SANGGUL
dearnovels
- Reads 5,230
- Votes 89
- Parts 12
WHATSAPP 013 2588069
WWW.DEARNOVELS.MY
Tajuk: SANGGUL
Penulis: HAIDA HASSAN
ISBN: 978-967-2116-10-3
Harga: RM23.00 / RM26.00
Akibat mengikut emosi yang terlalu mahu melindungi anaknya, Uwan Konah sanggup mengambil Tanjung sebagai pendamping. Namun menjaga makhluk itu bukanlah mudah.
"Sudah, jangan kau teruskan! Kau mahu bunuh aku? Mahu sedut darah aku sampai kering?"
Dugaan demi dugaan tidak pernah terhenti sehingga waris seterusnya, Munah berkahwin dengan Hadi dan mengandungkan anak kembar. Hadi menggunakan kemahirannya untuk mempertahankan keluarga daripada ancaman makhluk halus yang menanti kelahiran anak-anak mereka.
"Abang tolonglah panggilkan bomoh, ubatkan saya ni," rintih Munah separuh merayu.
"Bomoh apa ni sayang? Abang kan ada, kita mohon pertolongan Allah."
Lebih 700 tahun lalu, Arya Sanskara membuat perjanjian dengan Ubhaya semata-mata untuk melindungi keturunannya daripada ancaman Orang Kaya Sitam.
"Nyawa manusia dan ular bersatu, menyeru semangat datang membantu..."
"Gumpalan rambut itu bakal kujadikan perantara sumpahan dan perjanjian keturunanku. Itu... itulah sanggul ular."