Horror
9 stories
Koc 13 by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 120,791
  • WpVote
    Votes 7,603
  • WpPart
    Parts 39
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menjadi usang. Stesen Dabong di negeri Kelantan turut menerima tempias dan ditinggalkan begitu sahaja. Raiqal... seorang pengembara seram yang tertarik dengan Urban Legend mengenai Koc 13. Koc yang akan muncul pada pukul 12.59 malam pada setiap tahun ganjil 29 Februari. Pengalaman Pak Hameed melalui catatan blog bab pertama sebelum hilang memotivasikan dirinya yang kebetulan tahun ganjil berlaku pada tahun tersebut. Tanpa sengaja Aiman Aklaken seorang novelis best seller bertaraf dunia datang ke stesen. Kawannya yang berjanji untuk menemaninya seperti biasa tidak muncul. Aiman Aklaken ingin menarik diri tetapi tiket bertulisan jawi dijumpai di kaunter telah memberi amaran "Naik... atau nyawa gantimu" menyebabkan Aiman Aklaken terpaksa menaiki Koc 13. Dan tidak tahu sama ada mereka bernasib baik atau malang, Koc 13 muncul tepat pada pukul 12.59 malam!
(THE WATTYS 2016) Hobgoblin [디오 ✖️ 카이] ✔️ by kim_chenn
kim_chenn
  • WpView
    Reads 44,582
  • WpVote
    Votes 4,158
  • WpPart
    Parts 29
#4 in Mystery / Thriller (June 2016) THE WATTYS 2016 WINNER Kim Yoon Ae, hidup di bawah tanggungan ibu tirinya, Lee Min Hye. Kim Yoon Ae merupakan pelajar yang pintar di sekolah, sering mendapat tempat pertama, tetapi sangat pendiam. Pada suatu hari, munculnya 2 orang pelajar baru, Do Kyungsoo & Kim Jongin. Kim Jongin masuk sekelas dengannya manakala Do Kyungsoo pula seniornya. Do Kyungsoo & Kim Jongin merupakan adik beradik tiri,, namun... "Dia hyung tiri saya. Tapi dia ni pelik lah." - Kim Jongin. "Saya tak pernah tanya semua tu." - Kim Yoon Ae. •••• "So, kelab apa kau nak daftar ni?" - Do Kyungsoo "Renang.." - Kim Yoon Ae. "Renang?? Sayangnya,, lagi menarik kalau kau masuk kelab memanah. Kau ada bakat membunuh." - Do Kyungsoo. •••• "I know you can hear me, Open up the door, I only want to play a little." - Do Kyungsoo. •••• "Our eyes are locked together, I can sense your horror." - Kim Yoon Ae. •••• "Do you think you've won? Our game of hide and seek has just begun." - Kim Jongin. •••• Siapa sebenarnya Kim Jongin?? Siapa pula Do Kyungsoo?? Mengapa mereka berdua membuat Kim Yoon Ae sebagai sasaran mereka?? Sasaran untuk apa?? WARNING : CONTENT 18SG (HORROR, VIOLENT, MYSTERY, THRILLER) (TRAILER VIDEO IN FIRST CHAPTER : PROLOGUE) •••••• START : 19 Dec 2015 END : 6 June 2016
Abandoned (BTS Fanfiction) by MintGreentea94
MintGreentea94
  • WpView
    Reads 28,449
  • WpVote
    Votes 2,537
  • WpPart
    Parts 19
Kematian rakan baiknya Kim Taehyung dan Kim Hyuna merupakan satu titik hitam dalam hidup kumpulan BTS(Kim Namjoon,Park Jimin,Min Yoongi,Jeon Jungkook, Jung Hoseok dan Kim Sokjin. Selepas kematian Kim Taehyung dan Hyuna puncanya mereka sering diganggu dengan kejadian-kejadian pelik.Setiap kali matahari terbenam,mereka akan dihantui oleh sesuatu perkara ghaib. Jeon Jungkook mendapat tamparan hebat apabila abang tirinya merangkumi rakan rapat iaitu Kim Taehyung meninggal dunia.Dia sering kelihatan kelibat Kim Taehyung sehingga dia dianggap tidak waras. Dapatkah Jeon Jungkook membongkar rahsia disebalik berlakunya kejadian pelik tersebut? -Jungkook nampak Taehyung lah Namjoon Hyung.Taehyung tak mati lagi! - Jungkook -Mereka mati dengan tak tenang.- Hoseok (J-Hope) - Jangan ungkit benda itu lagi! - Namjoon (Rap Monster) - Siapa yang duduk beretenggek dekat tingkap itu?- Yoongi (Suga) - Hyung! Dia datang...Dia datang.Perempuan itu datang! - Jimin. - Semua ini tak masuk akal!- Jin
PISAU by faminmin
faminmin
  • WpView
    Reads 66,217
  • WpVote
    Votes 707
  • WpPart
    Parts 10
" Kata-kata itu lebih tajam berbanding mata pisau mahupun mata pedang. Sejujurnya, aku cukup muak dengan kata-kata sial yang keluar daripada mulut kau. Adakah kau pernah merasa badan kau disiat oleh pisau? Tak? Oh. Mari aku buatkan kau rasa bagaimana disiat oleh pisau kesayangan aku. Aku akan pastikan kau takkan lupa dengan kenangan paling manis yang aku cipta untuk kau. " " Kenapa? Menyesal? Menyesal sebab tak jaga mulut kau tu ataupun menyesal sebab terlajak kenal aku? Tiada guna menyesal sekarang. Huh. " **** Cover By @moonizz ✔
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 109,418
  • WpVote
    Votes 5,057
  • WpPart
    Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)
Sumpah Sundal Sutinah by dhieyaAdlynna
dhieyaAdlynna
  • WpView
    Reads 133,928
  • WpVote
    Votes 6,631
  • WpPart
    Parts 24
"Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" BLURB - (buat pertama kalinya penulis tepek blurb. Sebelum ni tanpa blurb, tapi kalian tetap gigih tunggu tiap bab. Terharu!!!) "Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" Setiap warga Hospital Prima tahu sebaris nama ini. Kisahnya, sentiasa diceritakan dari satu mulut ke mulut lain. Kononnya Sutinah sudah menghantui Hospital Prima sejak 20 tahun dulu. Sehinggalah mereka semua dikejutkan dengan kejadian pelik. Seorang demi seorang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Lebih mencurigakan, apabila pihak pentadbiran menyembunyikan punca sebenar kejadian itu sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan warga Hospital Prima. Nabila seorang jururawat di hospital itu mula merungkai kejadian ngeri di sebalik gangguan Sutinah. Apa sebenarnya sedang berlaku? Benarkah ia ada kaitan dengan Sutinah? Ataupun, mungkin juga Hospital Prima sudah terkena sumpah sundal Sutinah. "Kau beruntung, sebab tak perlu nampak benda tak sepatutnya." ~ Bunga "Tapi... tetap nampak kerusi malas yang tiba-tiba sahaja bergerak sendiri. Saya rasa... itu lagi seram..." ~ Nabila "Aku bukan apa Bella. Aku takut... aku takut! Kalau-kalau nanti aku pula yang akan menjadi mangsa seterusnya..." ~ Tina *Bab Akhir untuk siaran wattpad sudah ada. InsyaALLAH, kalau ada rezeki akan ada versi cetak #sumpahSutinah. Sama-sama doakannya ya. Terima kasih juta-juta lemon pada korang yang sentiasa ikuti citer ini. Segala kekurangan itu semua datang dari saya. Mohon maaf andai ada tersalah kata sepanjang bersiaran di sini.
HYAKU MONOGATARI by ArilNajmi
ArilNajmi
  • WpView
    Reads 42,143
  • WpVote
    Votes 2,992
  • WpPart
    Parts 25
"Maksud nama tu adalah '100 Kisah Tentang Hantu'. Setiap seorang yang telah habis menceritakan kisah hantunya akan memadam satu lilin. Begitu juga seterusnya. Dan jika cukup 100 lilin sudah dipadamkan, keadaan akan jadi gelap dan mereka percaya bahawa sesuatu yang menakutkan akan berlaku." Berjela Sabrina memberi penerangan. "Err Sab. Tak bahaya ke kita main game ni? You ada kata tadikan kalau habis semua lilin, sesuatu yang menakutkan akan muncul kan?" Anna masih kelihatan sangsi. "Tak payah takut. Itu kalau cukup 100 lilin dimatikan. Tapi sekarang ini kita cuma ada 5 lilin sahaja. Rasanya takkan jadi apa-apa kot." Tenang Sabrina menjawab. Pabila lilin ditiup, Kisah akan bermula...
Creepypasta ∽ malay ✔ by itsmaniesa
itsmaniesa
  • WpView
    Reads 4,206,653
  • WpVote
    Votes 315,075
  • WpPart
    Parts 188
■ MALAY VERSION ■ Wattys2016 awards: EDISI PENGUMPULAN Horror - Feeling brave? Prepare for a scare with these creepy tales , eeri encounters , urban legend and the unknown Original trans by me as [ itsmaniesa ] Poster Credit to; - Scaryforkids-
Kisah Seram Sebelum Tidur by faminmin
faminmin
  • WpView
    Reads 498,010
  • WpVote
    Votes 22,577
  • WpPart
    Parts 50
Cukup taksub? Berani? Tsk. Bacalah. Silakan. Aku tak tanggung kalau kau kena 'kacau' nanti. **** Cover by @moonizz ✔