zt's
7 stories
Tersuka Dalam Diam by frhndhrh_
frhndhrh_
  • WpView
    Reads 468,872
  • WpVote
    Votes 25,324
  • WpPart
    Parts 55
Bila hati tertutup rapat, tiba-tiba ada orang mengetuk, orang yang dulunya menyakitkan hati tapi lama kelamaan menyenangkan. Tak nak buka, tapi last last ... Ia terbuka dengan rela hatinya. Ehh, datang pula orang yang membuat hati itu tertutup rapat suatu ketika dulu, mahu menagih cinta kononnya. Si gedik pun beraksi juga. " Nufail memang sewel. Drakula betul ! " - Nadhierah Irdina. "Dah muka Dhiera ada iras macam barbie .Cik Barbie & Encik Drakula huh ? " -Tengku Nufail. " Aku nak kita macam dulu. I miss the old us, Nadhierah Irdina . " -Rayyan Affan. " Nufail tu aku punya lah ! " -Adel*whut a lame!* " Apa yang korang merapu ni , bangangss ! " -author. Kesimpulan; failed buat sinopsis hm sobsob. cliche storyline but you might still like it. Chapters awal memang childish but trust me, it's getting better chapter by chapter :) // emmmuahh *dtosrivda* " TDD'S BEST ACHIEVEMENT " # Viral List # 1 in teen fiction! ♥
SUAMIKU WORKAHOLIC by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 170,417
  • WpVote
    Votes 5,518
  • WpPart
    Parts 19
WARNING! NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER SAYA HANYA MASUKKAN BEBERAPA BAB UNTUK TUJUAN PROMOSI. **** Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah. "Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!" - Dayah Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri! "Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?" - Syazwan. "Tak boleh ke?" - Dayah "Kopi tongkat Ali?" - Syazwan "Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum." - Dayah Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?
Suamiku Encik Imam ! by Februari99
Februari99
  • WpView
    Reads 23,466
  • WpVote
    Votes 621
  • WpPart
    Parts 4
nurul aimie. dia seorang yang periang dan selalu ikut kata moknya. dia mempunyai ciri-ciri untuk mencari suami. dan syarat wajib bagi sang suami adalah MESTI boleh jadi imam untuk dirinya. tak semestinya dia orang imam masjid, ustaz tapi dia mahukan orang biasa. orang yang boleh mengimamkan pada waktu solat buat dirinya dan juga anaknya kelak. " mok nak ayong kahwin dengan anak angkat mok" satu perkataan itu cukup membuatkan jantung dia gugur. kenapa naufal? jiran sebelah rumah merangkap anak angkat mok.
Protect The Boss (MalayNovel) by hnurain_
hnurain_
  • WpView
    Reads 537,535
  • WpVote
    Votes 17,492
  • WpPart
    Parts 38
Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, 'melipat' orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci! Nurafifah Alia Aqilla - Tengku Hafifi Hafiz? Meskipun semua lelaki sudah pupus, hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti Tengku Hafifi Hafiz! Muktamad! Tengku Adam Haizrill. Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia, adik angkatnya sendiri. Fif seolah-olah pantulan wajah Alia. Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti cukup dalam hidupnya. Tetapi dapatkah mereka menolak takdir? Kehidupan rumah tangga yang bermula dari pelbagai kenangan pahit bertukar menjadi manis dari hari ke hari...
Kahwin Dengan Aku Ajelah! by reeani
reeani
  • WpView
    Reads 45,182
  • WpVote
    Votes 947
  • WpPart
    Parts 15
Penerbitan Fajar Pakeer 2014 RM23(SM)/RM26(SS) Kata Hajah Rokiah kepada Muslim - "Ya, kahwin! Nenek rasa Mus kena kahwin untuk ubah sikap Mus yang tak ada sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan jugak diri orang lain." Balas Muslim pula - "Yang nenek rajin sangat pergi cari calon isteri Mus tu, kenapa? Kalau Mus nak kahwin nanti pandai-pandailah Mus cari sendiri. Nenek tak payahlah susah payah macam ni." Tapi, kalau nenek dengan cucu bertekak mestilah orang tua yang menang. "Kahwin atau turun pangkat!" Nak tak nak, Muslim terpaksa minta tolong dengan si pakar cinta bernama Sudin. Pertolongan Sudin telah menemukan dia dengan si gadis bernama Zara. Kali pertama tengok Zara, jantung berdegup macam baru lepas lari pecut 100 meter! Sampai tersasul cakap, "Okey! Saya setuju kahwin dengan dia." Terkejut Zara mendengarnya. Dan tanpa dia sangka, Muslimlah lelaki yang bakal buat hidupnya jadi huru-hara sampai terjebak dengan konspirasi kahwin paksa.
Cinta Yang Halal (Completed) by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 104,329
  • WpVote
    Votes 4,291
  • WpPart
    Parts 27
Setiap dari kita punya jalan cerita yang berbeza. Ada yang mendamba cinta manusia sepenuh jiwa, ada juga yang sentiasa mendamba cinta dari yang Esa. Wati, seorang gadis yang percaya kepada cinta selepas nikah. Walau apa pun yang terjadi, percintaan sebelum nikah itu bukan pilihan hidupnya. Izwanpula, seorang lelaki yang percaya bahawa mengenali seseorang sebelum bernikah itu perkara utama. Nikah itu nikahlah, tapi bercinta sebelum nikah itu tak salah. Bagaimana kisah mereka berdua ini bila bertemu? Adakah Wati akan melupakan prinsip hidupnya, atau adakah Izwan ditinggalkan begitu sahaja? Apakah kesudahannya? Mungkinkah bahagia sementara di dunia, atau terus bahagia hingga ke jannah Nya. Selamat membaca! Semoga kisah ini ada manfaatnya buat kita semua, insyaAllah.