sirap_pandan's Reading List
6 stories
Sate Untuk Jembalang - Saidee Nor Azam by mahakarya2022
mahakarya2022
  • WpView
    Reads 1,572
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 5
KERANA gilakan nombor ekor, ramai yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk memuja jin dan segala makhluk ghaib yang dipercayai mampu memberikan apa sahaja yang diidamkan. Amri seorang pemuda yang berusia lingkungan lewat 30an, begitu gila bermain judi, termasuk menikam nombor ekor. Setiap pelusuk tempat dia akan mencari tempat yang dikatakan keras untuk menurun nombor ekor. Sudah ramai pawang dan bomoh dia temui. Sudah banyak tempat dia pergi demi mencari nombor ekor, semuanya tidak dapat memuaskan nafsu serakah Amri, dia mahu lebih lagi. Amri sanggup melakukan apa sahaja sehingga lupa dosa dan murka ALLAH. Pada suatu hari Amri mengetahui tentang suatu tempat yang mampu memberikan nombor ekor terbaik untuknya, sekaligus akan memberi kekayaan kepadanya. Tempat yang dihuni oleh satu penunggu yang dirasakan nampu membantunya mencapai apa yang dikehendaki. Namun Amri tidak mengetahui tanah di tempat itu adalah tanah yang disumpah! Tanah yang penuh dengan kegelapan. *Sate Untuk Jembalang akan dinaikkan setiap hari Khamis, bermula 14/7/2022 pada jam 10 malam di Wattpad*
Tangisan Sri Melati - Hafiz Ab Kadir by mahakarya2022
mahakarya2022
  • WpView
    Reads 1,641
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 8
Sri Melati. Nama yang cukup indah, tetapi tidak seindah nasib kampung empunya nama itu. Kejadian hitam yang menimpa kampung ini mula menukar sifat dan perasaan yang menghuninya. Tatkala ketakutan menjelma, manusia mula menzahirkan tuduhan. Siti, anak kepada penghulu Kampung Sri Melati menjadi mangsa pertama dalam kejadian hitam itu. Mayatnya yang dijumpai di kampung itu mula meninggalkan seribu satu persoalan terhadap orang kampung. Bukti dan motif pembunuhan itu tidak jelas. Amir, bekas banduan yang baru sahaja memulakan kehidupan baru di Kampung Sri Melati menjadi suspek pembunuhan Siti. Keadaan menjadi kacau-bilau. Inspektor Azman cuba untuk merungkai misteri-misteri pembunuhan yang terjadi di kampung itu. Akan tetapi, setiap petunjuk yang dijumpai menambahkan lagi persoalannya. Dapatkah polis muda itu menyelesaikan kes-kes yang menyelubungi kampung itu? Siapakah pembunuh sebenar Siti dan mangsa-mangsa lain? Berjayakah pembunuh itu ditangkap? *Tangisan Sri Melati akan dinaikkan setiap hari Rabu, bermula 13/7/2022 pada jam 10 malam di Wattpad*
Sabotaj - Rizal Ramli by mahakarya2022
mahakarya2022
  • WpView
    Reads 953
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 8
Takdir itu sangat kejam dan penuh rahmat pada masa yang sama. Perjalanan empat sekawan, vigilante psikopat bertopeng, gadis mangsa culik dan ketua kumpulan kongsi gelap berjerait antara satu sama lain, dan akan berakhir dalam pertemuan yang penuh aksi dan kematian hanya dalam satu malam sahaja. Siva dan kawan baiknya diheret ke dalam konspirasi dunia jenayah tang penuh dengan darah, pembunuhan dan pengkhianatan. Christine diculik dan menjadi mangsa rancangan jahat musuh-musuh ayahnya. Daniel, waris tunggal kepada ketua kongsi gelap yang paling digeruni di KL mempunyai rancangan besar untuk empayarnya, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menang. Topeng hitam, seorang vigilante psikopat nekad untuk memburu dan menghukum perompak, pembunuh dan perogol tanpa rasa belas kasihan. Untuk terus hidup, mereka perlu menipu, bertempur dan membunuh. Adakah mereka semua akan terselamat sebelum menjelangnya waktu pagi? *Sabotaj akan dinaikkan setiap hari Selasa, bermula 12/7/2022 pada jam 10 malam di Wattpad*
MATA [COMPLETED] by mikaelhusni
mikaelhusni
  • WpView
    Reads 69,302
  • WpVote
    Votes 5,935
  • WpPart
    Parts 26
Setelah kemalangan dan membuat pembedahan mata, Adam mula tertanya tentang identitinya yang sebenar. Ini bukan cerita seram yang anda perlu menyorok di dalam selimut. Ini bukan cerita sedih yang anda perlu sediakan tisu. Ini adalah kisah tentang 'Dia' dan anda hanya perlu membacanya sambil minum air nescafe. #KARYAPERTAMAMIKAEL
Penulis Yang Dilaknat by mikaelhusni
mikaelhusni
  • WpView
    Reads 10,096
  • WpVote
    Votes 1,181
  • WpPart
    Parts 11
Apabila semua watak-watak cerita yang ditulis oleh seorang budak lelaki tiba-tiba muncul di tengah bilik. Apa yang mampu dia buat hanyalah cuba untuk tak lari lintang pukang. Dunia seakan sedang terbalik! Mindanya berputar-putar dengan situasi itu. Dan berita buruknya, semua orang nampak depa! Maknanya, depa bukan halusinasi sebaliknya watak rekaan yang menjadi realiti. Oh, mengeluh si penulis kemudian mencicip segelas kopi kaw-kaw. Dia terpaksa menjelajah masuk ke dalam alam lain untuk bawa mereka pulang!