EllzdafAdzeff's Reading List
10 stories
• e𝓂pati • by ehsanqeri
ehsanqeri
  • WpView
    Reads 63,400
  • WpVote
    Votes 1,446
  • WpPart
    Parts 57
Dari blog ke Wattpad. Kisah suka duka seorang anak muda di perantauan yang berkelana mengubat hati yang rawan. Namun apa yang ditemuinya di daerah asing itu lebih menambahkan lagi masalah & gundah-gulana. Kemunculan seorang budak lasak lagi selamba merubah segalanya. Siapa Faiz? Apa yang dibawa bersamanya? Bala atau laba? • Sebuah fiksyen remaja perihal persahabatan, pengorbanan & kasih sayang. Dikisar & dibumbui dengan misteri, petualangan remaja, humor, action adventure, drama air mata, resipi makan-makan, juga sekelonet erotika. • PERINGATAN: Ini bukan citer seram, hantu, fantasi atau thriller, ye? Ia hanya sebuah drama yang berpijak di bumi nyata serta bersandarkan realiti. "Akak dah pasrah. Faiz ni dah tak boleh lagi nak dibantu, rebus tak empuk kata orang. Hidup tanpa bapa buat dia jadi liar dan ganas. Hizuan pun tau kan akak ni janda? Kerja kontrak cuci pejabat kat bandar nun. Tak menentu masa akak ada di rumah." ֆɛʟǟʍǟȶ ʍɛʍɮǟƈǟ • ֆɛʍօɢǟ ɮɛʀɢʊʍɮɨʀǟ ֆɛʟǟʟʊ • • 3D cover by me • model : maxpiazza • with glossaries
• bebud𝒶k bukit • by ehsanqeri
ehsanqeri
  • WpView
    Reads 27,325
  • WpVote
    Votes 1,003
  • WpPart
    Parts 24
• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia meleraikan segala misteri yang menghantui daerah tersebut sejak beratus tahun lampau? • Sebuah fiksyen remaja perihal persahabatan & pengorbanan di antara dua dunia berbeza. Dikisar & dibumbui dengan misteri, mistik, petualangan remaja, fantasi, humor, action adventure, drama.. juga sekelonet erotik. • Tiada watak utama yang melebihi usia enam belas tahun dalam novel ini. Tapi watak-watak sampingan ada yang berusia seribu tahun. Definisi DUA DUNIA BERBEZA: • Dunia Nyata & Dunia Khayalan • Dunia Halus & Dunia Kasar • Dunia Baik & Dunia Jahat • Dunia Melayu & Dunia Inggeris • Dunia Kini & Dunia Lampau • Dunia Bandar & Dunia Hutan • Dunia Sedar & Dunia Mimpi • INI BUKAN CITER BARU, TAPI SAMBUNGAN 'BUDAK BUKIT' YANG TERLAMPAU PANJANG GILER TU.. HEE. HARAP PEMBACA SETIA TETAP MENYOKONG BB, KAY? • "Sebenarnya, memang kami dalam masalah dan mungkin korang je yang boleh tolong," jawab Duan sambil memeluk Fariz, terharu dan hiba dia. Begitu juga dengan Izuan. "Eh, nape ni? Cakap arr, jangan nangis," desak Aidan. Dia lantas menggenggam tangan Izuan. "Ya, bagitau je. Kami sedia tolong," sampuk Lokman Harith. "Ini pasal bapak kami tu," getus Izuan. "Ape yang dah jadi kat bapak korang?" hampir terjerit Daus menyoal, cemas. Izuan, Duan dan Fariz terdiam, tertunduk. Lama. "Beberapa hari selepas balik dari lawat gerai hantu kat kampung tu, bapak kami berubah seratus peratus. Sampaikan kami selalu je dalam ketakutan. Dia berperangai pelik. Kami cam dah tak kenal lagi siapa bapak kami tu." • 3D cover by me • models : burton & hantus internasional • with glossaries
MELAKA 1498 by RizalJaapar
RizalJaapar
  • WpView
    Reads 4,919
  • WpVote
    Votes 241
  • WpPart
    Parts 8
Kekayaan dan kegemilangan Melaka sebagai kuasa nusantara mulai dicemburui ramai. Kekayaan yang melimpah-ruah itu juga mulai merosakkan kerajaan apabila fitnah, caras-mencaras, rasuah, dan amalan kufur terus bermaharajalela. Hang Tuah yang kehilangan sahabatnya Jebat bertindak memencil diri, namun kini mungkin terpaksa berkhidmat semula kerana ancaman yang lebih besar sedang menunggu. Melaka sudah di ambang neraka....
NAKHODA AGUNG by Websutera
Websutera
  • WpView
    Reads 1,353
  • WpVote
    Votes 82
  • WpPart
    Parts 12
"Sesungguhnya Kami utus Nuh kepada kaumnya (dengan berfirman): 'Berikanlah peringatan kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang pedih'." (Surah Nuh ayat 1) Muncul ajaran-ajaran baharu hasil bisikan syaitan yang tidak jemu-jemu menghasut. Umat manusia akhirnya berpaling daripada ajaran Allah. Sinar agama langit semakin pudar. Lantas Allah melantik seorang lelaki bernama Syakirin sebagai penyelamat. Dialah cicit Nabi Idris yang kemudiannya dikenali sebagai Nabi Nuh AS. UTUSAN BUAT YANG INGKAR....
Tanah Di Antara Dua Sungai by Nazrie_Karim15
Nazrie_Karim15
  • WpView
    Reads 3,902
  • WpVote
    Votes 456
  • WpPart
    Parts 14
TDADS - Terdampar di tanah asing pada zaman sebelum Masihi nyata menguji diri mereka. Segala yang dipelajari perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan nyawa kekal bersarung di jasad. Kala ini, pertimbangan wajar sangat dituntut. Ilmu yang dituntut, untuk peperiksaan atau kehidupan? "Arrghh..aku benci sejarah!" - Subky " Sudah! Sudah! Ini bukannya masa untuk kita bergaduh. Kalau kau menang, apa kau dapat? Kalau kau kalah, apa kau dapat? Tak dapat apa-apa kan? Jadi berhenti bergaduh okey!" - puteri "Kita nak makan apa sekarang ni, makan pasir?"- Syamim "Beta tak percaya! Tak mungkin kerajaan beta yang gah ini akan jatuh di tangan budak mentah tu. " "Tapi tuanku, ramalan saya tak pernah salah" - Tukang tilik Mereka ramai, tetapi itu bukan jaminan mereka semua akan kembali. Ada yang terus berkubur di sana tanpa nisan, tanpa nisan. Mampukah mereka untuk survival dalam dunia yang bukan sepatutnya mereka berada? Sebuah kisah berlatarbrlkangkan tamadun Mesopotamia...
B.U.N.I.A.N by hurinhamdan
hurinhamdan
  • WpView
    Reads 1,776
  • WpVote
    Votes 38
  • WpPart
    Parts 4
Aku dan engkau.. Kehidupan kita berbeza.. Apa yang berbeza? Nampak sama aje. Kau mungkin rasa sama, tapi kita jauh berbeza. Aku tak faham. Kau anak raja ke? Lagi berbeza dari tu.. Aku, kau takkan pernah sangka.. Kau percaya? Kalau aku cakap, aku..... BUKAN MANUSIA. Percaya atau tidak, terpulang pada kamu. Tahayul? Tidak. Mereka wujud. Cuma tidak kelihatan. Jangan tunggu, mungkin dia datang.. Memang ini rekaan, tapi tidak dinafikan ada juga kebenaran. Jangan takut, kedatangannya hanya ujian. Menguji kebergantungan kita pada Tuhan. - Anak Hamdan
Pelik by Amir_Rayyan
Amir_Rayyan
  • WpView
    Reads 68,872
  • WpVote
    Votes 3,704
  • WpPart
    Parts 16
Asyraf seorang remaja yang pendiam sejak dari kecil lagi. Bukannya dia tidak mahu berkawan, tetapi sifat takut akan 'direject' bergelumang dalam hatinya. Dia tiada kawan.Keluarganya sibuk bekerja dan jarang sekali berada di rumah. Dia keseorangan.Hidupnya sunyi walaupun mewah. Sampai saat ketika dia bertemu seorang wanita yang aneh. Hidupnya terus berubah.
PINTU MERAH by NabilahBielabell
NabilahBielabell
  • WpView
    Reads 5,833
  • WpVote
    Votes 280
  • WpPart
    Parts 7
Okay cerita nie ak tulis semua kisah yg aku sendiri hadapi dan juga pengalaman kawan2 yg selalu share crita seram lagik2 time musim hujan n lepas exam..cerita hantu mmg jd topik utama...so x de rekaan ini semua kisah benar. Seram ke tak tu atas pembaca sendiri. Nak percaya ke tak tu terpulang. Dan lagik satu maaf kalau jalan cerita x brape menarik series aku x pandai mngarang ..maaf yer Jgn lupa vote tauu. Semoga allah lindungi kita semua
Legenda Melayu by rotigardeniaa
rotigardeniaa
  • WpView
    Reads 82,477
  • WpVote
    Votes 1,234
  • WpPart
    Parts 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-orang lama tempatan dan internet
Pewaris by AfeefahAfif
AfeefahAfif
  • WpView
    Reads 285,804
  • WpVote
    Votes 17,812
  • WpPart
    Parts 76
Safiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .Mungkin itu membuatkan safiyah mendapat gelaran "Peah kering"disekolah. Namanya yang sangat cantik telah ditukar menjadi Peah. Hidup Peah adalah seperti remaja biasa hinggalah sesuatu terjadi dan mengekorinya. "Aku tak perlukan khadam macam kau!! Kau setan yang di laknat. Pergi!!"- Saifiyah "Bayu tetap sahabat Peah sampai bila-bila."- Puteri Bayu. "Biar aku yang menyambutnya. "-Toriq.