adfelora's Reading List
11 stories
ARKAIS:WARISAN BAYANG by adfelora
adfelora
  • WpView
    Reads 10
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 4
Di dunia yang manusia biasa tak pernah tahu wujudnya kerajaan purba, Arkais, sebuah takhta kuno terbungkam oleh rahsia dan bayang-bayang. Kerajaan ini pernah megah, namun hilang ditelan waktu, meninggalkan hanya mitos dan bisikan tentang kegelapan yang menghuni lorong-lorong istana. Ribuan tahun kemudian, misteri Arkais masih mengintai-dan takhta itu menunggu seorang pewaris yang sah. Pewaris itu diramalkan akan muncul dari dunia biasa, seorang yang tidak tahu menahu tentang darah diraja yang mengalir dalam dirinya. Sementara itu, bayangan gelap mengintai dari sudut tersembunyi: makhluk kuno yang dahulunya pernah menelan kerajaan itu, dan seorang penyihir darah yang kejam yang mahu menguasai segala kekuatan Arkais. Siapa pun yang muncul sebagai pewaris, mereka akan menghadapi ujian paling gelap dan berbahaya yang pernah ada. Ketika surat misteri tiba di tangan seorang gadis dari dunia biasa, hidupnya berubah sekelip mata. Tanpa disedari, dia sedang dicari, diincar, dan diuji oleh kuasa-kuasa yang lebih besar dari apa yang dunia nyata boleh tawarkan. Adakah gadis itu akan menemui takhta yang hilang? Atau adakah bayang-bayang kuno akan menelan segala harapan sebelum ia sempat bangkit?
Commando's: His Treasure (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 12,149,695
  • WpVote
    Votes 244,022
  • WpPart
    Parts 32
Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak timbul salah faham❗️❗️❗️ Ramai yang tak baca book 1 then keliru dengan watak Rank 1 #Romance Rank 1 #Loyal Rank 1 #Askar Rank 1 #Komando Thariq Ridzuwan jejaka tinggi lampai yang berumur 25 tahun merupakan salah seorang tentera di bawah unit Grup Gerak Khas yang berpangkat Leftenan. Diatas usaha dan kegigihannya, dia berjaya melepasi semua latihan dan kursus kerjaya yang mempertaruhkan nyawa sehingga dia dinaikkan pangkat dalam beberapa tahun sahaja selepas rekrut. Dalam diam, namanya sering disebut didalam doa seseorang. Husniya Radwa seorang gadis yang dingin, kasar dan suka memberontak. Sifat dingin yang dipamerkan hanyalah untuk menutupi luka dihati. Perilaku kasar itu bukanlah untuk kesenangan melainkan agar dirinya tidak mudah dipermainkan. Zaman kanak-kanaknya tidak seindah anak-anak yang lain menyebabkan dia membesar menjadi seorang yang keras kepala. Thariq Ridzuwan-"A soldier doesn't fight because he hates what's infront of him, he fight because he loves what he left behind" Husniya Radwa-"Loyal because I appreciate you, not because I need you" She is talkactive, He is calm She is childish, He is mature She is careless, He is responsible She is sensitive, He is strong Hence, they proved "Opposite Attracts" They empower each other.
DIAM DIAM JATUH CINTA (hold on) by adfelora
adfelora
  • WpView
    Reads 579
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 14
Diam-Diam Jatuh Cinta SHE FELL FIRST, BUT HE FELL HARDER Pernah tak bila kita rapat dengan seseorang berlainan jantina, yang kita anggap bestfriend forever, hati mula bercelaru tanpa disedari? Kadang-kadang, salah seorang pasti akan jatuh cinta... sementara seorang lagi hanya sekadar kawan. Begitulah kisah Diandra Aurora, gadis yang perangainya persis lelaki, tetapi kecantikannya tersembunyi tanpa disedari. Dan di sebelahnya, Zayran Al Ghuffran, kawan baiknya yang memiliki paras rupa sempurna - segala yang Diandra inginkan, dia ada. Namun, antara mereka, siapa yang jatuh cinta? Siapa yang hanya melihat dari jauh? Adakah cinta mereka akan bertepuk sebelah tangan, atau sekadar angan-angan yang tak berkesudahan? "IF I SAY I LOVE YOU, IT MEANS I LOVE YOU... ALWAYS. MY DREAM... HAVE U, U, U AND U..." - Diandra "Maaf, kita sekadar kawan. Kau cermin diri kau baru boleh rasa cinta kat aku." - Zayran "Kesian kau, tak pe. Aku ada. Selagi aku hidup, aku akan jadi kawan terbaik untuk kau." - Atiqullah "CINTA ITU SAKIT. SEBAB TU AKU BENCI CINTA." - Diandra "Diandra, aku selalu ada dengan kau." - Muhaimin "Kau tak patut buat dia macam tu, Zayran!" - Adwal 🌸 Kerana ego, kita hilang semuanya. 🌸 Kerana kecewa, kita hilang semuanya. 🌸 Kerana kekurangan, kita hilang semuanya. Akhirnya... adakah cinta itu akan menemukan jalannya atau terus tersimpan dalam diam?
DIA BAYANGANKU (C)✅ by adfelora
adfelora
  • WpView
    Reads 2,412
  • WpVote
    Votes 69
  • WpPart
    Parts 15
Dia Bayangan Ku Furqan Qalish. Hanya nama itu sudah cukup untuk membuat seorang wanita yang merasa dirinya tidak sempurna Lufeeya Aqeela, merasakan bahagia... kerana bagi hatinya, Furqan sudah sempurna. Tapi, tidak semua cinta dibalas dengan cinta. Ada kalanya, cinta dibalas dengan sengsara. Namun, dia tidak pernah menyerah, kerana Furqan Qalish telah bertakhta di hatinya. Hari silih berganti, hanya kesedihan yang menemani. Insan yang dia cintai bakal menamatkan zaman bujang... bukan bersamanya. Walaupun ada yang mengejar hatinya, cintanya tetap hanya untuk Furqan. "Kita tetap kawan, Lufeeya." - Furqan "Aku sedar siapa aku di mata dia." - Fee "Jangan risau, aku ada dengan kau." - Mateen "Sumpah aku mengalah." - Fee "Tabah, kau kuat." - Wina Adakah semua ini sia-sia? Adakah dirinya dipandang? Adakah cintanya akan dibalas kembali? Bacalah... nikmati perjalanan cinta yang penuh liku ini. Stay tuned 😊 Start: 06/01/19 End: 13/01/19
Hello Mafia Nice To Know You by adfelora
adfelora
  • WpView
    Reads 91
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 3
Mengisahkan kehidupan dua insan yang berbeza asal usulnya . seorang berasal daripada keturunan yang digeruni iaitu Mafia. Malah seorang lagi berasal daripada keturunan bangsawan terkenal dalam Dunia Busniess dan Politik . Namun pertemuan mereka hanya satu detik hitam dan pertumpahan darah akan berlaku. Dapatkah mereka menjalankan misi yang di tetap kan?? Misi apa?? Atau sebaliknya? TIADA KATA CINTA DALAM KAMUS HIDUPKU - ulrico Teruskan menanti Hello Mafia Nice To Know You 24 July 2021 @adfelora
Aku Anak Jantan! by adfelora
adfelora
  • WpView
    Reads 1,068
  • WpVote
    Votes 40
  • WpPart
    Parts 21
Mengisahkan seorang lelaki yang sangat dikenali sebagai orang paling lemah di sekolah Dia selalu dibuli dan diejek oleh rakan sekolah. Namun segalanya berubah... Dan bermulalah sebuah pertarungan hidup Mateen Zulqarnain Ibubapanya telah memohon sebuah universiti ketenteraan iaitu Guardian Malaysian Universiti (universiti tentera) Apa yang bakal berlaku Kehidupan berubah sekelip mata? Semuanya bakal terkandung di sini Editing started ✅ start : 22/11/19 end. :
LAGENDA:PAWANA ARJUNA by adfelora
adfelora
  • WpView
    Reads 1,143
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 5
Lagenda: Pawana Arjuna Taufiq Ilham, seorang penyelidik sejarah moden, obses dengan kisah-kisah legenda dan zaman kesultanan. Namun, obsesinya membawa risiko yang tidak dijangka - suatu hari, dia tiba-tiba terperangkap dalam tubuh seorang putera yang hidup berabad lamanya dahulu: Putera Pawana Arjuna. Putera Pawana Arjuna bukanlah putera biasa. Walaupun lemah secara fizikal, dia memiliki hati yang suci, jiwa yang besar, dan kasih sayang yang tulus kepada rakyatnya. Tetapi kebaikannya dibalas dengan pengkhianatan yang paling kejam, dan dendamnya menimbulkan sumpahan yang menjerat Taufiq ke dalam dunia lama itu. Kini, Taufiq harus menempuh zaman silam yang penuh intrik istana, konspirasi dan bahaya, sambil menyesuaikan diri dengan tubuh seorang putera yang pernah dicintai dan dikhianati. Setiap langkahnya penuh risiko - adakah dia mampu menyingkap identiti pembunuh yang mengkhianati Putera Pawana Arjuna, membongkar rahsia istana, dan mungkin mengubah sejarah yang telah tertulis? Dalam dunia di mana kuasa, dendam, dan kesetiaan bertembung, Taufiq menyedari bahawa menjadi baik tidak semestinya menjamin keselamatan, tetapi keberanian dan hati yang tulus mungkin menjadi senjata paling ampuh untuk menuntut keadilan. Lagenda: Pawana Arjuna - sebuah kisah tentang pengkhianatan, sumpahan, dan perjalanan seorang lelaki moden dalam tubuh putera legenda, yang harus memilih antara membalas dendam atau mengekalkan kebaikan yang diwarisi.
ARTIS ITU AKU PUNYA!! (Editing) by adfelora
adfelora
  • WpView
    Reads 11,435
  • WpVote
    Votes 372
  • WpPart
    Parts 26
"Lagu yang indah dipersembahkan dalam cinta kita." Anak kepada dua sahabat sejati - Tengku Harith Nazim, pewaris empayar Harraz Naufal Holdings, dan Tengku Izara Nur Mikaila, si manis berhati sarkastik - ditakdirkan bertemu dalam dunia yang penuh kilauan lampu dan rahsia. Di atas pentas, nama Nazim Naufal menjadi kegilaan negara. Aura dia yang luar biasa. Wajah dia sempurna. Tapi bila buka mulut... mulut dia tiada "insurans". Ya, kadang sedap, kadang pedas - tapi itulah yang buat dia unik. Namun di sebalik nama glamor itu, tersembunyi satu rahsia besar. "Nazim Naufal" bukan sekadar nama pentas - dia sebenarnya Harith Nazim, anak kepada Harraz sendiri. Seorang pewaris syarikat gergasi yang menyamar sebagai artis untuk mengejar impian... tanpa pengetahuan ayahnya yang pantang dengar perkataan "dunia hiburan". Bila Izara mula rapat dengan Harith si "pewaris low profile" dan dalam masa yang sama, dia juga mula benci (tapi diam-diam minat) dengan artis bernama Nazim Naufal... segalanya jadi huru-hara. Bila rahsia terbongkar, siapa yang akan Izara pilih? Si pewaris dia benci tapi buat jantung berdebar? Atau si artis yang penyamar. Dalam dunia glamor, pewaris kaya, dan cinta yang penuh kejutan... hanya satu persoalan tinggal: "Artis itu... aku punya!" ongoing
Cinta Driving School(hold on) by adfelora
adfelora
  • WpView
    Reads 1,583
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 12
"Cinta tak kenal gear reverse... walaupun kita baru belajar bawa kereta." Namaku Shayfa Aaira, pelajar sekolah menengah, calon SPM yang lebih cekap pegang bola netball daripada pen sebatang. Hidup aku biasa-biasa - tiada kisah dongeng, tiada populariti, dan tiada kisah cinta yang gah. Sehinggalah aku melangkah ke satu tempat yang aku sendiri tak sangka... Driving School. Tempat orang datang untuk lulus lesen. Tapi aku? Aku 'terlanggar' satu rasa yang pelik - cinta yang muncul dalam situasi paling tak terduga. Dia. Bukan jejaka idaman drama pukul 7. Bukan juga cinta pertama di sekolah. Tapi dia ada cara tersendiri buat aku gelabah stereng, hilang fokus, dan rasa macam nak tekan brek kecemasan dalam hati sendiri. Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah tentang gadis kasar yang tak reti ayu, tentang jejaka yang datang entah dari mana, dan tentang cinta yang mula menyusup di celah rutin harian, latihan sukan, dan kelas undang-undang jalan raya. Bila hati mula bergetar, soalnya cuma satu: Layakkah aku, yang tak tahu beza clutch dengan cinta... untuk jatuh hati? 😆😆😆😆
Dendam Cinta Hamra by adfelora
adfelora
  • WpView
    Reads 277
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 8
HAMRA ZALIQA tidak pernah menolak takdir. Sejak kecil, dia sudah tahu dirinya bakal menjadi milik ILLIYIN - lelaki yang pernah menjadi cinta pertama dan pujaan hatinya. Perjanjian keluarga yang mengikat mereka berdua dirasakan Hamra sebagai hadiah terindah dalam hidup. Namun, realiti tidak seindah mimpi. Saat akad termeterai, Hamra menyangka hidupnya akan dipenuhi bahagia. Tetapi segalanya musnah sekelip mata apabila layanan Illiyin jauh dari yang diharapkan. "Ini adalah permulaan hidup kau..." - Illiyin "Abang, saya isteri abang... kenapa abang buat saya macam ni?" - Hamra Dalam sebuah perkahwinan, Hamra cuma mendambakan kasih sayang. Dalam sebuah cinta, dia hanya mengharapkan bahagia. Tetapi bahagia itu seolah-olah tidak pernah menjadi miliknya. "Kalau aku boleh undur masa... aku takkan terima perjanjian ini." - Hamra Antara cinta, dendam, dan perjanjian yang mengikat... mampukah Hamra bertahan? Atau perasaan yang pernah dianggap suci itu akan bertukar menjadi luka yang tak bertepi?