BayuuHaikal's Reading List
5 stories
Kamu Bandar Yang Takkan Pernah Hilang (WIP) by Ashikinmm
Ashikinmm
  • WpView
    Reads 10,439
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 4
Kita bertemu dengan Sophie, graduan seni bina di Sydney yang bertemu Yusuf, seorang jurugambar astronomi yang menjelajah berpuluh bandar di dunia dalam transit perjalanan ke New Zealand. Kita menelusuri kehidupan kedua-duanya yang bertemu dalam penentuan perjalanan masa di antara persimpangan kehidupan. Sophie membesar tanpa kehadiran figura ibu dan bapa. Dia dibesarkan oleh keluarga angkat manakala Yusuf kehilangan ibu bapanya dalam sebuah kemalangan dan dibesarkan oleh atuknya. Kedua-duanya berpendapat bahawa identiti terhasil bukan dari bagaimana seseorang dibesarkan tapi di sebalik pengalaman itu. Pekerjaan utama kita adalah mencari kekuatan dalam diri sendiri dan mencari manusia-manusia lain yang berpemikiran seiras untuk menambah kekuatan dalam mengharungi hidup. Selain saat-saat indah di setiap tempat menarik di Sydney, kita juga melalui pemikiran Sophie yang cintakan bangunan dan seni geometri cenderung kepada hal-hal dunia manakala Yusuf yang lebih cenderung kepada penulisan dan fotografi astronomi yang cenderung kepada perihal rahsia alam semesta yang belum kita ketahui. What happens when a lost astrophotographer meets Wisdom of the Stars in Sydney?
Qistina & Angkor Wat by malyaghazali
malyaghazali
  • WpView
    Reads 16,850
  • WpVote
    Votes 283
  • WpPart
    Parts 12
Setiap perjalanan ada kisahnya. Setiap kisah ada pengalamannya. Menceritakan tentang 3 orang sahabat yang mengembara untuk mencari diri sendiri di tanah Khmer. "Kita hanya perlukan setapak untuk melangkah ke depan. Takkan selangkah pun kau takut?" - Qistina
(Preview) WALANG by LejenPress
LejenPress
  • WpView
    Reads 1,491
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 2
Kisahnya mudah. Huluran tangan pertama kali, dan terus mempercayai. Lantas, seluruh hidup yang pada mulanya disangkakan tiada erti, disandarkan pada seorang gadis yang sangat disayangi sepenuh hati. Sayang, rasa itu tidak sama. Ada sesuatu yang memburuk di dalam jiwa, membuatkan apa yang berpelangi tidak lagi mengeluarkan warna, menjadikan yang wangi terus membusuk terhina, dan yang indah akhirnya tidak kekal lama. Tidak kekal lama.
AMMO - sebuah novel M. Cairol Yakup by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 93,700
  • WpVote
    Votes 1,967
  • WpPart
    Parts 19
Lima personaliti yang dengan lima latar belakang yang berbeza. Namun mereka semua kawan baik; hidup bersama sebumbung selama hampir dua tahun. Konflik bermula dari Rita yang ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah. Persahabatan mereka teruji sejak itu. Fiet jadi gila, dengan merancang sebuah jenayah berat; pembunuhan, menjadikan Leman hilang pertimbangan. Qidran juga sama. Mereka bertiga sepakat untuk membunuh seseorang dan Cloud jadi mangsa. Mereka semua diibaratkan seperti lima biji peluru untuk Ruger 357 Magnum Revolver; siap sedia untuk amaran, pertahanan diri, melindungi yang tidak berdosa, menyerang mangsa dan membunuh tanpa belas kasihan.
(Preview) TSUKURU TAZAKI TANPA WARNA - terjemahan novel Haruki Murakami by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 3,158
  • WpVote
    Votes 40
  • WpPart
    Parts 1
TSUKURU TAZAKI TANPA WARNA DAN TAHUN-TAHUN KEMBARA ialah terjemahan Malaysia pertama untuk mana-mana buku Haruki Murakami. Versi cetak kini boleh dibeli di fixi.com.my. Akan masuk kedai-kedai biasa pada pertengahan Oktober 2015.