Kosong.
Siapa dia yang aku rindui? Tanpa dia aku merasa kosong. Siapa namanya? Bagaimana rupanya? Dimana dia tinggal? "Tak tahu.." Itu sahaja jawapan yang aku ada. Dia datang tanpa aku sedari dengan rupa yang sama... watak yang berbeza. Cuma... aku tidak sedar bahawa dia sudah kembali kepadaku. Aku tidak membukakan pintu hati...