Fixi
7 stories
KOTAK - sebuah novel Z. H. Tauhid by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 30,304
  • WpVote
    Votes 995
  • WpPart
    Parts 14
Kayla Pasha, 17 tahun. Sedar sedar sahaja segalanya kelihatan membingungkan lebih-lebih lagi apabila ada seorang gadis mengaku sebagai teman wanitanya, sedangkan dia tak ingat apa-apa. Lalu kotak itu hadir dan mengonarkan segalanya. Tentang siapa gadis itu dan siapakah sebenarnya pelaku di sebalik ketidakwarasan ini. Ini kisah misteri pembunuhan gemar berfalsampah serta merobek waras. Juga disulami kisah cinta terlarang sebagai perencah.
(preview) ENAK - sebuah novel Nuril Basri by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 4,785
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak penuh boleh dibeli di fixi.com.my dan kedai-kedai. Sinopsis: Ratu percaya dirinya gemuk. Ratu percaya dirinya bodoh. Jadi dia tidak percaya dirinya akan menemui cinta; itu semua kan dongeng! Namun dia terkejut. Cinta datang dalam bentuk Hans, pemuda kacak persis artis Korea. Tetapi takdir Ratu bernikah dengan Inugraha, lelaki yang disangka tukang ojek. Hans memperlakukan dia seperti ATM bergerak. Inugraha melayaninya dengan sabar walaupun Ratu tidak pernah menganggapnya seorang suami. Ratu kini di persimpangan. Tapi dia harap semuanya akan baik-baik saja: dia kan seorang gadis Jakarta yang cekal!
(Preview) MEREKA - sebuah novel Ariff Adly by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 15,741
  • WpVote
    Votes 315
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak boleh dibeli di fixi.com.my. Akan masuk kedai-kedai biasa pada September 2015.
(preview) VELVET - sebuah novel Ikmal Ahmad by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 8,648
  • WpVote
    Votes 183
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak VELVET kini boleh dibeli online di fixi.com.my atau whatsapp 01123651972. Akan masuk kedai-kedai biasa Januari 2016. * Sinopsis: Untuk meraikan harijadi Mira ke-20 tujuh tahun dahulu, Akim melamar dirinya untuk menjadi kekasih hatinya- sambil disaksikan sebiji kek Red Velvet di hadapan mereka. Seminggu lagi, Akim dan Mira akan diraikan di sebuah majlis perkahwinan yang diidamkan - yang akan diakhiri dengan pemotongan kek Red Velvet setinggi lima tingkat. Jalan hidup mereka indah seolah-olah karya dongeng. Tetapi Akim menerima sepucuk kad RSVP dan sebuah kotak hadiah setinggi 6 kaki yang bakal mencemar majlis perkahwinannya. Adakah Mira berkesempatan untuk memotong kek Red Velvet pada hari persandingan mereka?
(preview) JAHAT - sebuah novel Syafiq Ghazali by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 3,156
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 1
Novel bercetak JAHAT boleh dibeli di fixi.com.my atau menerusi Whatsapp 01123651972. *
(Preview) PERMAINAN - sebuah novel Aiman Hazziq by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 4,115
  • WpVote
    Votes 68
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak penuh boleh dibeli di fixi.com.my dan kedai-kedai buku. Versi ebook penuh di Google Playstore, e-Sentral & Kaki Buku. * Ahmad Adrian bin Saad seorang manusia biasa yang bekerja sebagai mat despatch. Suatu hari, sebuah bungkusan berada di hadapan rumah sewanya. Dalam bungkusan itu terdapat sebuah rakaman video, sampul surat dan sebilah pisau Rambo. Adrian dikehendaki menyertai satu permainan yang memerlukan dia membunuh orang lain. Hidup Adrian berubah 180 darjah. Daripada miskin kepada kaya. Daripada 'single' kepada 'in a relationship' kemudian kepada 'it's complicated'. Yang penting, daripada manusia kepada binatang. Permainan yang disertainya telah mengorbankan ramai nyawa, dan kini nyawanya pula yang terancam!
(preview) KAMPUNG - sebuah novel Irvan Affan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 6,098
  • WpVote
    Votes 121
  • WpPart
    Parts 1
Dalam dunia ni, bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain. Bukan nak memburukkan tapi menyedarkan. Inilah hakikat sebenar yang berlaku di kalangan masyarakat sekarang. Hakikat yang sesetengah rakyat marhaen tak sedar. Susah payah kehidupan. Cerita ini menggambarkan semua. Aku sebagai ‘ketua Kampung Pura Baik’ menjadi pemerhati dan membentangkan pada masyarakat tentang kisah kampung yang bersepah di luar sana tapi ada yang tak tau. Ada kisah baik, tapi peritnya banyak. Apa yang dilihat di TV belum tentu realiti. *** Versi cetak boleh dibeli di fixi.com.my dan kedai-kedai buku. Versi ebook boleh dibeli di Google Playstore, eSentral & Kaki Buku.