AbdulMuminJarni's Reading List
6 stories
Pencari Cincin Sakti - Aliff Mustafa by mahakarya2022
mahakarya2022
  • WpView
    Reads 2,128
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 12
Alam raya ini sedang menyaksikan fasa perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka, bukan sahaja para khalifah dari semua dunia yang dibangkitkan, malah musuh musuhnya juga. Ini ialah kisah seorang lelaki yang dikatakan akan memulakan peperangan terbesar pernah dunia ghaib saksikan. Ini juga kisah seorang wanita yang melangkaui kematian untuk menyelamatkan nadi cintanya. Dan yang menarik-narik benang kepada segala malapetaka itu adalah satu entiti yang sejak ratusan tahun lagi sudah merencanakan kebangkitannya. Kesudahannya akan menyedarkan mereka tentang hakikat kehancuran yang bakal tiba. Tujuan hidup mereka akan dipersoalkan semula di hadapan musuh yang sedang mara. *Pencari Cincin Sakti akan dinaikkan setiap hari Isnin, bermula 11/7/2022 pada jam 10 malam di Wattpad*
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) by eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    Reads 439,889
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.
Pahlawan Silam [Tamat] by PutraLegacy
PutraLegacy
  • WpView
    Reads 97,526
  • WpVote
    Votes 4,513
  • WpPart
    Parts 69
Cover by:SashaChubby @myteddybeargomok. Kisah dendam kesumat yang berusia ratusan tahun dan ketamakan manusia mengejar ilmu duniawi. Pertembungan kuasa yang ampuh mencetuskan gelombang masa.Memerangkap dan mengirimkan dua jagoan ke masa hadapan. Bagaimanakah pengakhiran sengketa mereka?.... Baca sendiri untuk ketahui kesudahannya...hehehe. Salah dan silap mohon dimaafi. Wassalam.
Panglima Hitam by Don_Chorleone
Don_Chorleone
  • WpView
    Reads 74,664
  • WpVote
    Votes 3,626
  • WpPart
    Parts 122
Mengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsur fantasi sebagai penyedap jalan cerita. Maaflah jika rasa sedikit merapu. Untuk pengetahuan, saya menyelitkan banyak karakter yang diadaptasi daripada cerita-cerita hikayat Melayu dan juga beberapa tokoh sejarah yang terkenal. Banyak unsur kesenian dan kebudayaan Melayu yang saya semaikan dalam cerita ini. Semoga anda memperoleh sedikit ilmu dan manfaat. Selamat membaca. Ranking tertinggi #9 Fantasy
BASHAH EPISOD 1 : KEBANGKITAN TENTERA DIRAJA NICIA by KhairulNaimAbdulWaha
KhairulNaimAbdulWaha
  • WpView
    Reads 1,826
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 24
SEBUAH NOVEL SAINS FIKSYEN / SAIFI DARI PENULIS THRILLER KHAIRUL NAIM
Tanah Di Antara Dua Sungai by Nazrie_Karim15
Nazrie_Karim15
  • WpView
    Reads 3,902
  • WpVote
    Votes 456
  • WpPart
    Parts 14
TDADS - Terdampar di tanah asing pada zaman sebelum Masihi nyata menguji diri mereka. Segala yang dipelajari perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan nyawa kekal bersarung di jasad. Kala ini, pertimbangan wajar sangat dituntut. Ilmu yang dituntut, untuk peperiksaan atau kehidupan? "Arrghh..aku benci sejarah!" - Subky " Sudah! Sudah! Ini bukannya masa untuk kita bergaduh. Kalau kau menang, apa kau dapat? Kalau kau kalah, apa kau dapat? Tak dapat apa-apa kan? Jadi berhenti bergaduh okey!" - puteri "Kita nak makan apa sekarang ni, makan pasir?"- Syamim "Beta tak percaya! Tak mungkin kerajaan beta yang gah ini akan jatuh di tangan budak mentah tu. " "Tapi tuanku, ramalan saya tak pernah salah" - Tukang tilik Mereka ramai, tetapi itu bukan jaminan mereka semua akan kembali. Ada yang terus berkubur di sana tanpa nisan, tanpa nisan. Mampukah mereka untuk survival dalam dunia yang bukan sepatutnya mereka berada? Sebuah kisah berlatarbrlkangkan tamadun Mesopotamia...