Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
ctnadia81's Reading List
6 stories
Surat Terakhir Dari Aku Version 2 (Completed)  by AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    Reads 3,182
  • WpVote
    Votes 272
  • WpPart
    Parts 55
Tagline: Dia menulis surat terakhirnya, bukan untuk dikenang... tapi untuk melepaskan. . Khansa Cairen hidup dengan luka yang tak pernah sembuh. Dikhianati darah daging sendiri, dia dipaksa menjadi manusia yang tidak dikenali, dan melahirkan seorang anak tanpa nama. Terpaksa menanggung stigma dunia. Namun kasih seorang ibu tetap teguh meski badai hidup menghimpit. Dalam gelap itulah Allah hantarkan seorang lelaki buta yang melihat lebih jauh dari mata manusia celik. Ustaz Yusraf Mukim, tenang, bijaksana, namun menyimpan rahsia yang perlahan-lahan memamah jiwanya. Bersama dua sahabat setia, Muhammad Qabla Fakir dan Muhammad Syed Ihtisyam, serta Muhammad Dinie Iktizaz. Dan dia juga mempunyai PA peribadi yang setia dengannya. Yusraf membimbing Khansa kembali ke cahaya iman, memberi harapan baru, dan memperkenalkan kehidupan yang tenang di Pusat Rumah Nur Cahaya. Di antara mereka terbina sebuah hubungan yang tidak pernah diucapkan. Cinta yang tak dimiliki, hanya dijaga. Doa yang tidak disebut, hanya disimpan dalam diam. Meski begitu, Khansa tetap diuji oleh realiti, keluarga memanggilnya kembali, dan dia terikat dengan perkahwinan yang dipaksa demi janji duniawi. Sementara itu, Yusraf sendiri menanggung rahsia besar penyakit kanser yang hanya diketahui oleh sahabatnya. Khansa juga menanggung penyakit yang serupa, namun kedua-duanya tidak tahu keadaan masing-masing, sibuk dengan perasaan yang bertembung. Detik kritikal tiba ketika Yusraf menerima surat terakhir Khansa, luahan hati, doa, dan pelepasan yang tidak sempat diucapkan. Malam sebelum Khansa dinikahkan dengan lelaki pilih keluarganya, surat itu sampai meruntuhkan dunia yang Khansa cuba bina, dan menghidupkan kembali cinta yang tidak pernah sempat lahir. Pusat Rumah Nur Cahaya dan Tahfiz Nur-Ridha tetap menjadi saksi perjalanan jiwa yang terluka, tempat kelahiran semula harapan, dan bukti bahawa cinta yang ikhlas adalah cinta yang mampu melepaskan, walaupun hati tidak pernah benar-benar sembuh.
Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Completed)  by AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    Reads 2,134
  • WpVote
    Votes 219
  • WpPart
    Parts 10
Dalam kehidupan Khansa Cairen dan Yusraf Mukim, setiap detik menjadi ujian yang membebankan menguji kesabaran, keyakinan, dan ketabahan mereka melebihi apa yang pernah dibayangkan. Mereka dipaksa berdepan dengan keadaan di mana hati dan akal sering bertembung, menuntut mereka memilih antara perasaan dan tanggungjawab. Di satu sisi, cinta hadir bersama keikhlasan dan pengharapan. Namun di sisi lain, realiti hidup memaksa pengorbanan, kesabaran, dan keberanian untuk menerima hakikat yang tidak mudah. Khansa, wanita tegas yang menyembunyikan luka dalam diam, terpaksa menilai setiap langkah dan keputusan yang dibuat. Dia tahu setiap pilihan membawa kesan besar-bukan sekadar kepada dirinya, tetapi juga kepada Yusraf yang diam-diam memerhati, memahami, dan menanggung gelora sendiri. Yusraf pula, seorang lelaki yang bijaksana, tenang dan bertanggungjawab, belajar untuk menghormati ruang dan rahsia yang disimpan Khansa. Walaupun jiwanya sering berperang dengan rasa, dia tetap memilih jalan sabar-kerana dalam hatinya, cinta bukan milik yang dipaksa, tetapi anugerah yang dijaga dengan doa. Mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang kompleks, di mana cinta yang ikhlas bersulam kerisauan, rasa bersalah, dan ketakutan kehilangan. Setiap surat, setiap nota, dan setiap perkataan menjadi wadah yang menampung beban yang tidak mampu diungkap secara lisan. Dalam setiap helai surat yang ditulis, ada air mata yang jatuh tanpa sedar; ada doa yang disembunyikan antara baris-baris ayat yang lembut. Di situlah mereka belajar bahawa cinta sejati bukan tentang memiliki, tetapi tentang memahami, menghargai, dan melepaskan dengan reda. Kisah ini bukan sekadar kisah cinta dua hati yang teruji, tetapi juga perjalanan jiwa yang mencari makna di sebalik takdir, kehilangan dan pengampunan. Dari rasa bersalah yang menjerut, hingga penyesalan yang perlahan-lahan disucikan oleh doa, setiap langkah Khansa dan Yusraf membawa mereka semakin dekat kepada makna sebenar cinta kerana Allah.
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 150,063
  • WpVote
    Votes 6,944
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
Bunga Pujaan Devil [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 354,142
  • WpVote
    Votes 13,612
  • WpPart
    Parts 49
"I bring you out from hell. So, don't wither, azalea."-Rayan Dua dunia menyatukan mereka berdua dalam sebuah perkahwinan yang indah tetapi dipenuhi bahaya. Rayan Edrise, Dirinya penuh dengan darah. Tangan yang sudah banyak mengambil nyawa manusia. Hidupnya terasa seperti devil yang belum puas menyeksa mangsa. "Hidup Lea selalu bermandikan darah." -Azalea Azalea Medina, Si naif yang mahukan kebebasan jiwa daripada dikurung di dalam sangkar penderaan. Hidupnya penuh darah dan luka akibat didera oleh manusia. Terseksa dan diseksa membuatkan dirinya jadi patung yang bernyawa. "Kau sebut nama aku, aku akan sentiasa ada untuk kau, mi diosa."- Rayan
Bunga Pujaan Hero [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 205,767
  • WpVote
    Votes 10,858
  • WpPart
    Parts 48
"She just like amaryllis. The flower has splendid beauty but at the same time full of pride. She doesn't care about herself or her future. All she care is her pride." - Saif Kaizer. Amaryllis Adra, si sosiopat. Anak luar nikah yang masih mengharapkan kebahagiaan. Selalu inginkan si jejaka yang tidak tergoda dengannya. "You mesti tahu yang salah satu ciri ASPD ialah keinginan untuk memiliki sesuatu. And you make me craves you badly." -Amaryllis Adra Saif Kaizer, si penyiasat. Muncul sebagai pemadam api buat si sosiopat. Hatinya digoda oleh si bunga. Jiwanya mahukan amarilis jadi miliknya. "Jika saya betul-betul jatuh cinta pada awak, saya tak tahu apa yang saya akan lakukan pada masa depan." Kaizer benar-benar cintakan bunga itu.
Aᴋᴜ, Isᴋᴀɴᴅᴀʀ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ✓[TERBIT] | كاون by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 150,184
  • WpVote
    Votes 2,086
  • WpPart
    Parts 6
PUBLISHED UNDER Mangosteeen Publication © Tajuk di pasaran : Pada Subuh Yang Membawaku Pergi BOOK #1 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 AWARD #2 𝓣𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓗𝓮𝓪𝓻𝓽 2020 (𝓑𝓮𝓼𝓽 & 𝓘𝓶𝓹𝓻𝓮𝓼𝓼𝓲𝓿𝓮 𝓯𝓲𝓬𝓽𝓲𝓸𝓷 𝓸𝓯 𝓽𝓱𝓮 𝔂𝓮𝓪𝓻) AWARD #1 The Best Teenfiction (The Eternal Awards) *** Bismillah Bagi yang tahu akan tahu, kisah seorang yang sedang mengenal erti kehidupan. Tak semua kisah hanya tentang cinta dan bahagia. Jauh di sana ada satu nyawa yang cuba untuk tak lemas dalam ujian sendiri. Didera sejak kecil oleh seorang bapa, dibelai dengan penuh kasih oleh si ibu. Dewasanya dia jauh di asrama penuh, hanya kerana tak mahu terseksa. Persahabatan, cinta, sayang. Diharapkan kekal namun ini fitrah yang tak akan bertahan. Bahagia itu ada tapi tak seperti kisah dongeng. "Pergilah mana-mana pun. Tapi janji dengan ibu yang abang takkan lupakan ibu. Janji yang abang akan kembali kepada ibu. Sebab abang nyawa ibu." -Raudhah *** start: 26 Mac 2020 end : 10 April 2020