cikbedah1804's Reading List
2 stories
VVIP Dihatiku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 77,585
  • WpVote
    Votes 1,780
  • WpPart
    Parts 15
Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya. “Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia “Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman “Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia "Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal. “Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal Dua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut. Tajuk: VVIP Di Hatiku Penulis: Fatin Hassan Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-79-2 Harga: RM27(Semenanjung) // RM30(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni
Cinta Hati Sayang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 68,720
  • WpVote
    Votes 1,380
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Cinta Hati Sayang Penulis: Hairynn Salehuddin Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-74-6 Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Disember 2015 KAPSYEN Dendam dan cinta saling bersaing. Akhirnya hanya satu yang terpilih. CARL ZARIF... Hatinya begitu terusik setiap kali melihat penderitaan adiknya, Carl Naim. Dia perlu menuntut bela atas penderitaan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan darah dagingnya merana tanpa pembelaan. Dia pasti akan lunaskan dendamnya itu. Pasti! LARA ALINA... Tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya selain Sofea Yasmin. Anak kecil yang dijaga sejak kecil lagi sehingga terpaksa mengorbankan pengajiannya. Tiada perasaan benci kepada Hana Kamila kerana meninggalkan anak kecil ini. Dan hidupnya penuh dengan kasih sayang. Tanpa diduga, ada kisah di sebalik kematian Hana Kamila. Ada hubungan yang masih terjalin dan belum terputus. Atas sebab itu Lara Alina akur dan berkongsi kasih membesarkan Sofea bersama insan yang masih menyayangi dan sanggup menerimanya. "Papa dan mama mahu mereka jadi sebahagian daripada keluarga kita." ~ Tan Sri Roslan Permintaan Tan Sri Roslan itu tidak dapat diterima oleh Carl Zarif. Biarpun seluruh keluarganya dapat menerima kehadiran mereka berdua, tetapi tidak bagi Zarif. Walaupun Hana Kamila sudah tiada, perasaan dendam tersebut kini beralih pula kepada Lara Alina. "Aku tak dapat kau, aku akan buat adik kau pula merana. Bersiap sedialah Lara Alina!" ~ Carl Zarif