syafinasharif's Reading List
200 storie
BENAR UNTUKMU [C] di bySueHerra
bySueHerra
  • WpView
    LETTURE 121,167
  • WpVote
    Voti 3,701
  • WpPart
    Parti 40
Nur Qayreena, gadis kampung berusia 26 tahun, hidup dalam tenang yang sederhana menjaga ayahnya yang uzur sambil meneruskan hari-hari sunyi selepas kehilangan ibu. Tamat pengajian dalam bidang perladangan, dia memilih tinggal di kampung, bukan kerana tidak mampu melangkah lebih jauh, tetapi kerana kasihnya pada ayah terlalu besar untuk ditinggalkan. Dunia Qayreena mula berubah apabila ayahnya tiba-tiba menyuarakan hasrat: "Abah nak Reena kahwin dengan anak kawan baik abah..." Bersama rasa berat dan berdebar, Qayreena mula bertanya pada diri sendiri siapa lelaki itu? Kenapa dia? Dan cukupkah waktu untuk mengenali seseorang sebelum bergelar isteri? Soalan demi soalan dilontarkan oleh Hani, sahabat yang paling setia dan prihatin: "Reena... hati kau dah sedia ke?" "Kau tahu apa-apa pasal dia?" "Sekurang-kurangnya... kau tahu dia jenis lelaki yang boleh jaga kau?" Dan Qayreena, seperti biasa, hanya mampu diam dalam resah yang belum pasti. Namun demi ayah, dia reda. Reda yang bukan bermaksud rela sepenuhnya. Pertemuan pertama mereka tak seindah drama cinta. Dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak, lelaki itu bersuara: "Awak betul nak kahwin dengan saya? Saya ni dah lah hensem." Muka Qayreena terus berubah. Kalau ikut hati, dia nak cakap: "Lelaki green flag ke, jangan test aku awal-awal boleh?" Namun siapa sangka, di sebalik ayat 'bajet' itu... tersembunyi seorang lelaki yang tahu menghargai, tahu memimpin, dan tahu menyayangi dengan cara paling tenang. Perkahwinan yang bermula kerana takdir keluarga itu menjadi permulaan kepada satu cerita cinta yang tidak dijangka. Adakah hubungan mereka akan kekal lama? Adakah cinta antara mereka akan menjadi sebuah cinta abadi? Dan... adakah mereka tetap meneruskan hubungan itu hingga ke hujung nyawa?
Delisha Andara ✔ di CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    LETTURE 3,110,795
  • WpVote
    Voti 155,028
  • WpPart
    Parti 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Chow Kit, sebelah mata pun dia tak pandang. Eh, dia kan anak Datuk. Datuk Sri lagi! Memandangkan umurnya yang sudah pertengahan 20-an, Datuk Sri Ismadi mula mendesaknya. Bukan mendesak suruh kahwin. Hati tuanya sudah tak betah melihat anak daranya itu hidup terlampau bersosial. "Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" - DELISHA ANDARA. "Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha." - DATUK SRI ISMADI. Tarik credit card? Oh no! Itu adalah nyawanya! Kalau papa tarik credit card aku, macam mana aku nak shopping?! Nak berjoli?! Sudahnya dengan berat hati dan tanpa rela dia jejakkan juga sepasang kakinya di Zhen's Holding. Berkerja di bawah CEO Zhen's Holdings bermata biru, tidak lah menjadi masalah buat dia. Lelaki itu tak seteruk yang dia bayangkan. Entah macam mana, hubungan mereka boleh menjadi begitu akrab. "I suka you. I selesa dengan you." - TENGKU ALDEN ZHEN. Hubungan mereka terjalin mesra. Macam sepasang kekasih, tapi tidak pernah meluahkan rasa cinta. Hingga satu malam, meragut kebahagiaan yang cuba Delisha kecapi. "I tak sempurna untuk lelaki macam you..." - DELISHA ANDARA. "I don't care. Let me take care of you for the rest of my life, Delisha Andara." - TENGKU ALDEN ZHEN. Start : 2 April 2019 End :
Ku Pilih Dia (✓) di xtheaura
xtheaura
  • WpView
    LETTURE 249,177
  • WpVote
    Voti 13,016
  • WpPart
    Parti 55
- KEKASIH IMPIAN - Mencari seorang hero untuk seorang gadis bernama Liyyan Lashira yang keras kepala, tidak menyabar dan suka bertindak sendiri. Entah siapa yang mampu bertahan dengan gadis seperti itu. Namun, dia sering merasakan dia seorang yang pincang dan tidak sempurna untuk memiliki cinta yang tulus dari lelaki yang didambakan. Siapakah lelaki terhebat yang berjaya membuka hati seorang gadis yang heartless seperti Liyyan? . Mungkin tajuknya sedikit pelik tapi kalau nak tahu, Jemput baca, blurb ringkas je. Start : 15-09-2021 End : 11-10-2021 💯 Idea xtheaura sendiri. ❌ Jangan tiru, tak baik. 🌹 Kalau tak keberatan, lepas baca sila tekan vote✨ kalau rajin, komen🌻
Haizel: Ms Astrophile di AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    LETTURE 1,055,051
  • WpVote
    Voti 37,996
  • WpPart
    Parti 68
#not edited 𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.
MY SEXY MR DANI di babybhad_
babybhad_
  • WpView
    LETTURE 178,390
  • WpVote
    Voti 2,988
  • WpPart
    Parti 116
Tinggi, kacak, matured, smart, kaya, luxury lifestyle.Itulah antara tarikan yang ada pada Dani yang membuatkan para wanita ingin mendekatinya. Bukan mudah seorang lelaki bernama Dani jatuh cinta pada mana-mana wanita. Baginya semua wanita yang dikenalinya hanya wanita biasa-biasa dan belum cukup menarik dan tertarik kerana dia mempunyai high taste in women. Khaleesa dan social lifestyle memang tak dapat dipisahkan. Seorang VIP's escort girl yang sangat jelita dan sexy dan mampu menunduk mana-mana lelaki dengan kecantikannya.Tidak seperti escort girl yang lain, Khaleesa hanya tumpukan pada para VVIP sahaja dan tidak perlu melayan sehingga ke bilik. Khaleesa sangat teliti dengan pemilihan client nya dan hanya akan pilih yang dia rasa selesa. Berpegang pada prinsip hidupnya iaitu jangan pernah sekali pun terdetik dalam hatinya untuk jatuh cinta pada client atau perlu meniduri clientnya walaupun dibayar mahal dan dilimpahi kemewahan. Sehinggalah satu tragedi yang menimpa Khaleesa sehingga dia hampir terpaksa membuang prinsip hidupnya itu. Ditambah pula dengan masalah keluarga yang dilaluinya, membuat dia bertambah nekad untuk meninggalkan sisi gelap hidupnya yang dulu. Dulu yang rapat, kini jauh. Sudahlah masalah dengan keluarga, sahabatnya pula terpaksa meninggalkannya jauh. 'I will protect you. Always' - Dani 'Bagi I masa. I'm not ready yet' - Khaleesa
Qayyum: His Weakness©️ di nabilllss
nabilllss
  • WpView
    LETTURE 1,067,194
  • WpVote
    Voti 44,473
  • WpPart
    Parti 25
Under Series Vol II. [Terbit PBAKL2026] Known as His Weakness. Menjadi orang yang jatuh cinta terlebih dahulu menuntut kesabaran yang tidak mudah. Bagi Qayyum Darwish, segala isi hatinya disimpan rapi daripada pandangan dunia, apatah lagi wanita yang dicintainya bukanlah perempuan biasa. "Kau tahu kan, siapa Tengku Uqael pada Cik Della? I mean.. her relationship with him?" - Fareez Soalan itu membuatkan Qayyum membeku. Memiliki sahabat yang terlalu memahami rahsianya kadangkala lebih berbahaya, terutamanya apabila Fareez antara yang paling rapat dengan 'bos besar'nya. "You have no idea how long I've stood in the shadows just to protect her. Aku akan buktikan hasilnya suatu hari nanti, Reez." - Qayyum Darwish Demi Khalisa Fredella, Qayyum memilih untuk berdiri di sebalik bayang-bayang. Gelaran 'Mr 719' menjadi rahsia yang membolehkannya melindungi wanita itu secara senyap, walaupun cintanya tidak pernah terucap. "Ke mana saya pergi mesti ada awak. Jangan sibuk boleh?" - Fredella "Nak sibuk juga, boleh?" - Qayyum Namun, saat Qayyum akhirnya meluahkan isi hatinya, dia hanya bertemu luka. "I hate men. Move on, Qay! Saya rimas!" - Fredella "Rimas?" - Qayyum "Rimas sangat. Awak suka saya, dan expect orang yang awak suka ni boleh ada perasaan yang sama? Cuba sedar!" - Fredella Qayyum terdiam, menyedari harapan yang dipendamnya mungkin tidak akan pernah berbalas. Bagi dirinya, Fredella terlalu sempurna walaupun dunia melihat wanita itu dengan cara yang berbeza. "Fii amanillah. Saya lepaskan awak kerana Allah. Dan saya harap awak datang kembali pada saya... juga kerana Allah." - Qayyum Kata-kata itu menjadi doa yang disembunyikan dalam diam. Kembali. Adakah ucapan Qayyum itu akan jadi nyata? Fredella akan cari dia ke? Mereka saling memerlukan, dan luka masing-masing perlukan ubat yang sama. Bahagia dan ketenangan yang Fredella cari selama ini, adakah semua itu ada pada Qayyum Darwish? "Call me possessive if you want, but I'll always be your protector."
The Beautiful Ruins di MySerraa
MySerraa
  • WpView
    LETTURE 8,083
  • WpVote
    Voti 916
  • WpPart
    Parti 18
Bersatu atas nama cinta. Dibina dengan harapan yang teguh. Dua hati yang percaya pada janji, kesetiaan dan jiwa yang saling terikat antara satu sama lain. Hingga dia terlupa, yang indah itu sedang menghancurkannya dalam diam. Membunuh dalam senyap. Sedikit demi sedikit runtuh segala yang diusahakan demi orang yang dicintai. Di saat dia memilih untuk mempercayai, dia dikhianati sebagai balasan. Di saat dia tulus menerima dan mempertahankan, dia disakiti hingga parah. Dia mula mempersoalkan makna cinta yang pernah dia junjung tinggi. Dia mula diuji dengan kata-kata 'perempuan yang baik untuk lelaki yang baik'. Mengapa ketika dia berusaha menjadi seseorang yang terbaik, kenyataan memghempapnya dengan kejam tanpa amaran? Adakah cinta mampu hidup semula selepas dikhianati sedalam itu? Adakah bahtera bahagia itu mampu dipertahankan selepas hancur dengan cara paling menyakitkan... dan indah?
Kak Long vs Gayboy di aperson309
aperson309
  • WpView
    LETTURE 662,283
  • WpVote
    Voti 32,777
  • WpPart
    Parti 42
MATURED CONTENT JUST FOR THE LANGUAGE NOT THE SCENES Zill Cassiel, young bachelor of Zill Family Hannah Haisa, big-headed Kak Long of The Haisa's Lelaki muda dari pasangannya = oedipal issue Perempuan tua dari pasangannya = the "in" thing But what exactly the issue and the thing between this CassHannah? No conflicts, no neuron-ache, no emotional heartbreaking tissues waste-disposal. Hanya romantika at the stupid porn level © APERSON309 ALL RIGHT RESERVED © 2019
ZILLS AND ADARAS di aperson309
aperson309
  • WpView
    LETTURE 351,087
  • WpVote
    Voti 18,234
  • WpPart
    Parti 26
[THE HAISA's from Siapa Sangka? blend in with ZILL FAMILY from Your Boss Your Husband] So much to tell. So colorful to conceive. So behavior to unseen. So various to socialize. Zill's and Adara's of Zill Family. Zill Qayyim and Adara Aaliya. Embodiment of parents, excellent amazing heirs and heiresses. Beautiful journey of The Zills. Drama Queen of Makayla continues. Triplet that always caught love in the air. And...new born of the seventh? *atas permintaan ramai, kisah anak-anak Zill dan Aaliya of 'Your Boss Your Husband'.... will be told and divulge here* ZILL FAMILY All Right Reserved By ©️APERSON309