera, belangnya ditunjuk. Satu pertemuan yang terjadi antara mereka membawa kepada episod pertemuan yang seterusnya. Sehinggalah, pertemuan terakhir antara mereka menimbulkan masalah paling besar dalam hidup Ryle dan juga Aysara. 'Kau jebakkan aku dalam masalah ni kan?.. huh, Puas?!'-Ryle. 'Saya tak suka awak lah! Kalau boleh, saya pun tak nak terlibat dalam masalah ni!!!!'-Aysara. 'Tak guna! Macam mana benda ni boleh jadi?!'-Kuza. Bila benci itu boleh tumbuh menjadi cinta, tak ada siapa mampu mengubahnya. Romance 2018
Suami Sementara © ✔️ by dsyluv
dsyluv
  • WpView
    Reads 3,093,735
  • WpVote
    Votes 100,531
  • WpPart
    Parts 51
" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwinan. Dia menganggap perkahwinan itu adalah satu perjudian. Tetapi bila umurnya sudah meningkat dewasa, Tan Sri Hamid daddy kepada Rasya memaksa untuk Rasya berkahwin secepat mungkin. Dengan alasan Rasya semakin dewasa. Rasya sebagai seorang anak dia tidak sanggup mengecewakan daddynya. Jadi dia terpaksa bersetuju dengan syarat biar dia yang mencari bakal menantu buat daddy dan mama nya. " Jadi suami sementara saya. Lepas setahun kita cerai. " - Rasya Medina " Saya setuju. " - Firash Mikhail. Apa yang akan jadi selepas itu? Kenalah baca kalau nak tahu kesudahan tentang cinta Firash&Rasya Happy Reading ❤️ Firsya; Start - 25.02.16 End - 5.10. 16 #1 Romance ( 27.5.2016 )
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,919,616
  • WpVote
    Votes 76,891
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
My Fondness by atqhnr
atqhnr
  • WpView
    Reads 419,803
  • WpVote
    Votes 16,797
  • WpPart
    Parts 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tapi apakan daya, dia cuma mampu suka dalam diam. Shafika , gadis yang agak savage. Tapi dalam savage dia ada lembut. Tanpa siapa tahu , dia mula letak rasa suka pada atlet sekolah, Farrid Affiq. Dia rasa macam dia dengan lelaki tu macam besi dan permata. Jadi, dia simpan rasa tu. Walaupun Farrid Affiq ialah lelaki kesukaan dia. Jadi , macam mana dua hati yang saling menyayangi ni dapat bersama ? Macam mana mereka nak cakap yang mereka saling suka antara satu sama lain? Crush dalam diam? Bila bersama , confirm ada yang halangan. Bagaimana Affiq nak tangani masalah tu sedangkan Shafika diamkan diri untuk melihat betapa gigihnya lelaki itu? Kenapa fondness? Kesukaan? Sebab bagi seorang Farrid Affiq, Shafika adalah gadis kesukaan dia yang dia tunggu selama 5 tahun. Kesukaan yang dia suka perhati dalam diam. Walaupun tak berkawan rapat , dia tetap perhati gadis itu. Start : Nov 2017 End : Nov 2017 [WINNER BEST TEEN FICTION IN INFINITY WATTYS AWARD 2018]
Kontrak Cinta Kita © by nurulshazliyana
nurulshazliyana
  • WpView
    Reads 1,566,484
  • WpVote
    Votes 37,206
  • WpPart
    Parts 41
Darwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahannya. Walaupun tidak disukai oleh Filza, namun perlu diterima juga. Zikri percaya bahawa cinta yang kedua tidak seteruk pertama, jadi dia membuka peluang untuk filza merebut hatinya kembali melalui ' kontrak cinta ' Berjayakah filza merebut hati suaminya itu ? Apakah makna kontrak cinta itu ? Rank : #34 in Romance by 26 Nov 2017
Pencuri Hati Miss CEO ✔  by farrahizwany
farrahizwany
  • WpView
    Reads 567,452
  • WpVote
    Votes 18,737
  • WpPart
    Parts 76
[COMPLETED] "Adam, boleh tak nak mintak tolong?" - Alysha Naziha "Tolong apa?? Jangan nak mintak tolong benda merapu ehh Ziha." - Adam Luqman "Aku nak mintak tolong, hang jadi boyfriend tipu aku boleh tak wehh?" - Alysha Naziha "Wehhh..tengok tu. Aku cakap jangan mintak benda merepek kan? Hang jangan buat gila Ziha." "Alaaa..please..aku merayu tau ni. Tak lama laa, aku janji..pegang janji aku ok?" "Aku nak jawab apa dekat Datuk Nashril wehh? Nak cakap yang aku ni jadi fake boyfriend anak dia? Hishh taknak aku." "Bukan laa..takpa yang tu aku settlekan. Sekarang ni setuju ja tau?" "Erghhhh..I hate to say this..ok fine aku setuju. Demi bestie aku sorang ni. Janji ehh tak lama?" "Janji! Thank you Adam!" _________ "Kenapa awak keluar dengan Adam tu ehh? Asyik berkepit tiap-tiap hari?" - Aliff Nazarul "Suka hati saya laa nak keluar dengan siapa pun, awak ni siapa nak halang saya?" - Alysha Naziha "Memang saya bukan siapa-siapa pun dalam hidup awak, tapi tak payah laa buat macam awak sorang je ada boyfriend dalam dunia ni." "Biar laa..Tak kacau awak pon ok! awak sakit dekat mana?" "Sakit dekat hati!" _________ Cover and Storyline by @farrahizwany Published: 15 November 2016 Completed: 31 Oktober 2017 Highest Rank: #64 in Teen Fiction (19/03) #20 in Romance (28/09)
SAYA PILIH AWAK! by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 439,542
  • WpVote
    Votes 16,749
  • WpPart
    Parts 53
Nabella Armani adalah seorang penulis novel cinta yang ceria dan penuh imaginasi. Dia percaya pada kisah dongeng, dia juga percaya pada cinta abadi. Tapi kepercayaannya itu luntur setelah lelaki yang dia sayangi menghilangkan diri. Bella sedar, hidup tidak seindah yang dijangka. Lantaran itu dia memilih untuk tidak mahu terjebak lagi dalam soal hati dan perasaan. Namun kehadiran Daniel Mizannin yang dia gelar serigala jadian Siberia itu seperti mengocakkan kembali hidup Bella yang sebelumnya tenang. Lelaki itu hadir dan pergi seperti sebuah misteri. Bella tidak keruan. Senyuman lelaki berlesung pipi itu seperti hypnotize. Semakin dipandang semakin menarik. "Jangan senyum" -Bella "Kenapa?" -Daniel "Hodoh!" -Bella Kehadiran semula Asrif Zaafar, bekas kekasihnya yang dua tahun menghilang membuatkan Bella mula sesak nafas. Asrif Zaafar masih mahu menyambung kembali serpihan hati Bella yang dulunya dia campak hingga berderai. Akhirnya, Bella nekad untuk memilih salah satu.
Cinta Seorang Isteri by Izzat92izzati
Izzat92izzati
  • WpView
    Reads 661,534
  • WpVote
    Votes 16,641
  • WpPart
    Parts 82
Cinta Amni Jasmina dikhianati suami sendiri, Hafidz Zayyan. Dalam diam Hafidz menjalin semula cinta yang terhenti dengan kekasih lamanya, Saffiyah Dania. Saffiyah Dania seorang janda yang mempunyai anak satu. Tapi, itu semua tidak menjadi batu halangan bagi Hafidz. Cinta Hafidz terhadap Saffiyah tiada titik noktah. Dia bertekad ingin menjadikan Safffiyah Dania sebagai isterinya dan mula mengenepikan perasaan Amni. Dalam diam, Amni memendam rasa, menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada Hafidz. Dengan hati yang tidak rela, dia harus mempertahankan rumah tangganya! Nasi telah menjadi bubur. Keegoan Hafidz yang menginginkan Saffiyah sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia pernah menjadi separuh gila apabila Saffiyah hilang tanpa berita. Dengan hati yang retak seribu, Amni melepaskan Hafidz demi Saffiyah. Di saat dia melepaskan Hafidz, dengan takdir Tuhan dia telah dikurniakan nyawa yang hidup di dalam rahimnya. Tetapi, dia merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Hafidz memandangkan sakit hatinya terhadap Hafidz masih lagi berbekas. Amni semakin bahagia hidup bersama dengan permata hatinya. Dan di saat itu juga seorang pemuda telah menghulurkan cinta kepadanya. Niqrees Qashfi, pemuda yang sentiasa mencintai Amni sejak dari zaman persekolahan lagi. Di saat dia mengejar semula cinta Amni, dia turut menghadapi masalah yang kronik terhadap adik lelakinya, Naufal Qashfi dek kerana kesilapannya yang tidak dapat dimaafkan. Tetapi, demi cinta dan kasih sayang, Niqrees tega menghadapi semua itu. Tanpa di duga, Hafidz muncul semula menagih cinta Amni. Kegilaannya semakin menjadi-jadi sehingga sanggup mengorbankan anaknya sendiri kerana Amni telah menolak cintanya itu. Hati Amni telah mati untuk lelaki itu. Tetapi apakah ada pilihan untuk Amni memandangkan permata hatinya turut menjadi korban? Apakah kesudahan cinta Niqrees? Adakah dia mampu memiliki hati Amni? Apakah kesudahan persengketaannya dengan Naufal?