SaadiahEXOL161999's Reading List
22 stories
Kembalikan Cinta by MayesaIman
Kembalikan Cinta
MayesaIman
  • Reads 6,255
  • Votes 121
  • Parts 13
Comel! Itu kata Ryan Amsyar. Saat pertama kali melihat Ameena Jasmin. Namun, dalam hatinya telah terukir satu nama, Mellina. Dia lelaki yang setia pada cinta. Akhirnya, dia dan Mellina diijab kabul. Tetapi, bahagia yang dicari hanya seketika. Hanya lima bulan. Mellina curang kepadanya! Tiga bulan Ryan menduda, akhirnya dia dijodohkan dengan Ameena. Pilihan tok mi. Dia hanya menganggap Ameena sebagai adik saja. Nak jatuh cinta? Ah, tidak mungkin. Dia takut bercinta lagi. Takut pisang berbuah dua kali! "Meen tahu kan, kisah abang macam mana? Abang hanya bahagia lima bulan. Hanya lima bulan. Dan, abang nak perkahwinan kita juga hanya lima bulan. Jika abang tak luahkan kata cinta pada Meen, Meen boleh pergi cari kebahagian Meen sendiri. Abang tak mampu untuk mencintai Meen." - Ryan Amsyar Tiada cinta, tiada sayang. Tetapi, Ameena Jasmin bukan seorang yang cepat mengalah. Dia perlu kembalikan cinta suaminya itu. Hanya untuknya! Ameena mula menggoda. Mula dapatkan cinta milik suaminya itu. Tetapi, mampukah dia? "Abang, tolong Meen untuk kembalikan cinta abang. Tolong..." - Ameena Jasmin Dalam tak suka, Ryan mula romantik. Bukan dia tidak sayang, tapi dia takut. Takut jika dia akan terluka lagi. Namun, cinta mula berputik, bahagia mula berbunga. Tetapi, Ryan terlupa untuk ungkapkan kata cinta buat Ameena. Memang betul, cinta bukan saja diluahkan oleh perkataan, tapi juga perbuatan. Namun, Ameena tidak mahu meneka sesuka hati. Akhirnya, Ameena tunaikan janji mereka. Cukup lima bulan, dia pergi. Namun, Ryan datang mengejar, mahukan cintanya yang kembali.
Kembalikan Merah Cintaku by tulip_ungu
Kembalikan Merah Cintaku
tulip_ungu
  • Reads 1,954
  • Votes 18
  • Parts 3
PROLOG MENYINGA wajahnya tatkala melihat wajah kecil comel di sisi lelaki yang sedang duduk sambil menyilang kaki di hadapannya sekarang. Masih terngiang kata-kata lelaki itu sebentar tadi. Malah kata-kata itulah yang membuatkan marahnya membara walaupun wajah kecil itu nampak tidak bersalah dan polos sahaja. "You tak bergurau?" Soalnya yang masih mengawal nada suara. Enggan memperlihatkan emosinya yang sudahpun melayang entah ke mana. "Buat apa I nak bergurau?" Soal lelaki itu kembali, seolah-olah tiada perasaan lagaknya. "Habis tu you nak I buat apa?" "Mulai hari ni, dia akan tinggal dengan kita." "You ni dah gila agaknya. You bawak balik anak perempuan lain, you nak suruh dia tinggal dalam rumah ni?" "Dia bukan anak perempuan lain. Dia anak I , anak madu you." Lelaki itu membetulkan. "Anak haram!, anak tak sah taraf!. Anak perempuan simpanan you?" Sinis nada Sang isteri. Walaupun tadi sudah suaminya beritahu tentang perkahwinan keduanya yang dirahsiakan selama ini.
Cik Cashier Mamat Skru by YusnidaTajudin2
Cik Cashier Mamat Skru
YusnidaTajudin2
  • Reads 6,764
  • Votes 522
  • Parts 29
Bila hati dah diketuk rasa... tak kira siapa dia.. tak kira usia dia.. tak kira kisah silam dia.. tak kira perwatakan dia.. hanya dia.. dia.. dan dia... Dan apabila hati diketuk rasa.. siapa kita untuk menidakkannya. Zafirah, seorang gadis berusia awal 20an, happy go lucky, manja tapi keras kepala. Dia menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA kerana mahu terus bersama abah dan mak yang semakin berusia. Dia gembira dengan hidupnya yang amat bersederhana. Pertemuan dengan dua anak kecil di luar pagar sekolah membuahkan bibit kasihnya kepada mereka sehingga membawa lembaran kisah baru dalam hidupnya. Adlan, duda beranak dua, seorang mekanik yang memiliki sebuah bengkel kereta. Hidupnya kini hanya tertumpu kepada anak-anak dan bengkel. Serik dengan kehancuran rumahtangganya menjadikan dia dingin terhadap mana-mana wanita yang cuba mendekatinya. Apakah ada ruang utk kasih kembali berputik? ############ Berita baik.. Cik Cashier Mamat Skru telah berada dlm versi cetak & ebook. Versi cetak RM30 exclude postage. Limited stock.. ada bbrp buah je lagi available. Versi ebook RM15. Boleh pm/wassap k.yus --- 019 2868574 jika berminat.
MISI MEMIKAT MR.G by Diba_sassy
MISI MEMIKAT MR.G
Diba_sassy
  • Reads 660
  • Votes 11
  • Parts 2
malas lagi la nak tulis..
Mencari Si Pelengkap Hati by karyaseni2u
Mencari Si Pelengkap Hati
karyaseni2u
  • Reads 32,175
  • Votes 769
  • Parts 10
Tajuk: Mencari Si Pelengkap Hati Penulis: Farisha Imani Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-65-4 Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni CINTA. Mampukah cinta itu dipaksa? Jawapannya TIDAK bagi Nuha Huda. Kerana merasakan cinta itu harus dipupuk secara ikhlas dan jujur, Nuha menolak cinta suci yang dihulurkan oleh Cikgu Ihsan kepadanya tanpa berfikir panjang. Memasang impian dalam diam, Ihsan Zuhri sangat berharap Nuha Huda akan terbuka hati untuk menerima cintanya. Namun Nuha tetap dengan pendirian. Walau dia terhutang budi dengan Cikgu Ihsannya, hati Nuha tidak mampu diikhlaskan untuk mengorbankan dirinya dengan mengahwini Ihsan Zuhri! “Ya, Nuha terhutang budi dengan cikgu sekeluarga. Cikgu dah bagi Nuha kehidupan baru. Tapi... tapi itu tak bermakna Nuha akan sudi terima cikgu dalam hidup Nuha. Itu satu simpati namanya!” – Nuha Huda “Abang tak sekuat yang Nuha nampak. Abang tak setabah yang Nuha fikir. Sejujurnya abang nak paksa Nuha kahwin dengan abang. Abang nak paksa Nuha terima cinta abang. Tapi… soal hati siapa yang boleh paksa. Jadi sekarang, abang akan tunaikan permintaan Nuha dengan syarat, Nuha perlu pergi dari hidup abang dan keluarga abang!” – Ihsan Zuhri Episod bahagia Nuha bersama keluarga angkat kesayangannya berakhir di situ. Perginya Nuha tiada istilah untuk kembali. Lima tahun membawa diri, menjadikan Nuha Huda seorang wanita yang lebih matang. Matang untuk menguruskan perasaannya. Dia khilaf mengenangkan betapa kejamnya dia saat tidak mampu belajar untuk menerima cinta suci Ihsan Zuhri. Lagi pula, apalah yang budak sekolah tahu tentang erti hati dan perasaan, bukan?
Terima Kasih Sayang by karyaseni2u
Terima Kasih Sayang
karyaseni2u
  • Reads 36,794
  • Votes 654
  • Parts 15
Tajuk: Terima Kasih Sayang Penulis: Fariha Aisya Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-99-0 Harga: RM21.00 (Semenanjung) // RM24.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Disember 2015 Kapsyen Dalam suka mahupun duka, kau tetap setia menanti diriku. Kaulah rahsia jodohku selama ini. Farihatul Aisya Hanna, si gadis yang sanggup berkorban demi jejaka yang dicintainya meski nyawa jadi taruhan. Setelah bertahun menunggu, akhirnya takdir cinta berpihak kepadanya. Dia dan Ezwan disatukan dalam satu ikatan yang suci. "Hanna buat jantung abang berdegup kencang. Pastikan kecantikan Hanna tu hanya untuk abang dan bukan orang lain, ya?" - Ezwan Kala hidupnya menjamah bahagia, ada insan lain yang terluka lewat kebahagiaan Hanna. Hampir sepuluh tahun menanti cinta daripada gadis itu, Darwin akhirnya mengalah dan reda dengan ketentuan. Hanna hanya menganggap Darwin sebagai abangnya. "Tolong jaga Hanna baik-baik. Sayangi dan cintailah dia sepenuh hati sama seperti awak jaga dan sayangkan nyawa awak. Jangan sia-siakan hidup dia." - Darwin Dalam asyik terbuai dengan cinta Ezwan, rupa-rupanya Hanna salah menilai. Cinta Ezwan ibarat sekadar menanam tebu di pinggir bibir. Saat muncul Melissa si penggoda, dengan mudah cinta Ezwan beralih pergi. "Hei, perempuan. Kalau kau nak tahu, selama ni aku tak pernah ikhlas cintakan kau." "Tolonglah, abang. Tolonglah cintakan Hanna. Hanna sanggup tunggu walaupun seumur hidup." Namun segalanya bagai sudah terlewat saat lafaz cerai diucapkan Ezwan... Hanna pasrah. Hati perempuannya bagai ditikam belati berbisa. Tidak berhakkah dia untuk memperolehi cinta sejati? Saat cuba diubati luka hatinya itu, Darwin kembali menagih sesuatu yang sudah lama diimpikan.
Misi Memikat Cik Hitler by karyaseni2u
Misi Memikat Cik Hitler
karyaseni2u
  • Reads 122,313
  • Votes 2,499
  • Parts 15
BACAAN BAB AWAL SAHAJA Tajuk: Misi Memikat Cik Hilter Penulis: Nojie Muka Surat : 784 Penerbit: Penulisan2u Terbitan : November ISBN: 978-967-0992-43-3 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah/Sarawak)
TUNANG KE-9 by karyaseni2u
TUNANG KE-9
karyaseni2u
  • Reads 80,380
  • Votes 2,112
  • Parts 15
Tajuk: Tunang Ke-9 Penulis: Anabella Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-58-7 Harga: RM31.00 (Semenanjung) // RM34.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2017 Elman Shah, tiada apa yang lebih hebat tentang dirinya berbanding dia telah menjadikan lapan orang gadis sebagai bekas tunangnya. "Bagi aku, dalam dunia ni, perempuan cuma ada dua jenis. Jenis jual murah dan jenis jual mahal. Kedua-duanya, sampah!" - Shah "Awak tak tahu ke jenis perempuan yang ketiga?"- Reny Fathia "Apa?" - Shah "Perempuan yang tak ingin jual apa-apa pada sampah macam awak!"- Reny Fathia. Nah, bila jumpa cinta pertama zaman sekolahnya, terus terduduk Shah. Bila tiba masa untuk menakluk hati gadis yang paling dicintainya, Shah menemui jalan buntu! Gadis versi Beauty and The Beast. Dialah Beauty, dia juga The Beast!
Abang Bomba, I Love you by karyaseni2u
Abang Bomba, I Love you
karyaseni2u
  • Reads 209,744
  • Votes 2,779
  • Parts 15
Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Abang Bomba, I Love You (Terbitan Semula/Bakal Adaptasi) Penulis: Mia Kiff Muka Surat : 656 Terbitan : September Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-025-0 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak)
Sungguh, Saya Cintakan Awak by karyaseni2u
Sungguh, Saya Cintakan Awak
karyaseni2u
  • Reads 80,565
  • Votes 1,776
  • Parts 15
Tajuk : Sungguh, Saya Cintakan Awak! Penulis : Shaista Haziq Penerbit : Penulisan2u ISBN : 978-967-0567-95-2 Harga : RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.karyaseni.my / Aplikasi Karyaseni Cinta pandang pertama? Sukar untuk dipercayai tapi ternyata ia wujud. Nur Adra Nayli juga tidak ketinggalan. Turut sama terjatuh cinta pada pandang pertama. Renungan dan pandangan daripada Syed Muhammad Ajmal bisa menggetarkan hatinya. Namun, tidak pada kata-kata daripada mamat poyo itu. Menyakitkan hati adalah! “Cantik memang cantik. Tapi cantik saja tak guna kalau tak tutup aurat.” - AJMAL “Habis tu, awak ingat eloklah awak tegur dengan cara memalukan orang macam ni? Nak tegur kena cakap baik-baik dan di tempat tertutup supaya orang yang ditegur tak terasa malu!” - ADRA “Wow, tahu agama rupa-rupanya. I am impressed. Dah tu bab tutup aurat tak tahu kenapa? Tak sempat belajar ke? Cikgu meninggal ya tak sempat ajar?” - AJMAL Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Apabila dah kenal, maka bercintalah! Ajmal dan Adra bersatu atas dasar cinta. Suka sama suka. Namun, bahagia mereka tidak lama apabila satu rahsia besar Ajmal diketahui Adra. “Aku ni girlfriend Ajmal. Bakal tunang Ajmal. Ahad ni majlis pertunangan kami. Aku nak bagi amaran kat kau. Kau tinggalkan Ajmal. Jangan ganggu dia lagi. Kalau aku nampak kau dekat dengan dia, kau taulah nasib kau.” - YASMIN Kehadiran Yasmin benar-benar membuatkan Adra tertekan. Baru menyulam cinta buat kali pertama dalam hidupnya, tapi sudah diuji sedemikian rupa. Adra rasa tertipu dengan kata-kata Ajmal. Kata cinta, tapi kenapa sudah nak bertunang? “Kalau awak tak suka dia kenapa awak nak bertunang dengan dia?” - Adra “Saya terpaksa. Dah banyak kali sangat umi saya minta. Lagipun saya tak ada siapa-siapa masa tu, jadi saya terima. Kalau saya tau saya akan jumpa awak, saya takkan setuju dengan rancangan umi saya tu.” - Ajmal