ONGOING
46 stories
Forever Isn't Long Enough  by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 11,335
  • WpVote
    Votes 1,553
  • WpPart
    Parts 16
[ Forever Series II - stand alone, preview purposes ] "Apa sebenarnya yang kau suka pada aku ni?" Soalan itu sepatutnya mudah dijawab. Namun Elana sendiri tidak pernah tahu bagaimana mahu menerangkan kenapa, daripada begitu ramai manusia yang pernah hadir dalam hidupnya. Hatinya memilih seorang lelaki yang tidak pandai berkata-kata. "Kalau nanti I jumpa dengan Dia, I akan tanya soalan yang sama." - ELANA "Apa?" - MUHAMMAD "Kenapa Muhammad." - ELANA Barangkali cinta memang begitu. Ia hadir dalam bentuk yang tidak pernah disangka. Dan hilang dalam cara yang tidak pernah terbayang. Tetapi, bagaimana mahu belajar berusaha jika semuanya akan dapat dalam sekelip mata? Dan mana manusia hendak belajar bersyukur jika nikmat sering didusta? Terkadang, kita menganggap kehilangan sebagai pengakhiran, sedangkan mungkin itu hanyalah cara Tuhan sedang mengubah arah cerita.
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 79,686
  • WpVote
    Votes 10,153
  • WpPart
    Parts 42
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
Arian : Before We Left by rosesnorkeds
rosesnorkeds
  • WpView
    Reads 8,108
  • WpVote
    Votes 1,094
  • WpPart
    Parts 8
Demi menyelamatkan syarikat keluarganya yang berada di ambang muflis, Mikayla terpaksa akur dengan perjanjikan yang dicipta Tengku Arian Shah, lelaki paling dia benci namun cukup berkuasa. Berkahwin. Itu satu syaratnya.
Masihkah Ada Kita? (SLOW OG) by idkwydlr
idkwydlr
  • WpView
    Reads 1,606
  • WpVote
    Votes 259
  • WpPart
    Parts 22
(PEMBACAAN SANTAI. DILARANG MENEKAN-NEKAN) "Patutkah aku menunggu atau terus pergi?" Penceraian yang berlaku berpunca daripada kesilapan diri sendiri. Tapi, masihkah ada peluang dan ruang buat NAZRIEL GHANI menunjukkan rasa cinta pada INDAH MEDINA untuk sekali lagi? Kehadirannya yang selalu dipinggirkan oleh INDAH MEDINA tidak memberi kesan terhadapnya, namun NAZRIEL GHANI masih setia bertahan di sisi. Malah, campur tangan keluarga memberi kesukaran pada NAZRIEL GHANI untuk membuktikan ketulusan hatinya. Adakah kesusahan yang dihadapi ini merupakan petanda akan 'tiada jodoh' diantara mereka? Masihkah ada KITA? #slowburnromance #divorcecouple
The Andez's Court    by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 21,530
  • WpVote
    Votes 804
  • WpPart
    Parts 11
[ONGOING] Court series 4 - 2026 Semenjak hari itu, Tengku Andez hilang tanpa khabar berita. Pernah ditanya ke pusat pentadbiran universiti Tengku Andez tidak lagi menuntut disitu. Orang terdekat dari kerabat Tengku Andez, Tengku Zurin juga tidak tahu di mana keberadaan Tengku Andez. Tapi ada berita yang tidak seberapa sahih Isabella dapat dari bekas kawan-kawan Tengku Andez. Tengku Andez koma dan terlantar sakit di German... Malah ada juga khabar angin Tengku Andez melanjutkan pelajaran di UK dan telah pun bertunang dengan gadis German. Jika Tengku Andez sudah berjaya mencari kebahagiaannya sendiri, Isabella tumpang gembira. Tapi- jika Tengku Andez benar-benar koma dan sedang dirawat di German agak meresahkan fikiran Isabella. Koma? Lelaki itu koma sebab apa? Bila dan kenapa?
FORGET ME NOT by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 16,527
  • WpVote
    Votes 1,719
  • WpPart
    Parts 3
Maya cuma mahu hidup dengan tenang. Menyukai dia tanpa perlu berusaha untuk memiliki. Melakukan pekerjaan tanpa perlu memenuhi kehendak sesiapa. Tidur dan bangun tanpa dihantui beban. Setelah bersusah payah menyusun segala perkara berada di tempat yang dia mahu, mereka datang menyelerakkan segalanya. Maya terduduk kaku. "Kau tertanya-tanya kenapa hidup kau begini? Kau disumpah, Maya..." "Kau tak boleh memaksa diri kau masuk di tempat yang bukan milik kau." Adakah kerana rahsia? Kerana ada rahsia. Rahsia yang mengikat dan menyumpahnya. Sebesar mana pun usahanya menata hidup, segalanya akan kembali bersepah, kembali runtuh. Kerana tempatnya bukan di situ.... FORGET ME NOT -LOLLYSNOW- 2025
[HIATUS] SECOND GLANCE LOVE by bintangwrites
bintangwrites
  • WpView
    Reads 25,433
  • WpVote
    Votes 1,393
  • WpPart
    Parts 28
UNTUK PEMBACA MATANG! *** SPIN OFF FROM THE PLAYBOY [STAND ALONE SERIES BUT YOU CAN READ THE PLAYBOY FIRST IF YOU WANT] *** Raden Thaqif, seorang lelaki berkulit hitam manis namun memiliki wajah yang tampan. Disukai dan disenangi oleh orang tua-tua di kampung kerana hatinya yang mulia dan bicara yang penuh dengan kesopanan. Tidak kurang juga dengan para anak gadis. Membesar di kampung dan hanya bekerja sebagai penjaga kebun dan ternakan di kandang memandangkan itu merupakan harta sepeninggalan arwah bapanya selepas meninggal di dalam kemalangan jalan raya. Dhia Humaira, kejelitaan yang dimiliki membuatkan dia menjadi idaman para lelaki namun sayang sifat yang dimiliki tidak mencerminkan kecantikan yang dimiliki. Mulutnya langsung tidak berlapik, jika dia tidak suka, dia akan mengatakan dia tidak suka. Jika dia marah, dia akan sembur begitu sahaja tanpa menghiraukan hati insan yang mendengarnya. Namun, Thaqif masih mencintainya meski begitu. Tidak peduli berapa kali Dhia menghalaunya, menghinanya, Thaqif masih setia berada di sisi, seolah-olah lelaki itu tidak memiliki perasaan. Bagi Thaqif, Dhia adalah cinta pertamanya. Bagi Dhia, cinta Thaqif menjijikkan kerana pertalian hubungan sepupu yang dimiliki oleh mereka. Dek kerana sikap Dhia yang dianggap 'tidak matang' oleh keluarga, gadis itu dipaksa menerima perkahwinan yang diaturkan bersama dengan Thaqif. Kerana bagi keluarganya, Thaqif bisa membantu mengubah sang adik. Dhia memberontak, dia benci. Dia tidak suka diatur! Di tambah lagi, dia memiliki Hud Iskandar sebagai kekasih hatinya. Satu rancangan diatur. Rancangan yang akan mengubah segala-galanya, takdir yang dimiliki di antara dirinya dan Thaqif. *** Start: 1 Jun 2025 End: [Akan diupdate setiap kali waktu lapang]
The Hidden Sin (Slow Update) by MystiqueEmerald
MystiqueEmerald
  • WpView
    Reads 16,924
  • WpVote
    Votes 1,420
  • WpPart
    Parts 7
☠️ 2nd Knight Series ♥️ Syed Firman Al Hadid x Aireen Sofia 🍀 Every past is a lesson, Not a life sentence. Syed Firman Al Hadid, nama itu terlekap rapat di ingatan Aireen Sofia. Namun Sofia hairan, mengapa jejaka itu langsung tidak ingat tentangnya. Sejauh inikah lelaki itu cuba untuk membuang dia dari hidup lelaki itu? "Ya, that's bad cause you can't remember me but kau ingat walaupun kau lupa aku, aku akan lepaskan kau?" Sofia menggenggam erat tangannya, geram! "Every past is a lesson, not a life sentence!" Firman membalas dengan tenang. "Funny. Kau cakap macamni untuk tutup dosa dan salah sendiri ke?" tanya Sofia. "Tak. Aku bagitahu sebab nak kau hentikan game kau ni." balas Firman. "No-No! I already a few step in front of you. Jadi jangan harap ak-" Belum sempat Sofia menghabiskan kata-katanya, mulutnya ditekup oleh Firman. "Shh! Yakinnya kau." Sofia terdiam. Pandangan mata Firman padanya mengembalikan kenangan masa lalu mereka. Perlahan air matanya turun. Firman menarik senyuman sinis. "You lie." Ujar Sofia. "Ops! Bingo." Firman ketawa. 🚨 Trigger warning / Read at your own risk 🔞 Bacaan Matang / Mature (M/TW) ⚠️ Typo Bersepah ‼️ Light Conflict Start : --- End : Publish : 2026