RARAMU
MrsAnn0611
- LECTURAS 821
- Votos 42
- Partes 6
Sinopsis:
Dia tidak pernah puas dengan petualang sepanjang hayatnya. Kekurangan diri menjadikan dia sanggup menjadi pengikut syaitan demi kepuasan. Banjaran Crocker, bumi Allah yang tercipta dengan pelbagai keindahan namun ada tempat tersembunyi yang tidak pernah dijelajahi manusia di alam luas itu, dijadikan dunia alam lain. Ada penghuni tanpa jiwa yang mencari mangsa untuk menyempurnakan amalan ilmu hitam . Mencari manusia yang lemah imannya, dijadikan hamba pemuas nafsunya.
Lynn sering bermimpi pelik malah sangat seram membuatkan tidurnya tidak pernah tenang sehingga terpaksa meninggalkan tanah kelahirannya. Hidup Lynn mulai aman. Namun, mimpi aneh itu sudah terlanjur membuatkan Lynn trauma hendak balik ke tanah kelahirannya.
Anastasia, anak gadis Lynn, sangat teruja mahu mengunjungi tanah kelahiran ibu bapanya. Anastasia merancang percutian bersama rakan-rakannya. Diajak ibu bapanya bercuti bersama-sama.
Sungguh aneh, mimpi pelik dan seram mulai mengincar tidur Lynn sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi asal usulnya. Apakah misteri di sebalik mimpi Lynn yang sangat aneh? Mengapakah keluarganya menjadi sasaran? Siapakah sebenarnya yang cuba mahu mengancam keluarganya?