Love it ♥♥♥
5 cerita
Roses & Cigarettes | Dalam Proses Penerbitan oleh aainarose
Roses & Cigarettes | Dalam Proses Penerbitan
aainarose
  • Membaca 74,570
  • Suara 5,118
  • Bagian 15
Dua kisah dipertemukan dalam sebuah cerita walau datang dari dunia yang sama tetapi lahir dari jalan cerita yang berbeza. Huluran tangan yang bersambut tatkala Rose melarikan diri dari masalah telah membuka tirai baru dalam hidupnya mengenali Tengku Alexander dan membuat pilihan untuk hidup bersama lelaki itu. Tatkala dua hati mula saling mencintai timbul pula halangan antara keluarga cuba memisahkan mereka berdua. Masih setia kah dia untuk terus bersama walau satu- persatu rahsia dan janji terpaksa dipertaruhkan. "I hate lies, Xander." Ini kisah kehidupan mereka yang hanyut bersama melayari lautan kemewahan dunia sehingga akhirnya mereka menemui tujuan hidup dan cinta yang sebenar.
Seif Hayyaz ✔ oleh CikVelvet
Seif Hayyaz ✔
CikVelvet
  • Membaca 538,518
  • Suara 17,887
  • Bagian 73
"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan niat di hatinya untuk merampas tempat di hati NurAnyz namun sudah takdir yang mengatur begitu.Seif Haffaz menghembuskan nafas terakhir di usia muda dan perkara itu sukar untuk diterima oleh NurAnyz,isterinya yang juga merupakan bekas tunang kepada arwah adiknya itu suatu ketika dulu. Walaupun sudah lama pemergian Seif Haffaz,namun cinta di hati isterinya itu masih belum terkubur buat adiknya.Jadi apa gunanya dia sebagai seorang suami jika dia dianggap seperti orang asing di dalam rumah itu. Kebencian NurAnyz terhadap dirinya semakin bertambah apabila dia dituduh menjadi punca kematian Seif Haffaz. "Awak jangan nak tunjuk baik depan saya boleh tak? Kalau bukan sebab awak,Haffaz takkan mati!" - NurAnyz "Kenapa tak buka tudung? Bukan ada sesiapa pun dalam rumah ni?" - Seif Hayyaz "Awak ada,sebab tu lah saya pakai" -NurAnyz Siapalah dia untuk mengubah hati manusia,dia tak boleh nak paksa isterinya untuk jatuh cinta terhadapnya.Jadi dia perlu bersabar dan terus bersabar.Tapi sejauh mana kesabarannya boleh ditahan? Mampukah dia untuk menjaga amanah dari arwah adiknya untuk menjaga NurAnyz?
Dahlia Mikail oleh yurafwr
Dahlia Mikail
yurafwr
  • Membaca 12,874,707
  • Suara 554,469
  • Bagian 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
Bukan Untuk Dimiliki oleh appleflakes
Bukan Untuk Dimiliki
appleflakes
  • Membaca 4,291,725
  • Suara 251,825
  • Bagian 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Love In Silent ✔ oleh CikVelvet
Love In Silent ✔
CikVelvet
  • Membaca 1,621,684
  • Suara 60,080
  • Bagian 56
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah perkara yang paling sukar untuk dia percaya.Jatuh cinta? Hm,entah macam manalah perasaan tu.Dia sendiri tak pernah jatuh cinta atau hadir rasa suka dalam dirinya terhadap lelaki.Berumah tangga? Lagilah nun jauh di sana.Usah kata nak kahwin,malah bercinta pun belum pernah ada perkataan itu dalam kamus hidupnya.Sebagai seorang pelajar perubatan,kehidupannya sudah cukup sibuk dengan pelajaran dan kerja part time nya sehingga tiada masa untuk dia memikirkan soal cinta.Ya,never! Lain pulak bagi seorang lelaki,Riyadh Nadif.Dia seorang yang kuat keazaman dan akan mempertahankan cintanya walau apa jua yang berlaku,sesuailah dengan kerjanya.Tapi malangnya,belum ada mana-mana gadis yang dapat membuatkan dia berjuang demi cinta.Puas dia cari,tapi tetap tidak jumpa.Mungkin kerana pekerjaannya sekarang ini yang membatutkan impiannya untuk berjuang demi cinta sejati. Takdir telah disusun buat mereka.Demi tanggungjawab,Riyadh bertekad untuk mengahwini gadis itu. tanpa rasa cinta dalam dirinya. "Kalau macam tu,lets get married" -Riyadh Nadif Bagi Aurell,lamaran lelaki itu tidak kena tempat dan masa serta tak masuk akal! Dia sama sekali tidak mencintai lelaki itu.Namun kerana memikirkan dirinya,dia terpaksa juga bersetuju. "Saya tak cintakan awak tapi saya ikhlas mengahwini awak.Saya masih akan anggap awak sebagai isteri saya dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami awak.Melainkan nafkah batin.." - Riyadh Nadif Tapi setelah berkahwin,Aurell baru sedar yang banyak rahsia yang disimpan oleh suaminya. "Kenapa ya? Saya isteri awak tapi banyak perkara saya tak tahu pasal awak.Awak kerja apa sebenarnya? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? " - Aurell Latisha