Thriller
5 stories
Pembantu Dari Neraka by NoorfadzillahOmar
NoorfadzillahOmar
  • WpView
    Reads 2,730
  • WpVote
    Votes 74
  • WpPart
    Parts 6
Bila iblis terlepas dari neraka menjadi tunggangan manusia maka tiada kata lain yang mampu menjadi sempadan. Perjuangan Suraya sekembali dari tamatnya pengajian di Hospital Istanbul. Memiliki pancaindera ke enam. Sejak kecil menyedari kelebihan diri melihat sesuatu yang menyeramkan. Darus Syifa menjadi simbol impian demi berbakti kepada kampung halaman di sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan. Bila mana Doktor Tengku Amir, berpengalaman dalam ilmu perubatan. Sangat komited dalam kerjayanya sebagai doktor pakar Nefrologi. Baginya sains teknologi adalah segala-galanya. Persetanlah dengan perubatan alternatif yang membawa kanser kepada dunia perubatan semakin menjerat mangsa. Tok Pawang Itam kembali dari Kalimantan membawa sesuatu yang berpuaka. Semenjak dia membela apa yang ada di dalam guci itu, Kampung Long Nira dan sekitarnya tidak lagi aman damai. Suraya dan Doktor Tengku Amir dua insan yang kembalinya bertemu sering bertentangan pendapat dalam erti kata ilmu perubatan berasaskan As Syifa dan sains teknologi. Sehinggalah keduanya terlibat dalam satu pertembungan masalah berhadapan dengan sesuatu yang mistik dan syirik di Kampung Long Nira, Sabah. Lalu, apa benda yang dibela Tok Pawang Itam?
ROS - sebuah novel Naufal Azize by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 123,722
  • WpVote
    Votes 2,699
  • WpPart
    Parts 22
Hari demi hari, ejen khas, Zariqa sibuk ke sana sini menyiasat kes pembunuhan bersiri. Makin hari, mangsa di kalangan gologan korporat kian bertambah. Kini giliran Jo pula - dia yang baru pulang daripada kota London dikejutkan dengan kematian seluruh ahli keluarganya. Rumahnya habis dibakar – hangus segala isi. Persoalannya, Jo bukanlah daripada gologan korporat, mengapakah dia diburu? Bunga ros merah berserta darah setiap yang mati mungkin ada jawapannya.
AMMO - sebuah novel M. Cairol Yakup by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 93,706
  • WpVote
    Votes 1,967
  • WpPart
    Parts 19
Lima personaliti yang dengan lima latar belakang yang berbeza. Namun mereka semua kawan baik; hidup bersama sebumbung selama hampir dua tahun. Konflik bermula dari Rita yang ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah. Persahabatan mereka teruji sejak itu. Fiet jadi gila, dengan merancang sebuah jenayah berat; pembunuhan, menjadikan Leman hilang pertimbangan. Qidran juga sama. Mereka bertiga sepakat untuk membunuh seseorang dan Cloud jadi mangsa. Mereka semua diibaratkan seperti lima biji peluru untuk Ruger 357 Magnum Revolver; siap sedia untuk amaran, pertahanan diri, melindungi yang tidak berdosa, menyerang mangsa dan membunuh tanpa belas kasihan.
Sumpah Sundal Sutinah by dhieyaAdlynna
dhieyaAdlynna
  • WpView
    Reads 134,003
  • WpVote
    Votes 6,631
  • WpPart
    Parts 24
"Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" BLURB - (buat pertama kalinya penulis tepek blurb. Sebelum ni tanpa blurb, tapi kalian tetap gigih tunggu tiap bab. Terharu!!!) "Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" Setiap warga Hospital Prima tahu sebaris nama ini. Kisahnya, sentiasa diceritakan dari satu mulut ke mulut lain. Kononnya Sutinah sudah menghantui Hospital Prima sejak 20 tahun dulu. Sehinggalah mereka semua dikejutkan dengan kejadian pelik. Seorang demi seorang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Lebih mencurigakan, apabila pihak pentadbiran menyembunyikan punca sebenar kejadian itu sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan warga Hospital Prima. Nabila seorang jururawat di hospital itu mula merungkai kejadian ngeri di sebalik gangguan Sutinah. Apa sebenarnya sedang berlaku? Benarkah ia ada kaitan dengan Sutinah? Ataupun, mungkin juga Hospital Prima sudah terkena sumpah sundal Sutinah. "Kau beruntung, sebab tak perlu nampak benda tak sepatutnya." ~ Bunga "Tapi... tetap nampak kerusi malas yang tiba-tiba sahaja bergerak sendiri. Saya rasa... itu lagi seram..." ~ Nabila "Aku bukan apa Bella. Aku takut... aku takut! Kalau-kalau nanti aku pula yang akan menjadi mangsa seterusnya..." ~ Tina *Bab Akhir untuk siaran wattpad sudah ada. InsyaALLAH, kalau ada rezeki akan ada versi cetak #sumpahSutinah. Sama-sama doakannya ya. Terima kasih juta-juta lemon pada korang yang sentiasa ikuti citer ini. Segala kekurangan itu semua datang dari saya. Mohon maaf andai ada tersalah kata sepanjang bersiaran di sini.