best of the best
18 stories
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,527,524
  • WpVote
    Votes 256,873
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,269,733
  • WpVote
    Votes 562,124
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
EBOOK : Kau Curang by syamhmd
syamhmd
  • WpView
    Reads 588,562
  • WpVote
    Votes 5,101
  • WpPart
    Parts 8
Fathia dan Hakimi adalah pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 2 tahun. Tapi, selama 2 tahun perkahwinan itu, mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata. Itu membuatkan Hakimi percaya kalau Fathia mandul. Tanpa berfikir panjang, Hakimi telah memilih jalan yang bakal menggelapkan hidup dia sendiri. Demi memenuhi keinginan untuk mempunyai anak, Hakimi sanggup berlaku curang. Namun, tanpa disedari olehnya sendiri, wanita yang dipilih untuk dijadikan isteri kedua itu adalah salah seorang insan terpenting dalam hidup Fathia. Siapa sangka saat rahsianya terbongkar, dia dan Fathia dikejutkan dengan kehadiran orang ketiga dalam keluarga mereka. Bahagia, gembira, itu yang dirasakan oleh Hakimi. Tapi bukan mudab untuk dia meraih kepercayaan Fathia kembali. Tambah pula dengan kehadiran cinta pertama Fathia membuatkan Hakimi berasa sangat tergugat. Started : 10 October 2015 Completed : 16 October 2016
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,293
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,666,555
  • WpVote
    Votes 178,781
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunisabiha
aunisabiha
  • WpView
    Reads 2,756,206
  • WpVote
    Votes 139,837
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu . Susah untuk didekati dan sukar untuk difahami oleh sesiapa . Kenapa dia begitu dingin ? Kenapa dia suka menjauh ? Apa yang disimpan oleh dirinya itu sehingga sukar untuk menikmati indahnya dunia ? Sebegitu keras tangkai hatinya untuk membuka bicara dan menyatakan rasa buat semua di sekelilingnya . Tetapi , kenapa ? " Kau jiwa aku . " - Isyraf Nazran . Satu ucapan itu , lantas terlahir daripada dirinya . Bagaimana dirinya yang beku , dingin dan sejuk itu mampu cair begitu sahaja ? Cair di dalam dakapan gadis itu secara tiba - tiba ? ----- Bandana Headband yang sering tersarung indah di dahinya itu menjadi simbolik bagi seorang Isyraf Nazran . Walaupun begitu, adakah kisah hidup lelaki ini , sama indahnya dengan Bandana Headband yang sentiasa terhias di dahinya itu ? Adakah kehidupan dunia remaja dan cinta remajanya pada usia muda ini , akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya bersama seorang Ilya Nasuha ? " Suka Isy atau Tuan Naz ? " - Isyraf Nazran . " Isy . " - Ilya Nasuha . Adakah benar cinta sejati mampu mencantumkan dua hati yang telah lama berpisah , menjadi satu semula dengan sebuah ikatan perkahwinan ? Cinta remaja pastikah akan kekal hingga ke akhirnya ? Kekal hingga mereka tua ? Bila kedinginan mula mengawal dan bermaharaja lela di dalam hati dan organ lelaki dingin ini , mampukah cinta wujud di dalam hati kosong miliknya ? Tetaplah percaya , kerana Dia Si Pembeku Cinta .
Buaya Darat vs Ulat Buku by aurorabellaC
aurorabellaC
  • WpView
    Reads 2,334,806
  • WpVote
    Votes 77,201
  • WpPart
    Parts 56
"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"
Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016 by _llumie
_llumie
  • WpView
    Reads 3,771,844
  • WpVote
    Votes 92,653
  • WpPart
    Parts 53
Mengisahkan kehidupan seorang isteri ( Aryssa ) yang didera, dicaci maki dan dianggap sekadar isteri di atas kertas oleh suaminya sendiri ( Farish ). Ikatan perkahwinannya bersama Farish tidaklah sebahagia seperti pasangan suami isteri yang diluar sana. Mereka disatukan bukan atas dasar cinta tetapi disatukan atas dasar permintaan Tengku Maria iaitu mummy kepada Farish yang inginkan Aryssa menjadi menantunya dan disebabkan terhutang budi dengan jasa baik Tengku Maria lah Aryssa bersetuju untuk berkahwin dengan Farish. " Kau ni hanya isteri di atas kertas je bagi aku !!! " " aku akan pastikan bila tiba masanya aku akan ceraikan kau !!! " Adakah Aryssa akan diceraikan bila sudah tiba masanya nanti ? Tidakkah Farish cuba membuka pintu hatinya untuk menerima Aryssa di dalam hidupnya ? Kalau nak tahu selanjutnya kenalah baca....
mrs. isteri | ✓ by chinesetehping
chinesetehping
  • WpView
    Reads 1,721,051
  • WpVote
    Votes 47,870
  • WpPart
    Parts 44
copyright chinesetehping! Written & Idea by chinesetehping. Published ; 9 April 2016. Completed ; 30 July 16. Highest rank ; #2 in Romance Cover by ; chinesetehping Arina pergi meninggalkan suami dan anak, Zhafiq berubah menjadi seorang yang garang seratus peratus. Kerana dipaksa ibunya untuk mencari isteri baru demi anaknya! Zahra, si kecil yang perlu kasih sayang ibu, menyebabkan Zhafiq menyebut nama sepupu jauhnya. Hari pertama perkahwinan sudah nampak tanda-tanda mahligai mereka bakal roboh! Humaira kecewa dengan perangai Zhafiq! Humaira tidak minta lebih! Humaira hanya mahu Zhafiq mencintainya seperti mana Zhafiq mencintai Arina. "Abang tak sure akan dapat cinta Ell seperti mana abang cintakan Rina." "Awak bukan yang pertama tapi awaklah yang selamanya."
Abang Bibik✔ by rosedainty
rosedainty
  • WpView
    Reads 94,519
  • WpVote
    Votes 7,530
  • WpPart
    Parts 113
Cerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm