will read once complete
110 stories
CASANOVA LOVE by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 46,564
  • WpVote
    Votes 5,312
  • WpPart
    Parts 23
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END:
JODOH KITA  by nsyafaz_
nsyafaz_
  • WpView
    Reads 31,948
  • WpVote
    Votes 2,356
  • WpPart
    Parts 62
Sebuah kisah ringkas berkisahkan Hud dan Dania yang dipertemukan dengan kejadian yang tidak disangka dan hati mula terpaut dengan satu perasaan dinamakan cinta. "Jodoh kita memang sudah tertulis bersama." Start : 21/7/2023 End :
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 258,143
  • WpVote
    Votes 9,765
  • WpPart
    Parts 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
[HIATUS] SECOND GLANCE LOVE by bintangwrites
bintangwrites
  • WpView
    Reads 21,512
  • WpVote
    Votes 1,335
  • WpPart
    Parts 28
UNTUK PEMBACA MATANG! *** SPIN OFF FROM THE PLAYBOY [STAND ALONE SERIES BUT YOU CAN READ THE PLAYBOY FIRST IF YOU WANT] *** Raden Thaqif, seorang lelaki berkulit hitam manis namun memiliki wajah yang tampan. Disukai dan disenangi oleh orang tua-tua di kampung kerana hatinya yang mulia dan bicara yang penuh dengan kesopanan. Tidak kurang juga dengan para anak gadis. Membesar di kampung dan hanya bekerja sebagai penjaga kebun dan ternakan di kandang memandangkan itu merupakan harta sepeninggalan arwah bapanya selepas meninggal di dalam kemalangan jalan raya. Dhia Humaira, kejelitaan yang dimiliki membuatkan dia menjadi idaman para lelaki namun sayang sifat yang dimiliki tidak mencerminkan kecantikan yang dimiliki. Mulutnya langsung tidak berlapik, jika dia tidak suka, dia akan mengatakan dia tidak suka. Jika dia marah, dia akan sembur begitu sahaja tanpa menghiraukan hati insan yang mendengarnya. Namun, Thaqif masih mencintainya meski begitu. Tidak peduli berapa kali Dhia menghalaunya, menghinanya, Thaqif masih setia berada di sisi, seolah-olah lelaki itu tidak memiliki perasaan. Bagi Thaqif, Dhia adalah cinta pertamanya. Bagi Dhia, cinta Thaqif menjijikkan kerana pertalian hubungan sepupu yang dimiliki oleh mereka. Dek kerana sikap Dhia yang dianggap 'tidak matang' oleh keluarga, gadis itu dipaksa menerima perkahwinan yang diaturkan bersama dengan Thaqif. Kerana bagi keluarganya, Thaqif bisa membantu mengubah sang adik. Dhia memberontak, dia benci. Dia tidak suka diatur! Di tambah lagi, dia memiliki Hud Iskandar sebagai kekasih hatinya. Satu rancangan diatur. Rancangan yang akan mengubah segala-galanya, takdir yang dimiliki di antara dirinya dan Thaqif. *** Start: 1 Jun 2025 End: [Akan diupdate setiap kali waktu lapang]
BUKAN SEORANG PUTERI | COMPLETE by Qeyraawr
Qeyraawr
  • WpView
    Reads 16,746
  • WpVote
    Votes 781
  • WpPart
    Parts 42
[SPIN-OFF KALAU SUDAH TERTAKDIR] SARA EDLINA × HAREZ ZAYYAN Betul kata orang, mungkin kita akan terlihat jahat di kisah orang lain. Kerana kehadirannya hanya untuk mengindahkan jalan cerita tanpa mengetahui di sebalik saat getir yang dilalui wataknya. Dan kali ini, kisah tragis antara dua insan ini mula membuka tirai.
Nufa's Guardian Angel (C) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 70,680
  • WpVote
    Votes 6,358
  • WpPart
    Parts 66
Known as ELMO NAZARI Jatuh cinta dengan abang ipar sendiri? Berangan-angan menggantikan tempat arwah kakaknya, Kannika Natcha yang sudah meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Tetapi, tidak salahkan untuk dia mencuba nasib? KHAIRA NUFA, gadis polos yang tinggal bersama abang iparnya sejak kepergian kakak tercinta. Empat tahun berada dalam jagaan Elmo, hati Nufa terdetik rasa cinta. Namun dia tahu, Elmo masih belum melupakan Kannika. Elmo masih hidup dalam bayang-bayang arwah isterinya. Dan, ELMO NAZARI sudah berubah. Cerianya hilang. Digantikan dengan sikap dingin tanpa senyuman. Dalam masa yang sama, kehadiran Nufa dalam hidupnya mengubati rindu yang semakin menggebu terhadap arwah isterinya. Memandangkan wajah Nufa ada iras-iras Kannika. "Ada satu rahsia besar yang kau perlu tahu..." - UNKNOWN Kejutan demi kejutan diterima Elmo dan juga Nufa. Dan akhirnya, Elmo terpaksa membuat pilihan. Kembali kehilangan cinta sejati ataupun mempertahankan cinta sejatinya. "Nufa takkan susahkan abang. Nufa boleh hidup sendiri, berdikari.." - KHAIRA NUFA "Awak boleh ke hidup tanpa saya, Nufa?" - ELMO NAZARI Antara masa lalu dan masa depan, yang mana satukah menjadi pemenangnya? *No plagiat allowed!!! © flwershaee, 2025
MY DARLING DARLINA by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 389,716
  • WpVote
    Votes 5,546
  • WpPart
    Parts 11
Kehilangan penglihatan membuatkan dunia Hendriyan tenggelam dalam sunyi yang menyesakkan. Setiap hari terasa seperti berjalan tanpa arah, tanpa harapan. Senyuman yang dulunya mudah terukir kini hilang bersama cahaya hidupnya. Hinggalah hadir Darlina, gadis yang tidak pernah jemu meminjamkan sinarnya. Suaranya menjadi penawar, sentuhannya menjadi tenang dan keikhlasannya menjadi mata untuk Hendriyan melihat dunia dengan cara yang baharu. Dia menerima lelaki itu tanpa ragu meskipun Hendriyan sendiri tidak mengerti apa yang Darlina nampak dalam dirinya. "Izinkan saya jaga awak sampai bila-bila boleh?" - DARLINA "Aku ni buta. Apa yang kau nampak pada aku ni yang kau nak sangat kahwin dengan aku, Darlina?" - HENDRIYAN "Saya nampak masa depan saya." - DARLINA Namun tanpa mereka sedari, ada satu rahsia besar yang tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Seseorang sedang memerhati dari jauh, orang yang merancang kemalangan yang merampas penglihatan Hendriyan. Fitnah yang dilontarkan oleh pihak ketiga membuatkan Hendriyan marah dan menghalau Darlina dari hidupnya. "Aku tak tahu anak siapa yang kau kandungkan sekarang ni." - HENDRIYAN "Abang! Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni? Lina tak mengandung pun!" - DARLINA Sebaik sahaja penglihatannya kembali pulih, Hendriyan nekad mencari Darlina, meskipun dia tidak tahu rupa paras isterinya. Apa yang menanti mereka? Adakah cinta mereka akan bersatu semula atau rahsia dan muslihat yang tersembunyi akan memisahkan mereka selamanya? "Bau perfume awak sama macam isteri saya." - HENDRIYAN "Apa awak ingat perfume tu dibuat khas untuk bini awak sorang je ke?" - DARLINA *No plagiat allowed!!! © flwershaee, 2024
CINTA TERAKHIR ( OG ) by Isyreana
Isyreana
  • WpView
    Reads 17,965
  • WpVote
    Votes 769
  • WpPart
    Parts 47
Tengku Thaqeef Adrean × Mawar Deliesya