MyFav
31 stories
GENG TADARUS MAK JAH by thechapterbookstore
thechapterbookstore
  • WpView
    Reads 8,969
  • WpVote
    Votes 180
  • WpPart
    Parts 6
Tak rugilah percintaan putus di tengah jalan... kalau kita reda dengan ketentuan yang sudah ditakdirkan. Allah akan gantikan kekecewaan kita dengan sesuatu yang kita sendiri tak jangka. Memang tak jangka betul lah... gara-gara mak suruh vakum permaidani, ada empat orang mak cik dari geng tadarus mak bertanyakan tentang aku untuk anak mereka. Empat orang tu pula lengkap dengan empat ciri utama dalam Islam untuk mencari calon isteri. Ada yang kaya, ada yang cantik, ada yang datang dari keturunan yang baik-baik dan juga yang beragama. Dalam empat calon tersebut, salah satunya, merupakan calon pilihan mak. Sekiranya, aku tak membuat pilihan sehingga berakhirnya bulan Ramadan, mak akan pinangkan calon pilihan dia. Masalahnya... belum sempat aku nak buat pilihan, empat calon dah jadi lima calon. Laila, kekasih lama kembali semula. Cabaran untuk membuat pilihan semakin sukar apabila aku bertemu dengan Yara. "Okeylah... kalau jatuh kat jalan, mangkit sendiri naaa..." "Tapi, kalau jatuh kat cinta... lagu mana pula?" Gara-gara Yara, aku menolak semua calon termasuk Laila. Aku dapat rasakan Yara itulah jodoh aku sebenarnya. Tetapi, belum sempat untuk aku tahu siapa Yara dan calon pilihan aku kepada mak... mak terkena serangan jantung. "Mak bagi hang klu... hat yang selamatkan mak hang tu... calon menantu mak." Terpaksalah aku lupakan Yara dan memilih calon pilihan mak. Kerana calon pilihan mak tu... telah menyelamatkan mak aku, syurga aku. "Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia mendapat reda Allah s.w.t". (Hadis Riwayat Bukhari) Tetapi, bahagiakah aku kalau aku reda? RM 20 (SEM) // RM23 (SS) - tak termasuk postage
OBJECTION by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 115,700
  • WpVote
    Votes 2,833
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Objection Penulis: Rehan Makhtar Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-069-4 Muka Surat : 544 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni ...Overruled!
TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 35,721
  • WpVote
    Votes 511
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Tolong Sempurnakan Cerita Mami Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-2102-28-1 Muka Surat : 528 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Kerana sebuah cerita perlu ada penamatnya.
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 991,855
  • WpVote
    Votes 27,542
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
EnglishQuotes by amiraafarhanaa
amiraafarhanaa
  • WpView
    Reads 150,123
  • WpVote
    Votes 5,336
  • WpPart
    Parts 76
Just read and vote it. Credits to the right owner.
Suami Edisi Terhad by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 75,692
  • WpVote
    Votes 948
  • WpPart
    Parts 15
Bacaan Awal Sahaja
Mak Tak Nak Kahwin by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 103,554
  • WpVote
    Votes 1,831
  • WpPart
    Parts 16
Bacaan Awal Sahaja.. Tajuk: Mak! Tak Nak Kahwin Penulis: Tinta Biru Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-95-1 Harga: RM21 (Semenanjung) // RM23 (Sabah & Sarawak) Begitu keras Rina menolak untuk dijodohkan dengan Hafiz. Maklumlah dia masih muda lagi. Tak lepas STPM pun lagi. Sudah tu, calon bakal suaminya sudah boleh digelar bujang terlajak. Umur pun dah 35 tahun. Siapa yang mahu? Apabila mengetahui saja tentang rombongan itu, hati Rina tidak tenang. Sebabnya, dia belum bersedia untuk berumah tangga. Macam-macam dia buat ketika keluarga Hafiz datang ke rumahnya untuk meminangnya dengan alasan agar keluarga Hafiz batalkan niat untuk menjadikannya sebagai menantu mereka. Termasuklah... "Aku pakai seluar jean biru lama yang dah terkoyak kat lutut tu. Lepas tu, baju T-shirt hitam yang ada gambar tengkorak besar milik Abang Li aku tu. Tudung of courselah aku pakai, kan? Tapi aku sarungkan cap sekali dengan tala ke belakang. Lagi satu kan, aku siap mekap tebal-tebal. Kalah hantu Cina." - Rina Tak cukup dengan itu, Si Rina ni sanggup menghidang air kopi buatannya yang bukan terlajak manis tapi terlajak masin! Aduhai, tak patut betul Si Rina ni. Buat malu dirinya saja.
DHEO'S by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 888,279
  • WpVote
    Votes 27,107
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018
MAMAT DINGIN HATI RINDU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 27,597
  • WpVote
    Votes 487
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Mamat Dingin Hati Rindu Penulis: Aifa Batrisya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-2102-29-8 Muka Surat : 640 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Januari 2018 Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang berkahwin dengan lelaki lain dan menganggap dirinya hanya sebagai kawan sahaja, DAIYYAN HAWARI a.k.a IAN nekad meninggalkan segala kenangan lamanya bersama wanita itu, dan memulakan hidup baru. Profesion, nombor telefon dan pengenalan dirinya turut diubah sama sekali! Semua ini adalah sebab Ian mahu menjauhkan diri dari Hani. Namun, yang disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari... Kehadiran seorang gadis kacukan Korea yang gedik dan manja bernama NIA ADARA telah membuatkan kehidupan Ian kembali jadi huru-hara. "Annyeonghesayo!" - Nia Adara "Boleh tak bagi salam? Dok sayur sana sini bukan dapat pahala pun! - Ian Ian rasa sangat-sangat terganggu dengan gadis yang digelarnya sebagai minah sayur itu! Rasa meluat Ian terhadap Nia sampai lelaki itu tak tahu nak buat apa! Selain itu, kemunculan kembali Naurah Tihani turut merimaskan teruna mix blood itu! Umpama mendapat mimpi buruk, Ian kini dikejar dua orang wanita sekali gus! "Nama awak... Apa nama awak yang sebenar?" - Naurah Tihani "Nak tahu siapa saya sebenarnya? Kalau awak dah tahu siapa saya, saya berani jamin awak takkan boleh lupakan saya... Dan bila awak pula dah buat saya tak boleh lupakan awak, saya akan pastikan yang awak akan jadi hak saya. Sampai bila-bila!" - Ian Berjayakah Hani menemui dan menjalinkan kembali persahabatan dengan Hawari? Apakah akan terjadi kepada Ian yang sebelum ini mahu melupakan terus nama Hawari dalam hidupnya? Bagaimana pula dengan kisah rumah tangga Hani bersama Adam? Akankah berjaya Nia menjadikan Ian sebagai kekasih hati?