MALAY
3 stories
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 244,209
  • WpVote
    Votes 16,251
  • WpPart
    Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD
The Cursed Elves by Alexna_Syufa
Alexna_Syufa
  • WpView
    Reads 219,746
  • WpVote
    Votes 16,624
  • WpPart
    Parts 36
Aku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 tahun 11 bulan. Pada bulan hadapan.. ...upacara pengorbanan akan dilakukan. Akulah yang akan dikorbankan itu. Mitos 'bodoh' ada mengatakan,Elf perempuan yang disumpah haruslah dibunuh ketika hari lahirnya yang ke-25 tahun. Aku bakal ditikam oleh ayahanda aku sendiri. Sadis bukan? Inilah kisah hidupku. Lycra Elfrian,The Cursed Elves. [03/07/2016]
SBTES (VERSI BAHASA MELAYU) [ONGOING] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 73,256
  • WpVote
    Votes 4,965
  • WpPart
    Parts 56
Kit atau Exler, identiti sebenarnya ialah putera kepada sebuah kerajaan, yang telah dibawa pergi oleh penasihat ayahandanya, keluar daripada kerajaan itu apabila istana diserang oleh penjahat yang ingin memusnahkan semua kerajaan diraja. Tetapi, dalam perjalanan, mereka diekori pasukan pencari penjahat yang ingin memastikan kerajaan yang diserang mereka tidak bangun semula. Silvert, penasihat ayahanda Exler, menyuruh Exler untuk meninggalkan tempat itu dan mencari ahli keluarga Lefart, penyelamat yang menunggu kemunculan mereka di satu tempat. Exler terpaksa mengikut arahannya dan meninggalkan Silvert yang bersedia menunggu kedatangan penjahat-penjahat itu. Beberapa tahun selepas itu, Exler memasuki akademi yang mengajar penggunaan kuasa dalam dirinya. Bersama ahli kumpulannya, mereka menjejaki tempat peperiksaan di mana nasib mereka akan ditentukan tetapi mereka semua tidak sedar satu kumpulan penjahat sedang menunggu mereka. Sedar-sedar sahaja, mereka kehilangan hampir semua pelajar peperiksaan yang diserang penjahat-penjahat itu. Bagaimana dengan Exler? Adakah dia adalah orang yang penjahat itu cari ataupun mereka sengaja sahaja berada di situ? Bilakah dia akan kembali ke kerajaan ibu bapanya semula? Baca dan anda akan tahu perkara yang sebenar di sebalik perjalanan kisahnya XD