ciklyne's Reading List
23 stories
Dia...Random Guy by FarahHusain
FarahHusain
  • WpView
    Reads 15,396
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 9
Kerana tidak mahu dicop sebagai 'loser', Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka 'random' untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat. " You are one heartless man! Saya harap.... Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu." - Alina "You know what, I take back my word. You ni bukan gila... but downright psycho. Go and get a treatment!"- Amzar. Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu. "You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?"- Amzar "Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!"- Alina Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi 'layanan bahu sejuk'. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! 'Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah'. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. Hairi atau Dia... Random Guy? HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak IDEA KREATIF PUBLICATION.
Bad Boy Returns by MunaMahira
MunaMahira
  • WpView
    Reads 18,036
  • WpVote
    Votes 338
  • WpPart
    Parts 14
For your info Muna tengah open preoder untuk Bad Boy Returns. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k. . Bahagia... sampaikah ke hujung nyawa? Atau akan hadir dugaan yang memisahkan dua jiwa? Pelangi yang hadir tidak kekal selamanya. Tiba waktu muncul mengindahkan alam. Cukup masa hilang tanpa jejak. Bila Ghazi hilang Batrisyianya, dunia mula terasa kelam. Seperti bumi ini kehilangan cahayanya. "Abang akan cari Trisy sampai ke hujung dunia sekalipun. Tunggu abang, sayang. I will find you!" ~ Ghazi Zayan Saat berjauhan dengan suami tercinta, rindu di hati tak pernah surut. Air mata tidak jemu menemani hari-harinya. "I miss you. I miss you so much." ~ Batrisyia Kala musuh lama menuntut darah, Aeric terpaksa membawa diri. Hutang lama tetap perlu dibayar. "I akan pulang, Ritz. Just wait for me." ~ Aeric Raid "Where are you? You tak boleh tinggalkan I!" ~ Ritz Shakeela Dua jiwa yang terpisah, mungkinkah bersatu kembali? Atau perpisahan yang terjadi kekal selamanya?
Cinta Roller Coaster -Ery Aieril by EryAieril
EryAieril
  • WpView
    Reads 10,238
  • WpVote
    Votes 227
  • WpPart
    Parts 15
Sebuah cerita suspense romance yang penuh dengan kejutan dan debaran. kisah pasal Faizul Arman dan Zahrah Imani. Sudah terbit. Terbitan december 2016. Boleh dapatkan di pasaran.
HALALKAN HATI YANG KUCURI by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 128,509
  • WpVote
    Votes 824
  • WpPart
    Parts 15
♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURIFFA
GILA! AKU SUKA DIA? (TELAH TERBIT) by MuhammadFatrim
MuhammadFatrim
  • WpView
    Reads 11,419
  • WpVote
    Votes 298
  • WpPart
    Parts 11
NOVEL TELAH TERBIT. 10 BAB AWAL UNTUK BACAAN ANDA ^_^ SINOPSIS GILA! AKU SUKA DIA? Kisah Lalan, Bob dan Joe, 3 lelaki kacak, 3 kawan baik, umur 30's yang payah sangat nak cari jodoh. Usaha tu dah usaha, tapi kalau belum sampai seru payah juga kan? Di akhirnya berjumpa yang berkenan tapi mulut berat macam besi, kan dah melopong. Masalahnya bukan tak mencari. Bukan juga tak berwajah suci-murni-kacak. Cumanya mulut takut nak cakap aku suka kau. Mulanya mereka tak kisah, tapi bila diterjah dengan soalan kahwin di kiri kanan depan dan belakang siapa tahan telinga. Lalan bertemu semula Najwa, budak gemuk yang pernah dibulinya semasa kecil, bila besar jadi cantik rupawan. Joe pula menerima pelajar praktikal di firma guaman miliknya. Junior undang-undang yang pernah Joe layan teruk untuk tanda tangannya. Bob, bukanlah memilih. Dari kecil memang suka dengan Amani, seorang gadis tomboy di kampungnya tapi macam tiada respon. Tapi semua plan hancur, kemudian buat plan baru. Janji mereka sebelum Hari Raya tahun depan semua mesti kahwin. Ikhtiar dijalankan, semua cara dan strategi memancing jodoh diperkasakan. Agensi cari jodoh, mandi bunga bawa jambatan malam jumaat, jumpa pakar jodoh, tips buku waima produk aura jodoh pun berkotak dibeli! Tapi akhirnya semua pun tak menjadi! Tiga-tiga pasrah, jodoh masih sangkut. Jodoh mereka sebenarnya dekat mana? Ke terlepas pandang kiri kanan je?
Dia... Pelengkap Hidupku by Farisya_Natasha
Farisya_Natasha
  • WpView
    Reads 1,909
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 2
Novel Terbitan Idea Kreatif Publication January 2015
PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 37,654
  • WpVote
    Votes 1,052
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ALIESHA KIRANA TAJUK: PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVA KELUARAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 560 HARGA: RM23 (SEMENANJUNG)/ RM 26 (SABAH/SARAWAK) ISBN : 978-967-469-049-6 Kehidupan Ajda Sajidah, peniaga manisan pavlova yang dulunya baik-baik saja berubah selepas dia memohon sebagai vendor di butik Talqisya. Dia tidak pernah menyangka yang pemilik butik itu adalah seorang lelaki bujang terlajak yang kerek lagi dingin seperti Megat Talhah. "Lain kali, berjalan tu tengok depan."- Megat Talhah "Errr, maaf Encik Megat. Saya tak sengaja."- Ajda Sajidah "Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja."- Megat Talhah Pertemuan antara Ajda Sajidah dan Qisya, sahabat ketika di universiti kembali menceriakan suasana. Kehadiran Ajda Sajidah dalam hidup Qisya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai orang kelainan upaya. "Kahwin dengan pak su aku. Jadi mak su aku."- Qisya Permintaan Qisya agak sulit diterima, namun dia pasrah. Demi kebahagiaan sahabatnya Qisya, dia sangggup berkorban. Namun, pertemuan antaranya dan pak su Qisya membuatkan keputusannya goyah. Mahukah dia terima pak su Qisya a.k.a pak cik kerek a.k.a Megat Talhah itu sebagai suaminya? Apatah lagi lelaki itu juga sepertinya, tidak rela! "Saya tak boleh nak cuba cintai awak, macam mana saya nak hidup seumur hidup dengan orang yang saya tak pernah cinta?"- Megat Talhah Apa pengakhiran episod ini? Adakah keputusannya perlu dikaji lagi atau terima saja pak cik kerek ini? Siapa yang sanggup terima lelaki dingin seperti pak su Qisya itu?
MUA MOST WANTED by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 22,523
  • WpVote
    Votes 646
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: AIFA BATRISYA TAJUK: MUA MOST WANTED TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT : 560 HARGA : RM23 (SM)/RM26 (SS) Pernah tak anda mengalami situasi begini? 1) Sudah makan di kedai tapi bila nak bayar baru sedar yang dompet tertinggal? 2) Cuba call rakan serumah untuk minta pertolongan tapi kredit telefon dah tamat tempoh? 3) Rakan serumah kebetulannya call tapi belum sempat minta tolong, bateri telefon habis? 4) Ada orang tolong bayarkan tapi bagi resit untuk diclaim semula? Perkenalan Lara Amani dengan Faheem, seorang MUA (Make-up artist) yang berkira dari segi wang ringgit dan masa, dimulai dengan sekeping resit bayaran serta tandatangan kecil Lara pada buku planner milik Faheem sebagai tanda yang dia berhutang. Tidak habis di situ, biarpun Lara 'cuba-cuba' lari dari membayar hutangnya, mereka seakan sentiasa berjodoh bilamana hal kerja seringkali menyatukan mereka dan tanpa disangka, Faheem adalah MUA yang diupah khas untuk majlis pertunangan Lara. "Faheem, saya rasa saya suka awak." - LARA Faheem komited pada kerja demi ibu dan adik-beradiknya. Customer is always customer dan jatuh hati pada customer sendiri adalah perkara paling dilarang dalam konsep kerjanya. Tapi kehendak seorang Lara Amani yang kuat kemahuan dan cekal hati tak dapat digoyahkan dengan tolakan demi tolakan yang Faheem cuba lakukan. "Maaf. Saya masih berpegang pada kontrak saya. Saya cuma MUA yang akan mengandam awak pada hari nikah awak nanti. Saya bukan pengantinnya." - FAHEEM
Hanya Itu Pintaku by Farisya_Natasha
Farisya_Natasha
  • WpView
    Reads 11,139
  • WpVote
    Votes 482
  • WpPart
    Parts 6
Terbitan Eksklusif PBAKL 2017 Terbitan : Karyaseni / Penulisan2u
Jadikan Aku Yang Kedua by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 87,726
  • WpVote
    Votes 1,166
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Jadikan Aku Yang Kedua Penulis: Siti Khadijah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-54-8 Harga: RM30 (Semenanjung) // RM33 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni “Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD. Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu. Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.