zennisha's
21 stories
【C】Let's Move On  by taeshinggit-
taeshinggit-
  • WpView
    Reads 287,930
  • WpVote
    Votes 24,572
  • WpPart
    Parts 159
Nak move on ? Sila baca buku ni . WARNING : Hati jangan cengey #1 in poetry {19.02.2018} #2 in poetry {5.02.2018} #3 in poetry {7.02.2018}
VIRUS by EzzaqDanial
EzzaqDanial
  • WpView
    Reads 7,978
  • WpVote
    Votes 418
  • WpPart
    Parts 8
Satu wabak misteri mengubah jutaan manusia menjadi mimpi ngeri. Sekumpulan manusia yang masih berdiri bergelut menyelamatkan nyawa sendiri. Ada yang penting diri dan ada yang menyendiri. Demi mencari solusi yang tak pasti.
MONARKI by Nazuranajib
Nazuranajib
  • WpView
    Reads 534
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 4
Kadir bagai melihat sesuatu, mendongak ke langit dan meracau-racau sendirian. Lagaknya seperti orang gila, berdialog seolah-olah ada manusia di atas tasik sedang berbual dengannya. Perbuatannya itu menjadi tumpuan mereka yang berada di tepi tasik. Maisarah pula ketakutan. "Abang, sudahlah tu, bang. Anak kita tu sakit. Kena bawa berubat." "Orang kayangan, orang kayangan." Shamsul langsung tidak mempedulikan cadangan Maisarah itu. "Abang! Mana ada orang kayangan, bang!" Tempikan keras itu menyedarkan Shamsul daripada ketidak-keruan itu. Wajahnya membengis. "Awak tak tahu apa-apa! Orang kayangan tu dah datang nak ambil anak kita, awak tahu tak?!" _________________________________________ Ni preview je tau bukan full story kahkah nak full story gi beli kat kedai mekasih.
(preview) GANTUNG: 2 - sebuah novel Nadia Khan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 25,106
  • WpVote
    Votes 335
  • WpPart
    Parts 1
Sambungan novel bestseller GANTUNG. Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk. "What does this mean?" tanya Gibbs. "Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?" "Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?" "Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu," sampuk KJ. Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT - dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal...
ASING - sebuah novel Syahmi Fadzil by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 20,154
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 14
Tina percaya dia dalam sepi walaupun ditemani suara-suara luar. Azri tersangkut dalam rutin harian bosan dan impian masa silam. Has persoalkan idea kebergantungan dan meraikan hidup bersendiri. Tina mencari 'kediaman' sebenar dalam hidupnya ketika bertemu dengan Azri yang membawa semangat dan peribadi Has. Perjalanan ketiga-tiga mereka mendepani perspektif suku usia yang disenyapkan: kehidupan dan tujuan, ikatan dan penerimaan, realiti dan beban. Cerita adalah sebentuk lukisan mentah. Lukisan mereka adalah teks kelam dalam membanding tragedi.
LELAKI SESUATU ITU - sebuah cerpan Shaz Johar by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 18,775
  • WpVote
    Votes 336
  • WpPart
    Parts 8
Sebuah kembara kenal diri yang melibatkan alien. Cerpan (cerita panjang) ini mula-mula dicetak dalam buku "II" yang dilancar di Big Bad Wolf Disember 2016 dan kini dah soldout. Cerpan ini kini disirikan di Wattpad untuk mengelakkan harga pasaran gelap yang melampau.
(preview) NOTA: 3 - sebuah novel Shaz Johar by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 2,053
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 1
"Aku nak bagi story bagus kat kau ni. Memang ada orang yang cuba nak bunuh aku. Aku ada dapat surat. Macam notis. Macam nota. Macam ni ha." - Amri Adnan. Kali ini Ray disogokkan pula dengan beberapa siri nota yang diterima oleh musuh tradisinya untuk dijadikan novel. Setiap satu nota itu mengandungi 117 patah perkataan dan kesemuanya berupa ancaman bunuh. Akibat rasa ingin tahu siapa pengirim dan apa kaitan angka 117 pada nota-nota itu, dia bersetuju untuk mencari jawapannya. Dalam pencariannya itu, dia telah menelusuri dua jalur yang berbeza: Antara memaafkan dendam lampaunya atau terus berperang dengan perasaannya sendiri.
# Midnight.  by AlienKacak-
AlienKacak-
  • WpView
    Reads 420,704
  • WpVote
    Votes 30,856
  • WpPart
    Parts 109
[ H I A T U S ] previously known as; Segmen Tengah Malam Tepat jam 12 tengah malam cerita seram akan diupdate. Seram bukan sekadar hantu atau setan. Seram bila kau rasa diri tak selamat dan diperhatikan. ;you are not alone. started : around 2015 - 2016 end : - Cr; Sahabat handai mampai. ⓒ🎈Alien Kacak.
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 109,420
  • WpVote
    Votes 5,057
  • WpPart
    Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)
LUPA - sebuah novel Fayyadh Z. Mahali by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 61,673
  • WpVote
    Votes 1,355
  • WpPart
    Parts 16
Setiap yang hidup pasti akan mati.' Namun, hakikat tersebut tidak bermakna bagi Tuah. Sebuah panggilan dari nombor yang tidak dikenali menjadi pembuka tirai pentas sebenar kehidupannya; kebenaran hakiki mengenai keupayaan untuk hidup kembali setelah mati. Dan segalanya bertambah rumit apabila memori seseorang bakal menjadi galang-ganti bagi setiap kematiannya. Apa motif pemanggil tersebut dan siapa dia yang sebenarnya? Adakah kebolehan tersebut bersifat kekal atau sementara? Dua pilihan terhidang kepada Tuah - mengakali si pemanggil misteri untuk memberikan jawapan, atau biarkan mereka meLUPAkannya!