EvraEla
"Satu dalam seribu rasa"
"Hidup ini di ibaratkan seperti layang-layang, terputus tanpa tali dan terbang jauh membawa diri".Suara hati Ima berkata. Sejak berpisah dengan teman lelakinya, Ima sering berkhayal sambil mengenangkan nasibnya.
"Hai hati awak tak penatkah? dah takde kerja lain ker awak nak fikirkan? Aku dah ckup penat dah ni asyik mamat poyo tu jer awak nak fikirkan."Lalu Ima mengalirkan airmatanya. Sememangnya bukan mudah untuk melupakan seseorang lebih-lebih lagi bila ditinggalkan dengan kecurangan. Waktu menunjukkan jam 2.00 pagi. Akhirnya setelah menangis sepuasnya, Ima terlelap. Kedengaran ayam mulai berkokok.
''Alamak!! Aku hampir lupa nak bangun solat!" Ima terbangun secara mengejut.Walaupun hanya tidur beberapa jam, solat tidak seharusnya ditinggalkan. Sejurus selepas selesainya berdoa, Ima keluar dari biliknya untuk meneguk segelas air suam. Ibunya pernah berkata bahawa sebaik-baiknya minum air suam setiap pagi. Terlalu banyak perkara untuk difikirkankan. Ima memutuskan untuk tidak lagi memikirkan masalah yang dihadapinya tentang ex-boyfriend yang cukup membuat hati dan fikirannya kacau.
" MOVE ON SAJA LAH IMA, ORANG DAH TAK SUKA NAK BUAT MACAM MANA LAGI" "Mak...Oo Mak!!" Jerit Ima memanggil emaknya. "Hei budak ni, tak reti ker nak panggil orang baik-baik?'' "Ha ha ha mak oi, minta maaflah. Ima ada nak cakapkan ni.Penting sangat ni mak." "Apa benda yang penting sangat tu? Mak sibuk lah." Kata ibunya Ima.
"Ni hah, Ima rasakan mak..Ima nak pergi sambung belajar lah mak" Sambil memeluk bahu emaknya. "Syukurlah nak, daripada Ima terperap kat rumah lebih baik sambung study"
" Terima kasih mak." Ima berlalu mengundurkan diri.