Best Wattpad Book
6 stories
Jangan Baca Cerita Ini! by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 453,601
  • WpVote
    Votes 25,054
  • WpPart
    Parts 89
Terima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, makhluk halus, jin, syaitan dan seumpama dengannya. Dari #46 onwards Cerita-cerita seram rekaan author berkaitan dengan alam misteri or angker. Ada cerita, ada perkongsian ilmu, dan segala jenis cara yang boleh aku sampaikan supaya malam korang akan dihantui oleh hantu-hantu ni. Dan kalau ada cerita berdasarkan kisah benar, aku akan mention awal-awal. Kalau aku tak mention maksudnya tu cerita rekaan lah ye. Mungkin cerita-cerita yang diceritakan di dalam ini tak seram, tetapi percayalah kalau kau sendiri yang mengalami situasi tu di dunia nyata, baru kau tahu apa tu definisi sebenar seram. Selamat membaca. Moga hidup kita dijauhkan dari gangguan makhluk yang sering mahu menggoda, menyesatkan malah nak berkawan dengan kita. Hahaha Akan diupdate setiap kali ada cerita. InsyaAllah.
Hati-Hati by Unioncaliph
Unioncaliph
  • WpView
    Reads 229,819
  • WpVote
    Votes 13,403
  • WpPart
    Parts 78
Siapa sangka permainan suka-suka kita di sekolah bertukar menjadi tragedi yang tidak dapat dilupakan seumur hidup. "Aku dah cakap jangan main-main dengan 'dia' !"
HYAKU MONOGATARI by ArilNajmi
ArilNajmi
  • WpView
    Reads 42,143
  • WpVote
    Votes 2,992
  • WpPart
    Parts 25
"Maksud nama tu adalah '100 Kisah Tentang Hantu'. Setiap seorang yang telah habis menceritakan kisah hantunya akan memadam satu lilin. Begitu juga seterusnya. Dan jika cukup 100 lilin sudah dipadamkan, keadaan akan jadi gelap dan mereka percaya bahawa sesuatu yang menakutkan akan berlaku." Berjela Sabrina memberi penerangan. "Err Sab. Tak bahaya ke kita main game ni? You ada kata tadikan kalau habis semua lilin, sesuatu yang menakutkan akan muncul kan?" Anna masih kelihatan sangsi. "Tak payah takut. Itu kalau cukup 100 lilin dimatikan. Tapi sekarang ini kita cuma ada 5 lilin sahaja. Rasanya takkan jadi apa-apa kot." Tenang Sabrina menjawab. Pabila lilin ditiup, Kisah akan bermula...
RUNNING ZOMBIE 2 by shafeeerah
shafeeerah
  • WpView
    Reads 30,243
  • WpVote
    Votes 2,057
  • WpPart
    Parts 23
Antara apa yang kau cinta dan yang kau mahu lindungi,mana satu kau pilih? :)
RUNNING ZOMBIE by shafeeerah
shafeeerah
  • WpView
    Reads 49,615
  • WpVote
    Votes 3,486
  • WpPart
    Parts 25
Skuad Running ditubuhkan untuk selamatkan manusia dari ancaman Zombie Tapi tiada siapa cakap mereka selamat dari ancaman manusia. :)
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 109,420
  • WpVote
    Votes 5,057
  • WpPart
    Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)