Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
Mafia Gallery's
4 stories
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017) by Linverkeleriereal
Linverkeleriereal
  • WpView
    Reads 1,155,930
  • WpVote
    Votes 42,708
  • WpPart
    Parts 33
Kisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja dunia gelap itu bukan sahaja bijak malah disegani oleh beberapa kumpulan mafia lain. Bagi Arianna itu bukan penghalang untuknya. Dia tidak betah terkurung di rumah agam milik lelaki itu. Setiap kali bersua muka dengan lelaki itu ada sahaja yang digaduhkan. Pantang bersuara pasti berselisih faham. Arianna hairan kerana sudah beberapa hari dikurung namun dia masih tidak tahu kenapa dia diculik malah dia dilayan dengan baik oleh pengikut setia Keith Dixon iaitu Black dan Kaido. Pertengkaran demi pertengkaran terjadi diantara mereka sehingga akhirnya Keith Dixon terpaksa membuka sebuah rahsia tentang sejarah keluarga Arianna yang gadis itu tidak pernah ketahui. Arianna dalam bahaya namun dia harus menamatkan semua itu. Dia tiada pilihan lain selain mempercayai Keith Dixon.
KESAYANGAN ENCIK MAFIA by Linverkeleriereal
Linverkeleriereal
  • WpView
    Reads 544,959
  • WpVote
    Votes 20,640
  • WpPart
    Parts 28
Sebut sahaja nama Danial Spark, orang akan terbayang wajah beku tanpa perasaan miliknya. Dia dijolok sebagai dewa kematian. Dia adalah dark devil. Tidak pernah ada khabar baik yang tersebar bila melibatkannya. Segalanya berubah sejak dia terlihat Chelsea Caravalho. Dia jatuh cinta pandang pertama. Chelsea adalah hidupnya. Chelsea adalah nafasnya. Chelsea adalah segalanya. Kata orang, dia yang punya dunia. Tapi baginya, dunia gelapnya milik Chelsea seorang. Kata orang pula dia yang kawal takdir hidup mati seseorang. Tapi baginya, hidup dan matinya untuk Chelsea sahaja. Tiga tahun dia berusaha untuk menjadi manusia. Tiga tahun dia berlatih menjadi sempurna agar mampu berdamping dengan bidadari hati. Bila saat itu tiba, mampukah seorang 'iblis' sepertinya menawan hati si malaikat tercinta?
ISTERIKU GANGLEADER by Linverkeleriereal
Linverkeleriereal
  • WpView
    Reads 596,654
  • WpVote
    Votes 24,432
  • WpPart
    Parts 41
Siapa sangka disebalik wajah yang cantik dan perwatakan yang menarik sebagai pemilik butik pengantin tersemat satu lagi identiti yang dia tidak mahu sesiapa pun tahu kecuali orang-orang tertentu. Bilqistina Evangeline Rahman, nama yang hebat seperti empunya diri. Disebalik watak Bilqis dia seperti bidadari, manakala sebagai Evangeline Ricco atau lebih dikenali sebagai Angie the red lady dia merupakan seorang ketua puak Gangster Helang Merah yang diterajui oleh bapa saudaranya Ayahanda Ricco. Tengku Rayqal Aminuddin, jatuh hati pandang pertama kepada Bilqis tapi pada waktu yang sama cuba untuk menidakkan perasaannya sendiri atas sebab takut kecewa seperti sebelumnya, maka secara tidak sengaja terjadilah sketsa setiap kali bertembung sehinggalah ada kejadian yang tidak disangka terjadi mengheret keduanya ke jinjang pelamin. Keadaan menjadi huru-hara apabila muncul kembali kekasih lama Tengku Rayqal iaitu Tengku Sabrina dan identiti Bilqis mula terbongkar satu persatu. Mampukah Tengku Rayqal menerima semuanya?
DUBLIN MAFIA OBSESSION by Linverkeleriereal
Linverkeleriereal
  • WpView
    Reads 77
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 7
Di bawah naungan bayang malam dan melodi yang tidak pernah cerah, Vespera Cassandra berdiri sebagai suara dari dunia yang retak. Dikenali dengan soft husky vocal yang menghanyutkan serta genre dark romance, folklore, sad, emotional dan broken membuatnya mendapat tempat tersendiri di dunia muzik. Setiap lagu dan lirik seolah-olah luka yang bernyawa. Disebalik populariti itu dia hanyalah seorang wanita yang hancur, membesar dengan luka dan trauma yang tiada penghujung. Dari luka itulah dia belajar bertahan hidup selayaknya manusia. Di satu sisi lain dunia yang tidak pernah bersentuh dengannya, berdiri Finnley Declan Tadhg - seorang ahli perniagaan berpengaruh di Ireland, pewaris keluarga old money yang diselubungi kuasa, pengaruh dan reputasi yang menakutkan. Di mata dunia dia adalah lelaki yang tidak tersentuh. Namun dalam diam dia hanyalah seorang lelaki yang tenggelam dalam suara seseorang yang tidak pernah dia temui, namun terlalu dalam dia kenali melalui setiap lagu seakan-akan memahami gelap dalam dirinya sendiri. Vespera Cassandra tidak pernah tahu kewujudan Finnley Declan Tadhg. Manakala lelaki itu hanya mampu mengagumi dari jauh. Perlahan-lahan rasa kagum itu menumpuk menjadi obsesi pada suara yang seakan-akan memanggil sesuatu dalam dirinya yang gelap serta kosong. Takdir membawa keduanya dalam satu pertemuan tidak terduga. Apabila dua dunia yang selama ini tidak pernah bersilang akhirnya menjadi satu. Finnley Declan Tadhg tidak menemukan cahaya-tetapi cermin. Dalam pantulan itu, mereka sedar bahawa cinta bukan selalu tentang sembuh. Kadang-kadang ia adalah kejatuhan yang paling indah. Seorang lari dari identiti, seorang lagi lari dari dirinya sendiri. Lahirlah satu hubungan : Dari dua jiwa yang sama-sama retak, mereka mula belajar menjadi manusia. Saling merangkul dan berusaha saling menyembuhkan. #mentalhealthawareness