AmirAizad's Reading List
7 stories
Aku Suka Kaulah Sayang! by anis_nark
anis_nark
  • WpView
    Reads 401,707
  • WpVote
    Votes 14,715
  • WpPart
    Parts 58
Aku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi hidup aku as pelajar tingkatan 6 huru hara.Asyik nampak dia je 24 hours! Dekat sekolah,dekat taman,dekat rumah and everywhere aku nampak dia! "Maira..kau sayang aku tak?" "Tak langsung" "Kenapa?" "Sebab kau P.O.Y.O" Boleh tak kau jauhkan diri dari aku seminit?Kenapa hidup aku penuh dengan dia? Kenapa aku asyik teringatkan dia! "Stop follow aku boleh tak? Aku rimaslah!" "No.Aku kan dah jadi bodyguard kau.Ingat tu" "What?" "I Love you" Hidup aku dah tak tenteram bila dia ada dekat dengan aku.Kenapa dengan aku ni?!
THE END (4) by arsdnil
arsdnil
  • WpView
    Reads 130,692
  • WpVote
    Votes 7,639
  • WpPart
    Parts 65
"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah berubah. Tangannya masih gatal ingin membunuh manusia. Tidak kira tua muda akan jadi sasaran dia. Dalam kamus diri dia tak ada perkataan belas kasihan terhadap manusia. Pengakhiran kisah Aris Daniel tidak pernah wujud. Selagi dia berdendam, selagi dia bernafas di muka bumi ini, dia akan mencari mangsanya. Jeritan kesakitan dari mereka menjadi lagu kegemarannya. Ini lah pengakhirannya. Dia akan menamatkan segalanya. arsdnil persembahkan THE END.
Samurai Melayu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 10,270
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 7
Mus'ab menyimpan kisah silam yang hitam. Sebagai algojo organisasi gelap terbesar asia - Ryuken, dia telah banyak meragut nyawa. 15 tahun yang lalu, dia dihantar pulang ke Malaysia untuk menjadi senjata rahsia bagi organisasi tersebut. Menanti untuk diaktifkan sambil menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Namun sesuatu telah mengubah kehidupannya. Apabila tiba masanya, dia telah diaktifkan oleh cabang Ryuken di Malaysia, Organisasi Mitsuhide. Apabila Mus'ab membantah seruan tersebut, nyawa keluarganya diugut. Mus'ab telah masuk campur dalam urusan menumbangkan Mitsuhide secara tidak sengaja, sekaligus menjadikan dirinya sasaran Ryuken. Tindakan Mus'ab itu juga mengakibatkan dia berada di dalam radar Inteligen Kerajaan Malaysia. Bakri dan Faisal telah dihantar oleh Direktor Amiri untuk memburu Mus'ab. Sementara Ryuken mula mengarahkan operatif elitnya, Syaitan Bertujuh, menerjah Malaysia bagi menamatkan nyawanya. Mus'ab terseret ke dalam konflik yang lebih besar. Nama lamanya, Ryujin kembali didengari. Katananya, Muramasa, yang telah lama 'tidur' kini kembali bermandikan darah. Dalamannya berkonflik dan tertanya-tanya apakah Tuhan tidak sudi mengampunkan dosa-dosa lamanya? Apakah tidak cukup perubahan yang telah diusahakan? Perlahan-lahan Mus'ab seakan kembali didakap dirinya yang lama. Seorang algojo. Di tengah-tengah keserabutan konflik bertingkat-tingkat ini, Ryuken pula punya agenda misteri yang dianggap senjata terakhir untuk menghalang kemaraan Malaysia dan Islam di persada antarabangsa. Mampukah Mus'ab berhadapan dengan semua cabaran yang menuju ke arahnya? Apakah Ryuken akan berjaya mencapai misi mereka?
Legenda Melayu by rotigardeniaa
rotigardeniaa
  • WpView
    Reads 82,887
  • WpVote
    Votes 1,235
  • WpPart
    Parts 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-orang lama tempatan dan internet
Football Lover (Completed) by PiNKster31
PiNKster31
  • WpView
    Reads 176,561
  • WpVote
    Votes 8,242
  • WpPart
    Parts 28
Qistin menerima tawaran ke SMK Zylon, sekolah berasrama penuh yang mempunyai prestasi kokurikulum dan pelajaran yang bagus. Dengan berat hati, Qistin menerima tawarannya. Di sana, Qistin membuat kawan, lawan dan juga crush. Perlawanan bola sepak yang penting bagi Qistin dah nak dekat. Hati Qistin pula sudah hampir cair dengan crush baru. Boleh Qistin hadapi semua cabaran ini? Nak tau, kena baca! Hehehe
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017) by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 1,154,561
  • WpVote
    Votes 42,708
  • WpPart
    Parts 33
Kisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja dunia gelap itu bukan sahaja bijak malah disegani oleh beberapa kumpulan mafia lain. Bagi Arianna itu bukan penghalang untuknya. Dia tidak betah terkurung di rumah agam milik lelaki itu. Setiap kali bersua muka dengan lelaki itu ada sahaja yang digaduhkan. Pantang bersuara pasti berselisih faham. Arianna hairan kerana sudah beberapa hari dikurung namun dia masih tidak tahu kenapa dia diculik malah dia dilayan dengan baik oleh pengikut setia Keith Dixon iaitu Black dan Kaido. Pertengkaran demi pertengkaran terjadi diantara mereka sehingga akhirnya Keith Dixon terpaksa membuka sebuah rahsia tentang sejarah keluarga Arianna yang gadis itu tidak pernah ketahui. Arianna dalam bahaya namun dia harus menamatkan semua itu. Dia tiada pilihan lain selain mempercayai Keith Dixon.
The 7 Heroes by Farisha_Haqiem
Farisha_Haqiem
  • WpView
    Reads 2,311
  • WpVote
    Votes 172
  • WpPart
    Parts 11
Kedatangan lanun-lanun durjana ke sebuah pulau terpencil banyak memberi kesengsaraan kepada penduduk pulau tersebut. Persinggahan 7 saudara di pulau itu adalah demi mengisi kekosongan perut. Namun, apabila melihat bendera penaklukan di pulau itu, matlamat mereka mula berubah. Ikutilah kisah 7 bersaudara ini dalam 'THE 7 HEROES'!