ehvacabby's Reading List
5 stories
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,299,739
  • WpVote
    Votes 100,610
  • WpPart
    Parts 55
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka saling terikat. Daripada perkenalan yang singkat itu mulai hadir bunga-bunga cinta di dalam hati Hawa dan Muhammad tanpa mereka sedari. Adam. Dia... Lelaki yang amat tergila-gilakan gadis itu sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu sahaja cara yang mampu untuk dia mengikat Hawa dengannya. Kerana, tiada lelaki lain yang mampu menerima Hawa seadanya, melainkan dirinya sahaja. "Adam hanya tercipta untuk Hawa." Hanya kerana satu malam... Mengubah jalan cerita ini kepada Kekasih Bayangan. . . . "Bidadariku, Hawa Arlani..." "Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu." start : 13 October 2020 end : 17 June 2021
My Precious Baby by cuddlyfairy
cuddlyfairy
  • WpView
    Reads 391,676
  • WpVote
    Votes 7,347
  • WpPart
    Parts 23
Tengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun Tengku Farisya tidak pulang. Memandangkan lagi Tengku Farisya sudah tamat pengajiannya mengambil Phd dalam bidang perniagaan. Kepulangan Tengku Farisya juga bersebab. Beberapa hari Tengku Farisya berada di Malaysia, berlaku kejadian membuatkan Tengku Farisya bertemu dengan Tengku Nizam Hakimi, si buaya darat. Sejak kejadian itu, mereka berdua asyik dipertemukan dan berlaku perselisihan faham. Tidak disangka orang tua mereka berhasrat untuk menjodohkan mereka berdua. Kedua-duanya tidak mengetahui siapakah pasangan mereka. Penyatuan dua hati berlaku tanpa kerelaan masing-masing. Semuanya kerana terpaksa. Tetapi rasa sayang mulai timbul dalam hati Tengku Nizam untuk Tengku Farisya. Tetapi ada satu perkara yang dia belum tahu mengenai Tengku Farisya yang sebenar-benarnya. "Get the fuck out of my life!" - Tengku Farisya Apakah yang terjadi apabila Tengku Farisya yang merupakan seorang yang panas baran, degil dan bengis itu berurusan dengan Tengku Nizam seorang lelaki yang sombong, angkuh, pemarah tetapi romantik itu? Siapakah Tengku Farisya yang sebenarnya? Apakah yang akan berlaku kepada rumahtangga mereka? "I love you, my precious baby." - Tengku Nizam
S A R A H ✔ by ZacharyMatthewBackup
ZacharyMatthewBackup
  • WpView
    Reads 1,078,717
  • WpVote
    Votes 19,872
  • WpPart
    Parts 42
Mula: 20/11/2018 Tamat: 11/01/2019 Sarah Benjamin di usia 16 tahun terpaksa membatalkan niatnya untuk menyambung belajar. Dalam sekelip mata dia kehilangan semua ahli keluarganya dalam kebakaran rumah. Dalam usia yang muda, dia terpaksa berdikari untuk mencari duit. Oleh kerana tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, agak sukar bagi dia untuk mencari kerja. Satu hari dia ditawar menjadi gadis pemuas nafsu di usia 18 tahun. Dia terima tawaran kerja itu. Dia menjadi gadis pemuas nafsu VIP. Di usia 19 tahun dia dibeli oleh seorang mafia. Dengan kuasa yang ada pada mafia itu dia tekad untuk mencari pembunuh keluarganya. Dapatkah dia mencari pembunuh itu?
Cerita Aku & Dia by dearnura
dearnura
  • WpView
    Reads 10,708
  • WpVote
    Votes 199
  • WpPart
    Parts 2
Pertemuan tanpa di sengajakan di rumah banglo milik Hafiz Rayyan dan Medina Melisaa; anak orang gaji, telah membuahkan perasaan yang menjengkelkan dalam hati Hafiz Rayyan. Namun, lain pula Medina Melissa. Dari mata turun ke hati, telah mula bercambah perasaan sayang dalam dirinya, namun mampukah dia luahkan? Sejauh manakah cinta yang disembunyikan Medina Melissa akan diketahui Hafiz Rayyan yang keras kepala dan tinggi egonya itu?
My Sewel Guy by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 76,627
  • WpVote
    Votes 1,804
  • WpPart
    Parts 15
Novel Terbaru November Tajuk: My Sewel Guy Penulis: Aimy Haniya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-69-2 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.karyaseni.my / Aplikasi Karyaseni “Sewel bukan halangan untuk aku merasai manisnya cinta kita…” Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan… Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil. “Awak sengaja nak kacau saya ke?” - Nur Dahlia “Aku ada kacau kau ke? Aku rasa… Aku tak ada sentuh kau langsung.” – Nasri Haikal “Bukan kacau yang itu…” - Nur Dahlia “Habis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?” - Nasri Haikal Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya. “Baru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?” - Nur Dahlia “Okeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?” - Nasri Haikal “Letak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.” - Nur Dahlia “Itu kan telefon aku.” - Nasri Haikal Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu. Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat, Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.