Favorites List
7 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,142,213
  • WpVote
    Votes 86,991
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
The Silent Killer by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 3,623,138
  • WpVote
    Votes 165,368
  • WpPart
    Parts 64
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 11,620,971
  • WpVote
    Votes 479,723
  • WpPart
    Parts 84
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,518,544
  • WpVote
    Votes 256,738
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
The Chosen One ✔ by cheriexuanza
cheriexuanza
  • WpView
    Reads 7,644
  • WpVote
    Votes 234
  • WpPart
    Parts 3
Jika aku bukan jalanmu Ku berhenti mengharapkanmu Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Thank You, My Love (END) by SILENCER_KB
SILENCER_KB
  • WpView
    Reads 68,350
  • WpVote
    Votes 1,547
  • WpPart
    Parts 9
Menjadi match maker untuk pasangan di luar sana memang itu kepakaran aku. Tapi, bila ia melibatkan untuk suami sendiri itu memang melampau! "Sibuk carikan orang pasangan hidup, untuk aku kau tak nak cari ke?" ~Naufal Aariz~ Sumpah, memang aku ganyang mamat ni hidup-hidup. Aku yang belum berkapan lagi dah nak cari pengganti untuk aku. Eee! Memanglah betul kami kahwin paksa tapi dia kena ingat cinta juga boleh terjadi melalui itu. Dan sekarang, adakah aku yang kena gigit jari sendiri bila tengok suami aku duk mengayat perempuan lain? Haih.. Tak boleh jadi. "Hai..Saya Naufal. Tapi, untuk orang special macam awak jangan panggil saya Naufal, panggil aje, abang." Yuck! Memang menggelikan. Tapi, dah hari ke hari mamat tu duk sibuk tanyakan aku tentang soulmate dia aku pun beralah. Carilah satu. Tak luak pun sebab aku tahu apa cara nak ikat laki aku. Rancangan ku atur segera. Nak cari bini sangat, kan? Aku bagi. "Eh! Kenapa kau kasi aku yang saiz buntal-buntal semua?" ~Naufal~ "Okeylah! Boleh peluk malam-malam." ~Natasya Sofea~ Bagi Naufal pula, isterinya ini betul-betullah membuatnya makan hati. Kecik besar-kecik besar aje dia pandang bini dia. "Sekarang ni, kau ke aku yang tengah cari patner ni?" "Dah nama pun kita ni sehati sejiwa. Mestilah sama-sama cari. Naik pelamin sama-sama. Beranak pun sama-sama." "Jangan nak mengada. Nak beranak sangat, kan? Meh aku bagi satu." "Berani ke?" "Kau tu! Berani ke? Aku tak luak apa-apa." "Boleh! Satu bulan sekali saya bagi. Nak?" "Woishh.. Maju benar kilang ni. Effisien sangat ya kerjanya." "Aah. Bagi anak patung sebijik!" "Yang lain tak de?" "Ada! Penumbuk sekali pakej dengan sepak terajang khas buat suami tercinta." "Hurmm.. Yang ayat depan tu tak berapa suka, tapi yang belakang tu..alahai.. Jom! Cakap cinta sangat, jom ke bilik? Mana tahu Allah makbul dari sembilan bulan jadi satu bulan aje?" Eee!! Cakap tak suka buat cara tak suka! Benci.
Alamak! Tersuka Pulak.. by manurious123
manurious123
  • WpView
    Reads 540,925
  • WpVote
    Votes 16,396
  • WpPart
    Parts 51
Disebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah tangga kerana baginya belum tiba masa yang sesuai. Namun sangkaan orang tuanya yang menyangka dirinya "gay" menyebabkan dia terpaksa mencari calon secepat mungkin. SYAFA KIRANA berumur 20 tahun dan seorang yang banyak mulut. Kalau dah bercakap tak ingat dunia. Seorang yang agak berani tapi kadang-kadang penakut jugak. Hehehe... Disebabkan masalah kewangan dia terpaksa mengambil keputusan yang besar kerana melibatkan nyawa rakannya. Bagaimanakah kesudahan cerita mereka berdua? Bagaimana mereka bertemu? Apakah perjanjian mereka? Adakah ikatan mereka akan kekal? ALAMAK! TERSUKA PULAK.. Ada jawapannya..