aanniza's Reading List
6 stories
AKU NAK KAULAH CIK SENGET by KayDelaila
KayDelaila
  • WpView
    Reads 2,044
  • WpVote
    Votes 41
  • WpPart
    Parts 3
Mengisahkan seorang pensyarah undang-undang syariah yang terdetik rasa cinta dengan seorang gadis senget yang trauma cinta seterusnya perkahwinan. Berbekalkan niat UHIBBUKI FILILLAH, beliau memimpin si isteri belajar mengenali cintanya. Ternyata teori cinta sahaja belum cukup kuat untuk menghalang ombak besar membelah kebahagiaan rumahtangga mereka. Mampukah Cik Senget diyakinkan dengan kesungguhan cinta si suami meniti bahagia? Bak kata pujangga cinta, Setiap manusia punya rasa cinta yang mesti dijaga kesuciannya Namun ada kala insan tak berdaya, saat dusta mampir bertahta Kuinginkan dia yang punya setia yang selalu menjaga kesuciannya Saat ku tadah ku jauh darinya, amanah pun jadi penjaganya Hatimu tempat berlindungku dari kejahatan syahwatku Tuhanku merestuiku dijadikan engkau isteriku Engkaulah bidadari syurgaku Tiada yang memahami segala kekuranganku kecuali kamu bidadariku Maafkanlah aku dengan kebodohanku yang tak bisa membimbing dirimu Hatiku tempat berlindungmu dari kejahatan syahwatku Tuhanku merestuiku dijadikan engkau isteriku Engkaulah bidadari syurgaku Tiada yang madah terindah melainkan titipan semangat yang menenangkan ---> Tika Allah tidak Memberikan Apa Yang Kita Mahu. Bukan Kerana Kita Tak Berhak. Sebenarnya Allah Telah Menyediakan Yang Lebih Baik Daripada itu
OBSES You by KayDelaila
KayDelaila
  • WpView
    Reads 1,244
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 7
Marlynn Michandri yang obses pada Melayu diburu rasa menyesal bila mendapat berita kematian ayah kandungnya Mathew. Kedatangannya di Malaysia, Marlynn dikejutkan dengan hibah peninggalan Mathew buatnya. Dari situ, dia berkenalan dengan Raja Ahmad Yazid yang tegas, berkarisma dan obses pada kesempurnaan hidup. Prasangka buruk Yazid pada Marlynn buatkan hidupnya di Malaysia huru-hara. Semakin mengenali Marlynn, jiwa Yazid semakin tak keruan. Puas dididik hati supaya kebal daripada cinta pandang pertama yang tersembunyi dalam hati. Namun, rasa cinta itu bertukar menjadi obses untuk melindungi Marlynn daripada ancaman bunuh daripada musuh misteri. "Dulu saya ni obsess pada lelaki Melayu lebih-lebih lagi macam Sir tu. Macam hero novel cinta Melayu. Tapi lepas kenal Sir. Saya serik. Semuanya indah khabar dari rupa." - Marlynn Michandri. "Aku bukan obsess nak lindungi dia, Chong. Dia adalah tanggungjawab aku. Cinta hati aku." - Raja Ahmad Yazid. Kehilangan Marlynn dalam satu insiden buatkan Yazid hilang arah. Dirinya dibelenggu rasa bersalah. Puas dicari namun bayang Marlynn pun tak ditemui. Hinggalah satu hari, Yazid menerima satu berita yang mengejutkannya. "Ada perempuan pinang Zid? Siapa?" - Raja Ahmad Yazid. "Syaidina Khadijah boleh je, pinang Rasulullah. Apa salahnya saya pinang awak."- Najla Marleena. Kerana obses, banyak MISTERI di belakang kisah HIBAH SAHAM Diamond Star terbongkar satu persatu. Disebabkan obses juga, cinta Yazid terduga. Siapa akhirnya menjadi pilihan Raja Ahmad Yazid? SELFPUBLISH. PRE-ORDER akan dibuka insyaAllah Oktober 2018. Jika berminat untuk tahu kesudahannya terus je mesej saya.
Honey I'm Yours by KayDelaila
KayDelaila
  • WpView
    Reads 12,048
  • WpVote
    Votes 310
  • WpPart
    Parts 9
Mengisahkan kasih sayang seorang suami, Amirul terhadap isterinya, Zuleesha. Dia hanya inginkan yang terbaik buat Zuleesha. "Abang faham. Kita makan sepinggan ya, abang suapkan Hun." Zuleesha mengangguk tanpa suara. T-shirt Amirul ditariknya selamba untuk mengesat air matanya. Amirul tersengih lucu, tak mampu nak cakap apa dengan sikap manja Zuleesha ni. Berserah ajelah tunggu selesai seratus hari. Namun, sikap Amirul yang keterlaluan menyayangi buatkan Zuleesha rasa rimas. Nak pula lepas pertemuan semula jejaka bernama Akil Aiman yang menaruh hati pada sang isteri sebelum ini. "Maafkan abang,"kata Akil membuka bicara yang senyap antara mereka. "Maafkan abang? Kenapa?"soal Zuleesha pelik. "Kalau abang berani luahkan pada Lesha yang abang memang nak memperisterikan Lesha. Pasti semua ini tak terjadi. Pasti sekarang kita dah bahagia. Abang tak berani waktu itu. Abang tak cukup kuat untuk meluahkan rasa itu pada Lesha...hingga akhirnya abang yang melepas,"jelas Akil Aiman terus terang. "Haaaah? Maknanya...."putus bahasa di bibir Zuleesha. Mereka pernah berkongsi rasa rupanya. Namun, takdir bukan memihak pada mereka. Cintanya beralih arah pada Amirul suaminya kini. Jadi untuk apa diungkit semula kisah lama. Masing-masing sudah dengan haluan sendiri. "Iya, budak kecik." Nak tahu bagaimana kesudahannya. Jom baca cerita pendek ini.
I Hate You Tuan Putera by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 21,285
  • WpVote
    Votes 914
  • WpPart
    Parts 7
pertembungan antara putera raja dengan seorang gadis biasa ( klise kan cerita ni ... aein akan cuba buat yang terbaik untuk pembaca.)
SHE'S THE ONE by KayDelaila
KayDelaila
  • WpView
    Reads 6,035
  • WpVote
    Votes 320
  • WpPart
    Parts 11
SHE"S The One mengisahkan tentang insiden lucu ASP Nazim yang berlagak macho tanpa sedar tingkahnya buatkan Kapten. Eleeza terkejut hingga demam. Bila disedari khilaf diri, ASP Nazim ingin memohon maaf sekali gus ingin mengenal Kapten Eleeza lebih dekat lagi. Kapten Eleeza bukanlah seorang gadis sembarangan. Beliau merupakan pegawai tentera yang dipilih mewakili Malaysia dalam acara sukan memanah kebangsaan. Walaupun melalui kehidupan lasak namun beliau merupakan seorang gadis yang naif pada cinta. Ikuti perjalanan panahan memikat antara ASP Nazim dan Kapten Eleeza. Dapatkah panahan itu dimetrai dengan ikatan perkahwinan yang bersulam cinta dan bahagia? Jomm...
Terlerainya Satu Janji by AmeeraAmeer6
AmeeraAmeer6
  • WpView
    Reads 2,903
  • WpVote
    Votes 69
  • WpPart
    Parts 4
Hannah dan Ilham, permulaan kisah mereka penuh dengan pelbagai rasa. Ada marah, benci dan kasihan sebelum timbul rasa sayang. Kerana Satu Janji, cikgu Ilham berkorban demi Hannah nya. Kerana Satu Janji juga cikgu Ilham gigih mengejar cinta hatinya tetapi mampukah cikgu Ilham mempertahankan satu janji itu apabila ada janji lain yang masih Hannah pegang dan pertahankan?