keknismil's Reading List
7 stories
Julia's : I Thought I Could Fix Him (Og) by adrieyanaa44
adrieyanaa44
  • WpView
    Reads 2,373
  • WpVote
    Votes 142
  • WpPart
    Parts 26
Dia fikir, cinta boleh ubah segalanya. Dalam hubungan penuh racun itu, dia bertahan. Suaminya bukan sempurna baran, cemburu buta, mengongkong setiap langkah. Tapi dia yakin, cinta dan kesetiaan mampu jinakkan segalanya. Kawan-kawan menasihatkan dia pergi. Tapi dia takut. Takut tiada siapa lagi akan terima dirinya seadanya. Dia pilih untuk terus bertahan, walau luka semakin dalam, walau jiwa semakin hilang. Sampai satu hari, kebenaran yang dia takutkan paling lama terbongkar. Mahkamah jadi saksi titik akhir perkahwinan mereka. Dan di saat dia hampir rebah, seorang lelaki lain muncul. Bukan orang asing, tapi seseorang yang dah lama ada... Bakal suami yang dia tak pernah pandang sebagai "kemungkinan". Tapi lelaki itu hadir dengan keikhlasan, bukan janji palsu. Dia yang dulunya dianggap 'sekadar kawan', akhirnya jadi penyembuh. Sekarang, dia tak menoleh ke belakang lagi. Anaknya tak menangis seperti dulu. Dan dia? Sudah pun mula bahagia.
Heartless To Falling In Love (Edited Version.) by adrieyanaa44
adrieyanaa44
  • WpView
    Reads 209,491
  • WpVote
    Votes 5,269
  • WpPart
    Parts 76
Haira Arelyne, seorang pelajar universiti dengan hati yang sukar terbuka pada cinta, sedang menjalani hidup yang penuh dengan cabaran iaitu dengan salah faham, kehilangan kawan lama, dan tekanan keluarga yang membebankan. Di tengah kesunyian itu, dunia sekelilingnya penuh dengan rahsia, ujian, dan pandangan yang selalu mengintai. Namun, persahabatan baru mula muncul, dan sedikit demi sedikit, hatinya yang "heartless" diuji oleh kehangatan dan perhatian yang tidak dijangka. Antara drama, kehilangan, dan ujian hidup, apakah Haira akan menemui kebahagiaan yang sejati, atau hatinya akan terus terluka? Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Mana-mana persamaan dengan orang hidup atau mati adalah kebetulan semata-mata ya. Terselit juga sedikit inspirasi daripada pengalaman penulis.
Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Completed)  by AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    Reads 1,597
  • WpVote
    Votes 193
  • WpPart
    Parts 12
Dalam kehidupan Khansa Cairen dan Yusraf Mukim, setiap detik menjadi ujian yang membebankan-menguji kesabaran, keyakinan, dan ketabahan mereka melebihi apa yang pernah dibayangkan. Mereka dipaksa berdepan dengan keadaan di mana hati dan akal sering bertembung, menuntut mereka memilih antara perasaan dan tanggungjawab. Di satu sisi, cinta hadir bersama keikhlasan dan pengharapan. Namun di sisi lain, realiti hidup memaksa pengorbanan, kesabaran, dan keberanian untuk menerima hakikat yang tidak mudah. Khansa, wanita tegas yang menyembunyikan luka dalam diam, terpaksa menilai setiap langkah dan keputusan yang dibuat. Dia tahu setiap pilihan membawa kesan besar-bukan sekadar kepada dirinya, tetapi juga kepada Yusraf yang diam-diam memerhati, memahami, dan menanggung gelora sendiri. Yusraf pula, seorang lelaki yang bijaksana, tenang dan bertanggungjawab, belajar untuk menghormati ruang dan rahsia yang disimpan Khansa. Walaupun jiwanya sering berperang dengan rasa, dia tetap memilih jalan sabar-kerana dalam hatinya, cinta bukan milik yang dipaksa, tetapi anugerah yang dijaga dengan doa. Mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang kompleks, di mana cinta yang ikhlas bersulam kerisauan, rasa bersalah, dan ketakutan kehilangan. Setiap surat, setiap nota, dan setiap perkataan menjadi wadah yang menampung beban yang tidak mampu diungkap secara lisan. Dalam setiap helai surat yang ditulis, ada air mata yang jatuh tanpa sedar; ada doa yang disembunyikan antara baris-baris ayat yang lembut. Di situlah mereka belajar bahawa cinta sejati bukan tentang memiliki, tetapi tentang memahami, menghargai, dan melepaskan dengan reda. Kisah ini bukan sekadar kisah cinta dua hati yang teruji, tetapi juga perjalanan jiwa yang mencari makna di sebalik takdir, kehilangan dan pengampunan. Dari rasa bersalah yang menjerut, hingga penyesalan yang perlahan-lahan disucikan oleh doa, setiap langkah Khansa dan Yusraf membawa mereka semakin dekat kepada makna sebenar cinta kerana Allah.
Syurga Buat Dia (C) by hani_j29
hani_j29
  • WpView
    Reads 11,628
  • WpVote
    Votes 408
  • WpPart
    Parts 46
[WARNING: CERITA NI MUNGKIN BAHAYA] Semuanya bermula bila si teruna masuk ke hospital kerana tak sihat. Demam panas katanya. "Encik, saya suruh encik makan ubat, kenapa encik tak makan?" "Ubat tu tak sedap. Cuba carikan ubat yang sedap untuk aku" Bagi Firash, Kirana bukan taste dia. Kata-katanya dingin. Tak macam perempuan lain yang lemah gemalai bila bercakap dengannya. Mana orang berminat nak buat bini. Bagi Kirana pula, Firash seorang yang tak tahu nak hormat perempuan. Suka menengking tanpa sebab. Cakap kadang main lepas je. Rasa nak cili-cili je mulut tu. "Aku tahu ni mengarut tapi jom kahwin" Nak pengsan bila Firash tiba ajaknya kahwin. Hati bukan tak mahu terima tapi bagaimana dengan penerimaan keluarga lelaki itu terhadap dirinya? START: 24 March 2024 END: 28 December 2025
Jodoh Bukan Pilihan [E-BOOK] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 106,320
  • WpVote
    Votes 2,454
  • WpPart
    Parts 18
(JUALAN E-BOOK TELAH DIHENTIKAN) E-book Megat Adham Iskandar x Nur Naila Medina Typical arranged marriage. "Assalamualaikum, wifey." - Megat Adham Iskandar "Encik?" - Nur Naila Medina "Ya, saya ... Dee. Surprise!" - Megat Adham Iskandar Tetapi bagaimana jika 'tipikal' itu menemukan dua hati yang saling jatuh cinta? "Abang tak tahu sama ada awak betul-betul ikhlas atau awak terpaksa untuk terima abang sebagai suami. Tapi abang nak awak tahu, abang ikhlas jadi suami awak. Segala tanggungjawab abang terhadap awak, abang akan cuba laksanakan sebaik mungkin." - Megat Adham Iskandar Dan bagaimana jika jodoh yang bukan menjadi pilihan... ternyata adalah takdir yang paling membahagiakan? "Naila tu perempuan, Iskandar. Dia belajar tinggi-tinggi pun nanti duduk rumah juga. Kamu tu lebih dari mampu nak tanggung dia. Mama tak setuju kalau kamu nak biarkan Naila tu sambung belajar lagi. Kalau nak tunggu dia kejar impian dia sampai ke sudah mama tak merasa nak menimang cucu." - Datin Saadah "I made a mistake, Is. A huge mistake. I masih sayangkan you, Is. Sama macam dulu. I tahu, I salah. But we can fix it." - Edrina Redwan Ternyata ... bahagia itu tidak datang tanpa ujian. Apabila masa silam Iskandar kembali mengetuk pintu, dan impian Medina dipertikaikan, mereka diuji dengan pilihan. Antara terus bertahan atau melepaskan, mereka harus membuat pilihan. Cover by : @deloveririka Ilustration by : @ntshaa.art
Dia Milikku. by Haniylova
Haniylova
  • WpView
    Reads 20,741
  • WpVote
    Votes 75
  • WpPart
    Parts 3
Dahlia Erina seorang gadis yang terbiasa berdikari. Segala perkara dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Masalah disimpan sendiri dengan rapi. Dia mengharungi kehidupan yang penuh cabaran seawal umur 20-an. Kehilangan ayahanda tercinta mematikan hatinya akan percintaan. Cinta dia turut mati selepas kepergian ayahanda tercinta. Hilang perasaan untuk bercinta kerana alasan ayahanda takkan ada jika hari bahagia dia tiba. Pendirian dia berbeza dengan gadis di luar sana yang mana rata-rata menginginkan sebuah perkahwinan yang romantis. Dahlia yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh keluarga membuatkan dia berani bertindak sendirian tanpa peneman. Dorongan keluarga yang sentiasa menemani Dahlia. Dahlia yang berpegang kepada prinsip hidupnya, berdikari tanpa bantuan seseorang peneman. Muncul pula seorang jejaka yang setia menanti. Asyraf Aaryan jejaka idaman gadis mencuba nasib mengetuk pintu hati Dahlia Erina. Jurang mereka terlampau jauh berbeza. Dunia mereka berbeza. Mana mungkin boleh bersatu. "I'm not perfect." - Dahlia Erina "I don't want a perfect wife, I just need you, darling." - Asyraf Aaryan. Asyraf dengan keyakinan yang tinggi inginkan cinta Dahlia. Dahlia yang masih berbelah bahagi dengan perasaan sendiri. Antara prinsip atau cinta yang baru berputik di lubuk hati. Kemunculan semula si cinta yang penyembuh luka lama diekori dengan kemunculan si pembuat luka yang cuba menghantui hidup Dahlia kembali. "Oh, yeah, you're still the same Erina as I know. Don't like physical touch. Always be faithful with your religion." - Kim. "Dahlia, I akan cuba tebus kesalahan I." - Shahir. Takdir menyatukan Dahlia dengan sang pemilik hatinya. Namun kisah mereka belum berakhir. Ada mata yang memerhati kebahagiaan mereka dengan hasrat dendam akan penyatuan cinta suci mereka. Setiap kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Sejauh manakah pengorbanan mereka apabila perlu melibatkan nyawa untuk meraih kebahagiaan?
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,830,033
  • WpVote
    Votes 283,592
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023