_nhmi_'s Reading List
2 stories
Hari ini, Esok dan Selamanya [COMPLETE] by NourZefe
NourZefe
  • WpView
    Reads 20,147
  • WpVote
    Votes 1,300
  • WpPart
    Parts 43
Aira Akasyah jalani hidup yang cukup bahagia. Namun semuanya berubah selepas dia disahkan kanser. Tiada banyak masa lagi untuknya. Dengan itu, dia ambil keputusan untuk penuhi impiannya dengan membeli sebuah apartment yang terletak di sebalik gunung. Aira sangka dia boleh menghabiskan sisa hidupnya di situ dengan tenang. Malangnya tidak bila jiran di hadapan rumahnya tiba-tiba mengetuk pintu dan menghalaunya keluar. Lelaki itu sangat biadap membuatkan Aira sangat membencinya. Rizq Akasyah jalani hidup yang sangat sunyi dan damai sehinggalah muncul jiran baru tinggal di hadapan rumahnya. Di mana itu sangat mengganggu ketenteraman. Kerana Rizq bencikan bunyi. Dia dikurniakan deria pendengaran yang teramat kuat. Rizq mampu mendengar apa-apa sahaja. Itu adalah kuasa bagi orang lain, tapi tidak bagi Rizq, itu adalah sumpahan. Suara orang bercakap pun boleh buatkan gegendang telinganya mahu pecah. Oleh itu dia selalu memakai headphone di telinganya. Berjumpa dengan Aira buatkan dia alami sesuatu yang tak pernah dijangka. Dia tak dapat dengar suara Aira melainkan dia buka headphone itu. Hanya suara dia sahaja yang kedengaran normal. Buat pertama kali dia boleh berhadapan dengan seseorang tanpa menyakitkan telinganya. Dan itu meninggalkan sesuatu dalam hati Rizq.
Srikandi Islam by SrikandiBonda
SrikandiBonda
  • WpView
    Reads 41,065
  • WpVote
    Votes 1,630
  • WpPart
    Parts 13
Penulisan ini hanyalah antara usaha kecil untuk mengembalikan rasa cinta generasi Islam kepada para sahabat Nabi SAW. Disebabkan kaum Muslimin lebih banyak mengetahui mengenai kisah para sahabat lelaki berbanding sahabat wanita. Nama-nama Khulafa' ar-Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali) lebih mesra pada pendengaran mereka berbanding nama Khaulah al-Azwar, Nailah, Zinnirah dan lain-lain. Ketika berbicara mengenai sahabat wanita, nama yang muncul dalam fikiran kita hanya nama Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad atau Aisya binti Abu Bakar. Penulisan ini dengan usaha merungkai kisah para sahabat wanita yang tercicir berserakan dalam pelbagai buku dan menyatukannya dalam satu himpunan supaya mudah difahami dan diketahui.