pendeta's Reading List
Истории 3
creepyposta ~ maha koleksi на mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Прочтений 1,700,884
  • WpVote
    Голосов 49,846
  • WpPart
    Частей 77
C O M P L E T E D creepyposta ~ maha koleksi merupakan jilid pertama kompilasi karya Jeffrey Zain yang diwattpadkan setelah akaun Twitter beliau mencecah 18,000 followers. Kisah-kisah yang dipaparkan tak begitu klise drama Melayu, orang kata lah. Ada kisah mak zombie, mak kanibal, Mak Kau Hijau, Makcik Karipap, anak werewolf, cameo Kak Chom, anak Satan à la The Omen, Suami Ku Mr Stalker, adik beradik Hansel Gretel versi Melayu, kisah creepy campfire, kisah dato yang tak gembira dan Halloween Melayu. Kompilasi creepyposta menjadi Top 3 Buku Lejen Press paling laris di Pesta Buku Antarabangsa KL / PBAKL2017, buku paling laris di PBAKL2016 dan Top 5 Buku Fiksyen Bahasa Melayu MPH 2016.
Pendek Mabuk Gila (Outtakes) на tulislajulaju
tulislajulaju
  • WpView
    Прочтений 27,555
  • WpVote
    Голосов 497
  • WpPart
    Частей 6
Cerita-cerita yang tak lepas masuk Pendek Mabuk Gila. Tak akan jumpa dalam Edisi Pertama & Kedua. Rilek sini sudah.
Burger Ayam Double Special на AdibZaini
AdibZaini
  • WpView
    Прочтений 14,846
  • WpVote
    Голосов 386
  • WpPart
    Частей 2
Sudah jatuh, ditimpa tangga Kalau orang mahu aku rumuskan kisah ini, itulah yang akan aku katakan. Namun kisah aku tidak berakhir setakat ditimpa tangga. Untuk perumpamaan ini lebih tepat, selepas aku ditimpa tangga, siling pula runtuh, aku dipanah petir, kemudian 2 biji bom atom jatuh tepat di atas kepalaku. Jika kau percaya pada karma, kau mungkin akan katakan ini semua adalah balasan karma. Mungkin sebab aku selalu curi parking orang lain. Mungkin sebab aku selalu pau rokok kawan. Namun ini bukan setakat karma. Untuk mendapat nasib semalang ini, empat ekor kucing hitam kena lintas depan kau, kau lupa forward 13 email berantai, kau pecahkan semua cermin muka di dalam rumah, dan kau lukakan hati Lady Luck. Kisah ini bermula gara-gara sebungkus burger. Okay, dua bungkus burger.