Afzza_fanz's Reading List
18 stories
Soulmate Forever  by sis4na
sis4na
  • WpView
    Reads 4,555,754
  • WpVote
    Votes 244,433
  • WpPart
    Parts 45
Sambungan KPVST ! Btw, korang digalakkan baca KETUA PENGAWAS VS TUNANG dahulu sebelum membaca novel ini ! Bagi hadam dan fahami jalan cerita dulu yeee . Yeyyy happy reading gaiss ❤🍭 Ranks #48Romance [4Jan'17] #35Romance[14Jan'17] #31Romance[16Jan'17] #26Romance[18Jan'17] #20Romance[21Jan'17] #10Romance[30Jan'17] #8Romance[1Feb'17] #6Romance[3Feb'17] #3ROMANCE[3MAC'17]💕
JACKS by dominisa143
dominisa143
  • WpView
    Reads 2,191
  • WpVote
    Votes 64
  • WpPart
    Parts 4
Belum sempat bergelar isteri kepada Dani Riqfi saat lafaz akad nikah diucap, Irdina Awfa dipaksa kahwin dengan bakal abang iparnya sendiri. Irdina meroyan tidak mahu berkahwin dengan orang lain kerana baginya simbolik cintanya hanya untuk Dani. Demi adik tersayang Rayyan merelakan walaupun tiada rasa cinta yang tercalit di hatinya. Sebaik sah menjadi isteri Rayyan, Irdina ibarat telah digantung tidak bertali. Diabaikan oleh suami sendiri membuat dia semakin terseksa untuk hidup di sisi lelaki yang berwajah singa jantan datang bulan itu. "Kau dengar sini. Perkahwinan kita dibina atas dasar amanat adik aku, bukan kerana cinta." Danyyal Rayyan. Kewujudan sebuah dairi berwarna hitam pada hari lahir yang dikongsi bersama, membuatkan hati Rayyan semakin benci kepada isterinya. Segala catatan dan luahan hati arwah Dani terhadap dina telah membuka mata hatinya untuk membalas dendam kepada gadis itu. Pelbagai cara dilakukan untuk memikat isterinya sehingga saat dia sendiri tersungkur di kaki gadis itu. Dia telah jatuh cinta pada gadis jacks adiknya sendiri. "Kenapa abang berubah sikap tiba-tiba ni? Abang tak malu ke mengaku yang Dina ni isteri abang?"- Irdina Awfa Kewujudan Faiz Daniel abang sepupunya yang menyimpan cinta terhadap Irdina sejak kecil menjadi punca api cemburu di hati Rayyan cuba menyatukan mereka kembali. "Dina pernah tak terfikir... Kenapa perlu wujudnya watak hero kedua dalam sesebuah percintaan?" "...Watak hero kedua wujud dalam sesebuah percintaan bukan semata-mata mahu memusnahkan perhubungan hero dan heroin tahu! Tapi untuk mengeratkan lagi perhubungan mereka."
Cinta Hati Sayang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 68,731
  • WpVote
    Votes 1,380
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Cinta Hati Sayang Penulis: Hairynn Salehuddin Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-74-6 Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Disember 2015 KAPSYEN Dendam dan cinta saling bersaing. Akhirnya hanya satu yang terpilih. CARL ZARIF... Hatinya begitu terusik setiap kali melihat penderitaan adiknya, Carl Naim. Dia perlu menuntut bela atas penderitaan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan darah dagingnya merana tanpa pembelaan. Dia pasti akan lunaskan dendamnya itu. Pasti! LARA ALINA... Tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya selain Sofea Yasmin. Anak kecil yang dijaga sejak kecil lagi sehingga terpaksa mengorbankan pengajiannya. Tiada perasaan benci kepada Hana Kamila kerana meninggalkan anak kecil ini. Dan hidupnya penuh dengan kasih sayang. Tanpa diduga, ada kisah di sebalik kematian Hana Kamila. Ada hubungan yang masih terjalin dan belum terputus. Atas sebab itu Lara Alina akur dan berkongsi kasih membesarkan Sofea bersama insan yang masih menyayangi dan sanggup menerimanya. "Papa dan mama mahu mereka jadi sebahagian daripada keluarga kita." ~ Tan Sri Roslan Permintaan Tan Sri Roslan itu tidak dapat diterima oleh Carl Zarif. Biarpun seluruh keluarganya dapat menerima kehadiran mereka berdua, tetapi tidak bagi Zarif. Walaupun Hana Kamila sudah tiada, perasaan dendam tersebut kini beralih pula kepada Lara Alina. "Aku tak dapat kau, aku akan buat adik kau pula merana. Bersiap sedialah Lara Alina!" ~ Carl Zarif
Cik Cinderella Dan Encik Tengku (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 72,577
  • WpVote
    Votes 1,242
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Cik Cinderella dan Encik Tengku Penulis: Airisz Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-71-0 Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak) Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam! Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf. Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Love Riddles by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 22,868
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Love Riddles Penulis: Misztyra Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-46-4 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perhatian seseorang yang sering melihatnya dari jauh. Dia tidak pernah menyangka bahawa kehadiran lelaki bertopi itu di dalam hidupnya akan membuatkan cik hatinya berdegup kencang. Saat dirinya basah ditimpa hujan, jejaka misteri itu payungkan, saat dirinya kebasahan, jaket lelaki itu disarung ke badannya yang dingin. Naural tak nafikan yang dia mula menyukai jejaka yang sering melindungi dirinya dari jauh itu. Namun saat cinta dihulur kepadanya, Naural seperti kaku. “Sudi awak jadi kekasih saya?” “Tapi semua ni macam awal lagi. Kita pun baru kenal, kan?” Jejaka bertopi terus menghilang selepas itu. Naural cuba menjejaki ke bilik piano yang pernah dia dan jejaka bertopi kunjungi bersama, tetapi apa yang dia jumpa hanyalah... bilik yang berdebu dan kotor! Adakah dia hanya bermimpi selama ini?
Isteri Untuk Disewa by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 122,392
  • WpVote
    Votes 1,305
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Isteri Untuk Disewa Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-60-4 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Anda mempunyai masalah dalam perhubungan? Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda? Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia? Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya... Orang untuk disewa! Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876. Anytime, Anywhere... I’ll be there. Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat. “Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan. “Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO. “Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik. “Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup. Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?
Jodoh Itu Milik Kita by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 9,402
  • WpVote
    Votes 228
  • WpPart
    Parts 1
"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kit a akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…" SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq. "Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" – Dahlia "Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial "Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!" – Syafiq Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri? Judul : Jodoh Itu Milik Kita Penulis : Sara Aisha Penerbit : KaryaSeni Semenanjung : RM26 Sabah/Sarawak : RM29 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 270,362
  • WpVote
    Votes 4,689
  • WpPart
    Parts 15
Judul : Tuan Anas Mikael Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : Penulisan2u Semenanjung : RM25 Sabah/Sarawak : RM28 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Bila Terlajak Sayang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 70,843
  • WpVote
    Votes 1,079
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Bila Terlajak Sayang Penulis: Umie Nadzimah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-96-3 Harga: RM24(Semenanjung) // RM27(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Sambungan novel & drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN, Dapatkan lebih awal di PWTC, Kuala Lumpur dan Sungai Petani, kedah, terbitan bulan Mei BILA TERLAJAK SAYANG - Umie Nadzimah INDAH HALINA dan TAJUL RAZIN... Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya... Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi. “Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang.” - TAJUL RAZIN “Yalah tu... Tipu jaga!” - INDAH HALINA Adat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini... Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 317,545
  • WpVote
    Votes 7,065
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.