i5yhraff
Di Allahabad, kedapatan mengalir tiga batang sungai. Sungai Ganga, Sungai Jamuna dan Sungai Saraswaty. Titik bertembungnya ketiga-tiga sungai yang popular dalam kalangan orang lama di India ini diberi gelar SANGAM.
Hayati melodrama cinta tiga segi Sudir, Nuraina dan Hema! Salah satunya harus berkorban, seperti jua Saraswaty yang menggadaikan cintanya untuk memajak bahagia Ganga dan Jamuna. Namun, siapa?
Di akhirnya, cinta mengungkit seribu kenangan, menuntut sejuta pengorbanan...
Bagi peminat Hindi yang mengidamkan picisan kelainan, bagi golongan agama yang ternanti-nanti pengganti Buya Hamka, bagi puak sastera yang mahu melonjakkan imej agama, ceritera ini untuk anda...