anisadawiah's Reading List
31 stories
Tepat Memiliki  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 351,795
  • WpVote
    Votes 14,564
  • WpPart
    Parts 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
DYLAN : RICH OF LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 2,370,162
  • WpVote
    Votes 75,484
  • WpPart
    Parts 61
Kehilangan. Semua pasti pernah merasai kehilangan dalam setiap keadaan yang berbeza. Begitu juga dengan seorang jejaka bernama Dylan Aldrich yang mengalami perasaan itu apabila dia kehilangan orang yang dia sayang. "Ayu.. kenapa.. kenapa tinggal abang?" - Dylan Aldrich. Walaupun dia telah kehilangan orang yang dia sayang, namun dalam masa yang sama dia telah menerima seorang cahaya mata sebagai gantinya.. Akan tetapi, dia mempunyai masalah apabila anaknya tidak meminum susu formula ketika selepas dilahirkan. Dia gusar memikirkan tentang itu. Tangisan bayinya telah membuatkan dirinya tertekan dalam keadaan tidak terkawal. "Boleh.. aunty minta tolong awak susukan cucu aunty?" - Puan Dayana. "No! Entah dari mana perempuan tu datang, lepas tu dia nak menyusu anak Dylan? Dylan tak benarkan! Kalau perempuan tu ada penyakit macam mana?!" - Dylan Aldrich. "Bapa apa you ni? Macam tu ke sikap seorang ayah? Biar je anak menangis kelaparan demi kesombongan diri?" - Eryna Estelle. Kehadiran seorang wanita yang bernama Eryna telah mengubah segalanya. Sekelip mata sahaja wanita itu menjadi ibu susuan anak Dylan. Namun ia tidak lama.. mereka hanya bertemu sehari sahaja. Selepas daripada itu, mereka langsung tidak bertemu antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, nama serta wajah wanita misteri itu masih terbayang-bayang dalam fikiran Dylan. Adakah.. mereka akan bertemu kembali? Atau.. ia hanyalah kebetulan semata-mata? Light conflict💢 Have some comedy. Sexy storyline💋 Mature content and words🔞 Have some scene of 18+🚫 This story rating 18+🔞 No censor⚠️ ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou.
Unrequited Love✓ by ximuni_
ximuni_
  • WpView
    Reads 1,397,962
  • WpVote
    Votes 45,753
  • WpPart
    Parts 89
Highest Rangking - 1 #crush (28/10/2021) - 1 #onesidedlove (28/10/2021) - 1 #broken (30/10/2021) - 1 #happy (13/11/2021) - 1 #life (14/11/2021) Umaira Syafini X Syed Faris She love him, But he has no feeling toward her. She is hurting, He hurt her. Disebabkan satu kejadian, Umaira Syafini terpaksa menipu demi kebaikan sahabatnya. Baginya, biarlah dia terseksa, tersakiti tetapi bukan sahabatnya. Penipuan itu membuatkan orang yang dia cintai membenci. Setiap kata hinaan cuba ditelan walaupun sepahit hempedu. Hari makin hari dia semakin disakiti apabila lelaki pujaan dalam diamnya bertunang dengan gadis pilihan keluarga yang lebih baik di mata semuanya. Mampukah gadis itu memiliki lelaki yang langsung tidak memandangnya? Masihkah dia mampu untuk disakiti lagi? STATUS : COMPLETED
SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1 (UNEDITED) by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 2,268,257
  • WpVote
    Votes 111,730
  • WpPart
    Parts 73
Hidup yang dipenuhi dengan kerja. Tiada masa untuk bercinta mahupun berkenalan. "Saya ada buat salah ke dekat awak? Macam tak de je" - sindir Yusuf Numair dengan wajah berlagak. Pertemuan yang dipenuhi dengan perbalahan. "Pandai-pandai la bertanggungjawab. Dah buat orang sakit hati, pandai pula larikan diri" balas Umay Alisa. Dua hati yang cukup tegang namun bakal dilembutkan. Kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai ragam. "Abang sayangkan Umay sampai nafas abang terhenti. Maafkan abang, Umay" Leftenan Yusuf Numair sanggup mengundur dirinya demi menjaga hati seorang perempuan iaitu Dr. Umay Alisa. "Start : 27 Februari 2023" "End : 1 May 2023 [Story Ke-8]
MY GREY GUY by adawiyahasmadi
adawiyahasmadi
  • WpView
    Reads 1,782,691
  • WpVote
    Votes 49,762
  • WpPart
    Parts 57
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) FIRST BOOK! -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadis-gadis di luar sana jatuh hati kepadanya. Bagaimana tidak kalau wajah kacukan perancis dan melayu itu menjadi tatapan mereka. Paling istimewa ialah matanya yang berwarna kelabu menjadi tumpuan orang ramai. Kaya ? Hanya petik jari terus dapat apa yang dia mahukan. Nama pun CEO kan ? MADIENA DELISHA seorang gadis yang hanya berasal dari kampung. Seorang yang lemah lembut dan yang paling tidak terduga perangai polosnya. Hanya seorang peniaga nasi lemak di tepi jalan. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh gadis kampung ini untuk menampung kehidupan sehariannya. ... Bang ! Bang ! Bang ! Siapa sangka wajah kacak itu mempunyai sisi gelap yang amat menakutkan. Hanya keluarga dan orang terdekat sahaja yang tahu. "I will not let go of those who have touched what should be mine.." - Luth Aelden Evrard. "I-I'm sorry.." "Kepala bapak kau sorry !" -Henry Dzakwan. "Bapak dia dah mati lah Henry.." -Aryan Gilbert. "Dia dah mula dah.." -Felix Adry. "Stupido.." -Markuez Raymond. Bang ! Bang ! Bang ! ... ⚠️ karya tersendiri. ⚠️ siapa copy esok santau aku sampai.
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,340,838
  • WpVote
    Votes 7,926
  • WpPart
    Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
Cinta Kerana Dia..[✅Completed] by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,943,740
  • WpVote
    Votes 64,086
  • WpPart
    Parts 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun bercinta, rasa sayang aku pada dia makin lama makin tebal sampai aku rasa yurp.. dialah THE ONE dalam hidup aku tanpa aku sedar sebenarnya aku adalah THE ONE yang kacau jalan cintanya dengan Amirah. Bila dengan aku, dia tak tunjuk yang dia sedang berlakon cinta namun hakikatnya itulah apa yang Engku Adrian rasa sehinggalah akhirnya ibu bapanya mendesak untuk melangsungkan perkahwinan. Engku Syah Taufiq, didesak sebagai pengganti. Kalau boleh, mahu saja dia menolak tapi ada benda yang Engku Adrian simpan dan buatkan dia tidak mampu membantah. Kerana rahsia itu, Engku Syah sanggup jadi pengganti sebagai pengantin lelaki. Apa kau rasa bila kau dikahwinkan dengan lelaki yang bukan kau cinta? Makin sakit bila kau tahu perkara yang sebenar? Mungkin ke.. aku patut mengalah dan tamatkan perkahwinan yang langsung tak mendatang kan apa-apa faedah? 'Jangan pernah harap, saya akan cintakan awak.'- Huraifah Farihah. 'Then, aku takkan berharap.'-Engku Syah Taufiq. ...
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓  by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 4,022,543
  • WpVote
    Votes 23,741
  • WpPart
    Parts 13
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 - The cruel husband Sudah terbit di bawah syarikat penerbitan Kaseh Aries. DANISH UQAEL - Lelaki tampan berperwatakan sangat sinis dan licik. Adik lelaki kepada Dylan Mikael. Kacak namun sikapnya langsung tidak kena dengan wajahnya. Sinis, licik dan sangat kasar. Cinta matinya pada Tengku Aqila Dayana. AISYA ARIANA - Gadis yang mempunyai perwatakan persis Danish Uqael, dalam lembutnya ada juga terselit kasar. Dalam senyumannya ada terselit bibir yang mampu melontarkan kata-kata sinis. Cinta pertamanya pada Danish Uqael namun kehadirannya seakan tidak disambut oleh lelaki itu. "Kau perangkap aku kan?" - Danish Uqael. "Aku buat semua ni sebab aku cintakan kau!" - Aisya Ariana. Silap langkah, masuk ke dalam mulut si harimau yang mampu menyakitinya setiap masa. KEWUJUDAN CERITA : 2021
Takdir kita by AISHSUHAIMI
AISHSUHAIMI
  • WpView
    Reads 208,251
  • WpVote
    Votes 6,177
  • WpPart
    Parts 57
Mengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunung sekalipun.. sayang juga akhirnya. "'Kahwin 'paksa' tu tak pernah ada dalam kamus hidup aku.." "Stupid.. saya takkan kahwin dengan awak lah Zafril. Saya berbulan-bulan cuba untuk move on dari awak.. sekarang awak datang senang-senang je ajak saya kahwin.. tak mungkin lah Zafril. Awak dengan saya tak mungkin bersatu lah..tambahpula saya tengah belajar sekarang ni.. tak mungkinlah Ril" ucapnya dingin. Siapa kita nak menidakkan takdir? ****Gaisss, utk cerita ni, bab 15 dia jauh tauuu.. hm sorry my mistake.🥹
EBOOK HIS DESTINY- Dia Takdirku by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 872,130
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 2
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al Baqarah Ayat 216 Qays Haddad seorang pegawai polis pangkat ASP dan juga seorang lelaki yang memiliki anak mata berwarna grey telah menggoncang jiwa seorang doktor jantung, Dr. Qis Dayana sejak setahun lalu. Namun, tidak bagi Qays Haddad kerana gadis itu memiliki semua ciri-ciri gadis yang dia benci iaitu garang, kasar dan free hair. Baginya gadis itu tidak sesuai untuknya walaupun gadis itu adalah jawapan doa istikharahnya. Dia memilih Ainul Wardah sebagai bakal isteri kerana gadis itu memiliki sikap lemah lembut, cantik dan bertudung. Kerana salah faham maruah Dr. Qis Dayana dihina dan juga dipersoalkan. Oleh kerana itu, Dr. Qis Dayana nekad tanam kebencian terhadap lelaki bernama Qays Haddad. Saat kebenaran terungkai mula terbit satu erti penyesalan. Ego menidakkan perasaan di dalam hati tetapi rindu mula menebal. Gadis yang dulu dia benci kini dia mula mencintai dan mengharap itu jodoh terbaik buatnya. Saat sinar bahagia itu muncul, fitnah menjadi pemisah utama. Adakah jiwa lelaki bernama Qays Haddad kuat menghadapi dugaan saat di benci insan yang dia cintai untuk kali keduanya? ⚠️ Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo