Potatopie34's Reading List
4 stories
My Beautiful Sunshine by fiyyanaisa
fiyyanaisa
  • WpView
    Reads 2,548,361
  • WpVote
    Votes 61,033
  • WpPart
    Parts 52
Megat Arfan - Malam ketika ditinggalkan oleh bakal pengantin perempuannya, itu ialah kali pertama dia bertemu dengan gadis itu. Namun, bulan demi bulan berlalu, dia sudah melupakan gadis tersebut. Sehinggalah mereka kembali bertemu di sebuah kafe, saat gadis itu menumpahkan kopi pada scrubs yang dipakainya. Airis Dahlia - Walaupun beberapa bulan telah berlalu sejak peristiwa lelaki misteri yang menyelamatkannya daripada bekas teman lelakinya, wajah jejaka itu masih tersemat utuh di ingatannya. Penyesalan terbesarnya ialah tika dia tidak bertanyakan nama jejaka tersebut. Namun, nasib baik menyebelahinya bila dia kembali bertemu dengan jejaka tersebut. Megat Arfan dan Airis Dahlia. Seorang doktor dan seorang pelajar dietetik. Seorang yang tenang dan seorang hyper. Seorang yang memendam perasaan dan seorang yang jujur dengan perasaannya. Kerana ibu bapa mereka bersatu. Tetapi kerana ibu bapa juga, Airis Dahlia ingin mengundurkan diri dari hidup seorang Megat Arfan. Mampukah Megat Arfan mempertahan Airis Dahlia, his beautiful sunshine ? ⚠️ MATURE CONTENT
ADAKAH MASIH CINTA by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 909,604
  • WpVote
    Votes 26,841
  • WpPart
    Parts 44
Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan akad nikah tiba-ii digantikan dengan adiknya, Megat Haneef. Megat Hakeem dikatakan hanya mempermainkan perasaan Farrahani. Lelaki itu terpaksa berbohong demi kebaikan dan masa depan yang baik buat wanita yang sangat dicintainya. Megat Haneef yang memegang amanah abangnya berlaku khilaf. Seorang isteri yang sepatutnya disanjung tinggi, dicela dan dipukul. Megat Faris cuba menyedarkan Megat Haneef yang berlaku kejam pada isteri sendiri. Megat Haneef yang baru menyedari kesilapan dirinya mula memberi kasih sayang serta kelembutan buat isteri. Wanita yang sebelumnya dipukul dan dibuli kini dibelai lembut. Namun bahagia mereka hanya sementara apabila kekasih Megat Haneef kembali ke tanah air menuntut janji. Atas desakan Farrahani, Megat Haneef akur. Rumah tangga bersama kekasihnya, Elliey dibina. Farrahani dianggap orang gaji dan mereka tinggal sembumbung. Malangnya, rahsia yang disimpan tidak kekal lama apabila hubungan Megat Haneef dan Elliey diketahui Elliey. Farrahani didera dan difitnah Elliey menyebabkan Megat Haneef mula ragu. Kemalangan yang menyebabkan Megat Haneef lumpuh kini membuka kembali matanya. Namun, tidaklah mudah untuk menegakkan kepercayaan apabila bukti berada di depan mata. Farrahani yang hamil diperlakukan kejam oleh Elliey sehingga wanita itu keguguran. Farrahani bertekad keras. Elliey harus terima balasannya. Segala baiknya tidak dihargai jadi perlu apa lagi dia berbuat baik? Elliey dikerjakan sepuas hati sehinggalah kebenaran fitnah yang lalu terbongkar. ⚠️ 2018 copyright
PERLU KAMU by ssweetroses
ssweetroses
  • WpView
    Reads 3,400,596
  • WpVote
    Votes 62,712
  • WpPart
    Parts 44
PERLU KAMU (COMPLETED) (UNEDITED) Tanpa diduga Marisa terikat dengan lelaki itu tanpa kerelaan hati disebabkan kepentingan mereka. Marisa menjadi mangsa keadaan. Hati Marisa sakit diperlakukan kasar oleh Rykal sepanjang tempoh perkahwinannya. Cinta Rykal bukan untuk dirinya tapi untuk kakak tirinya. ________________________________________ Rykal pula sanggup berkorban apa saja demi Laila, kekasih pujaannya. Dia rela berkahwin dengan adik tiri gadis itu buat sementara waktu atas permintaan Laila. Dia sanggup asalkan dia dapat bersama dengan Laila pada akhirnya First Book Start : 16 June 2018 End : 24 May 2020 Author : ssweetroses
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 10,557,378
  • WpVote
    Votes 625,572
  • WpPart
    Parts 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.