Eyeliner_Family
- Reads 6,266
- Votes 278
- Parts 28
Bang Minah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Oh Sehun. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Minah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun KimJoongin a.k.a Kai tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!
Bagi Kai, cintanya bukan untuk Minah tapi masih untuk Yura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Yura menambahkan kebenciannya kepada Minah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Kai dan Minah membuatkan dia mula yakin bahawa Minah adalah miliknya. Bukan Sehun mahupun Byun Baekhyun... sepupunya.