syok !!
7 stories
TUAN KING✔️ [ C ] by MissDheo
MissDheo
  • WpView
    Reads 1,443,002
  • WpVote
    Votes 52,348
  • WpPart
    Parts 35
"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titik hitam dalam hidup Nor Alisya Humaira bermula setelah dia kehilangan insan yang selama ini menjadi tulang belakang serta pelindung keluarganya. Beban masalah yang ditinggalkan oleh abahnya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga telah mengeruhkan lagi keadaan hidup mereka. Tapi masalah itu juga yang menemukan dirinya dengan Darren Arfan, lelaki yang hidup dalam dunia gelap itu. __________ "Suka hati sayalah nak duduk makan dekat mana pun! Awak tu bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Bukannya sedara saya, bukannya abang saya, jauh sekali suami saya!" - Nor Alisya Humaira "Kau jangan sampai aku hilang sabar dengan kau budak! I said, sit here!" - Darren Arfan Kehadiran seorang gadis yang kuat memberontak dalam hidup Darren Arfan menggugat ego lelakinya sebagai lelaki dingin! Beku! Jahat! Bagaimanakah pengakhiran sejarah malang hidup Nor Alisya Humaira? Mampukah dia keluar daripada genggaman lelaki kejam baran itu? Dan bagaimana pula dia boleh berada dalam genggaman lelaki itu?!Dunia gelap mana yang dimaksudkan itu? Kalau nak tahu sila baca. Sorry kalau tak beyond your expectations. Ini cubaan pertama saya untuk menulis novel. Hasil idea saya dan 2 orang kawan saya! Happy reading!
Mr Devil, Mr Hero by AnnaSANBA
AnnaSANBA
  • WpView
    Reads 6,412,399
  • WpVote
    Votes 192,200
  • WpPart
    Parts 76
"Awak, saya nak balik.." rengek Sophia. Adam tersenyum sinis. "No. Kau akan tinggal sini. Selama-lamanya," sejurus itu pintu bilik di hempas kuat lalu di kunci dari luar. Sophia dengan panik berlari menuju ke pintu. "Awak! Buka pintu! Saya nak keluar awak! Open the door! Ayah! Keluarkan Sophia dari sini!" Namun tiada siapa yang membukakan pintu. Akhirnya Sophia pasrah, dia bersandar di pintu dan dengan perlahan dia duduk. Dia masih menangis, wajahnya di tutup dengan kedua tapak tangannya. Dia kecewa dengan Encik Husain kerana menjualnya kepada lelaki yang tidak dikenalinya langsung. Lelaki yang akan merubah hidupnya!
Suami Stranger by seramsjks
seramsjks
  • WpView
    Reads 984,738
  • WpVote
    Votes 29,263
  • WpPart
    Parts 51
Kalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau. - Zafran Jika cinta itu sebenarnya satu pembohongan aku pasti sudah mengalah sejak dulu lagi. - Zafril First update : 5.11.2015 Attention❗❗❗ ∆ If you're reading this story until 2020, comment "#StayWithZafranAndBella" ∆ Also don't forget to comment "#Roadto1M" THANK YOU, LOVE 💛
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,761,004
  • WpVote
    Votes 139,895
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Biarku pergi jauh by Greenfolks
Greenfolks
  • WpView
    Reads 1,803,904
  • WpVote
    Votes 35,658
  • WpPart
    Parts 66
Kahwin kerana dijodohkan, bukan kerana kerelaan hati. Aku cuba menerima dirinya sebagai suami tetapi belum cukup setahun perkahwinan kami dia sudah menunjukkan belang. Aku ingatkan dia sudah berubah tetapi hampa. Sudah banyak kali dia meminta peluang. Aku masih boleh bersabar dengan sikapnya sehingga aku difitnah. Yang lebih menghancurkan hatiku adalah apabila dia sendiri yang tidak mempercayaiku. Aku membuat keputusan untuk melarikan diri darinya. Aku lebih rela pergi jauh daripada tiada siapa yang percayakan diriku. Siapakah yang memfitnahku? Sehingga bilakah aku melarikan diri? Dan bagaimanakah hubunganku dengan suamiku? Jatuh perceraiankah? Credit to @tuliphire untuk cover buku ni😍 Greenfolks ✌
Encik Sweet Talker ! √ by heartsheets
heartsheets
  • WpView
    Reads 1,912,340
  • WpVote
    Votes 85,301
  • WpPart
    Parts 43
Feeya. Gadis yang kematian tunangnya. Sayangnya terhadap si mati umpama infiniti. Akhirnya dia terpaksa bernikah dengan seorang lelaki bernama Ryan. Pendek cerita Ryan ni tak suka Feeya, Feeya tak suka Ryan. Lol cliche kan ? Dalam keretakan rumah tangga, Feeya menerima dugaan berat iaitu kematian seluruh keluarganya dalam kebakaran kerana dendam. Macam novel lain, akhir cerita mereka bersama juga. Tapi jalan cerita ini bukan biasa-biasa. Saya tak cakap. Jari yang taip hiks. Baca sampai pengakhiran tau. Sincerely, Your fav author and forever will be.
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,687,820
  • WpVote
    Votes 178,939
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?